Subscribe

Larang Penuntut Berpolitik?


Kabinet bersetuju melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Bagaimanapun, katanya keputusan itu tidaklah menghalang penuntut untuk mengetahui dan mengikuti sebarang perkembangan politik di negara ini."Ini kerana Seksyen 15 dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sudah memadai apabila mahasiswa boleh terlibat dalam kegiatan politik selepas mendapat kebenaran Naib Canselor,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tetap melarang penuntut IPTA walaupun ada gesaan agar mereka dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik.

Muhyiddin berkata, pindaan AUKU sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada penuntut untuk bersuara di kampus.

- Bernama

##mengapa perlu dimandulkan bakat2 mahasiswa...adakaha kerana takut..adakah kerana xnak bakat2 pemimpin..adakah...adakah...adakah.....atau takut budak lawan menteri


No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.