Subscribe

Larangan Mahasiswa Tidak Wajar Berpolitik Adalah Bodoh



Telah ramai tokoh-tokoh ilmuan dan ahli politik lahir daripada mereka yang pernah terlibat dengan politik semasa berada di Kampus. Mahasiswa yang lantang dalam menyuarakan pendapat, lantang dalam membela nasib mahasiswa, sepatutnya diasah bakat kepimpinan serta didorong agar mereka mendominasi politik Malaysia agar lanskap politik tanah air menjadi semakin matang dengan kehadiran mahasiswa-mahasiswa ini.

Namun mendukacitakan, larangan kabinet Malaysia menghalang para mahasiswa turut serta terlibat politik. Alasan mereka, "mahasiswa belum matang dalam membezakan baik buruk", "mahasiswa mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang"

Apakah larangan ini menafikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang mana sepatutnya diberi hak untuk berpolitik sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia? Atau adakah mereka perlu berhenti memikul tugas biasiswa sekiranya mahu terlibat dengan politik?



Di mana kerajaan meletakkan mahasiswa sebagai agen intelektual?

Jika sebelum ini dilaung,kebebasan bersuara, berfikir, mengkritik dibolehkan. Kini ternyata ia hanyalah omongan kosong. Yang terbalik berlaku, mahasiswa yang memperjuangkan prinsip yang berbeza dengan kerajaan dihukum.

Yang jadi aneh dan ajaibnya, sekiranya penglibatan mahasiswa dalam menyokong politik Kerajaan, maka ia tidak mengapa. Mahasiswa mengampu kerajaan, maka ia tidak mengapa. Namun jika mereka tidak menyokong kerajaan, maka persepsi negatif dikaitkan dengan mereka.Inilah sikap double standard yang diamalkan,diungguli serta diiktiraf. Walhal secara jelas, mahasiswa sudah matang dalam menilai baik buruk.

Inilah sebenarnya idea yang tidak matang dan bodoh.

Rasulullah SAW bersabda bercakap benarlah walaupun ianya pahit. Selaku pihak berkuasa yang tidak mahu menerima kebenaran/kenyataan ini,bersedialah menghadap ALLAH kelak.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.