Subscribe

NIK AZIZ PERTAHAN ANGGOTA PARLIMEN TEO - minsider



Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.


KHAIRY DAP TIDAK SENSITIF , MP SERDANG NAIF
- minsider

Khairy Jamaluddin menyifatkan DAP tidak sensitif dalam usahanya mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang, yang menurut Umno telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu.

“Ia menunjukkan DAP tidak sensitif kepada agama dan kaum lain manakala Teo pula terlalu naif,” kata Khairy (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.

huuhhuhuhuhu

nak dengaq cakap sapa......

3 comments:

Alkafaza said...

Wahai orang2 melayu yg mengaku islam semua,gunakan lah akal yg ALLAH berikan untuk berfikir dgn waras..
jgn lah kita semua berfikiran sempit hingga memalukan ISLAM yg suci.. melayu hanyalah bangsa tetapi ISLAM merangkumi semua bangsa dimuka bumi ALLAH ini....

Alkafaza said...

YA ALLAH comey nyer amoi sorang ni.. Wahai orang2 melayu yg mengaku islam semua,gunakan lah akal yg ALLAH berikan untuk berfikir dgn waras..
jgn lah kita semua berfikiran sempit hingga memalukan ISLAM yg suci.. melayu hanyalah bangsa tetapi ISLAM merangkumi semua bangsa dimuka bumi ALLAH ini.....

Ali said...

salam.bang saya nk tnya la.apa hukumnya klu kita kutuk ulama?Tok Guru Nik Aziz ulama' an? knape die dktk cmtu skali lam UTUSAN.panas membara hati dibuatnya.saye bknla pnykng kuat PAS o UMNO tapi klu hal Agama Islam diganggu gugat,siapla....(http://umaralihilmi.blogspot.com)

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.