Subscribe

Mahathir Tipu Rakyat


Kalau ya pun nak pertahankan kemerosotan 81% FDI yang tak pernah berlaku dalam sejarah malaysia ni pun, tak payah lah kata pelabur asing tiada duit. Dan tak payah la kata tempat diorang penganggur ramai hingga menyebabkan pelabur asing menjadi mulia membantu penganggur-penganggur di negara sendiri.

Apa Mahathir ingat rakyat percaya dengan pembohongan ini?? Apa Mahathir ingat, rakyat percaya pelabur swasta teringin sangat menternak penganggur-penganggur di negara mereka? Jelasnya, pelabur-pelabur ini hanya nak keuntungan semata-mata. Sebab itulah mereka mencari tempat yang boleh memberikan pulangan kepada mereka. Dan buktinya, mereka masih melabur di negara asing seperti Singapura (Syarikat YTL yang buat stesen janakuasa di Singapura) dan Thailand.

Mahathir oohh Mahathir..

Nak bohong orang UMNO boleh lah. Sebab mereka tak pikir.Apa yang dapat terus telan.

benarlah kata-kata Arwah Fadhil Nor dulu..."Semoga Mahathir akan dipanjangkan umur supaya dia lihat sendiri kejatuhan parti yang dia agung-agungkan selama ni"

Pelabur asing tidak ada wang untuk melabur - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini disebabkan pelabur asing seperti dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tidak mempunyai wang untuk dilaburkan.

Bekas Perdana Menteri memberitahu, pelabur terbabit juga memerlukan wang yang mereka ada untuk dilaburkan di dalam negara sendiri berikutan keadaan ekonomi yang semakin teruk terutama di Eropah dan AS.

''Keadaan ekonomi Eropah dan AS amat terjejas berikutan krisis kewangan yang melanda negara terbabit sehingga ramai rakyatnya tidak mempunyai pekerjaan.

''Kebanyakan pelabur terpaksa menumpukan kepada pelaburan di dalam negara masing-masing kerana ia amat diperlukan di sana, ini bermakna mereka tidak akan membuat pelaburan besar di negara lain,'' katanya.

Beliau yang merupakan Pengerusi The Loaf berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan cawangan keempat The Loaf di IOI Boulevard di Puchong dekat sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Pengarah Urusan The Loaf, Jiro Suzuki.

Dr. Mahathir mengulas mengenai Malaysia mencatat kejatuhan FDI sebanyak 81 peratus tahun lalu kepada AS$1.38 bilion (RM4.22 bilion) berbanding AS$7.31 bilion (RM23.39 bilion) pada 2008 yang merupakan rekod terburuk dialami negara sejak 15 tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mengkaji bagi meningkatkan pelaburan dalam negeri seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain.

Sementara itu, mengenai The Loaf, Dr. Mahathir memberitahu, kedai roti premium berasaskan resipi Jepun itu menerima banyak permohonan untuk memfrancais jenama kedai tersebut termasuk dari Singapura dan Indonesia.

''Memang menjadi hasrat The Loaf untuk memfrancais perniagaan tetapi masanya belum tiba, memandangkan pihak pengurusan perlu mendapatkan data yang tertentu bagi memastikan ia akan memberi keuntungan mencukupi.

''The Loaf perlu memastikan bahawa jenama ini mampu menarik pelanggan setiap masa dan dapat mencatatkan keuntungan yang maksimum, bagi memastikan setiap kedai francais yang dibuka akan dapat keuntungan sewajarnya,'' katanya.

Beliau memberitahu, usaha untuk memfrancais The Loaf akan dibuat secepat mungkin selepas semua data dan jenama itu mendapat pengiktirafan sewajarnya daripada pelanggan.

Dr. Mahathir memberitahu, adalah tidak rasional untuk The Loaf mengendalikan semua cawangannya dan cara terbaik ialah melalui francais yang dilakukan pada masa yang sesuai.

The Loaf juga akan membuka cawangan kelima di Bangsar sebelum akhir tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.