Subscribe

Salah UMNO :Kenyataan Gerakan mengenai Hudud 'impian peribadi' Nik Aziz



Hari ini kita sebagai orang Islam bersedih kerana kenyataan Pemuda Gerakan mempermainkan hukum Allah dengan mengatakan;

"Negara kita, yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama, telah kian lama menolak perlaksanaan hukum hudud. Antara hukum hudud adalah hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina.Adalah lebih baik bagi PAS mengkaji sebab-sebab kenaikan gejala jenayah dan sosial dan memberi cadangan rasional untuk meminda mana-mana peruntukan di dalam Kanun Keseksaan yang sedia ada," kata ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang.

===============================

Bukankah Hudud itu rasional?

Saya abaikan dulu mengenai isu ini. Saya ingin membawa anda menyaksikan satu video ceramah Masyitah (Ratu Hadhari, orang ugama UMNO) suatu ketika dahulu. Dimana beliau dengan terang mempersendakan pelaksanaan hudud, sedangkan dia seorang Muslim.



Satu penyelewengan,kesesatan dan kekufuran yang membawa seseorang muslim terkeluar dari Islam adalah apabila seseorang individu mendakwa tidak yakin dengan kesesuaian hukum-hukum syarak untuk direalisasikan, malah menyifatkannya sebagai hukum yang sudah tak sesuai dengan maslahah dan tidak relevan dengan perkembangan zaman dan sebagainya, walhal dia mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hukum syarak tersebut.

Perkara ini boleh berlaku pada masalah berhubung soal akidah atau perundangan. Individu tersebut juga tahu bahawa hukum itu telah sabit berdasarkan mana-mana ayat al-Quran atau hadis Rasulullah s.a.w yang mutawatir. Itulah orang yang dimaksudkan oleh al-Quran sebagai beriman dengan sebahagian kitab Allah dan kufur dengan sebahagian yang lain. Firman Allah yang bermaksud,

Adakah patut kamu beriman dengan sebahagian daripada Kitab dan menolak sebahagian yang lain, maka tidak ada balasan bagi sesiapa yang melakukan demikian itu di antara kamu melainkan mereka akan ditimpa malapetaka dan kehinaan di dunia, dan pada hari akhirat pula mereka akan ditolak ke alam azab yang amat pedih. Kerana itu, ingatlah Allah tidak akan sekali-kali lalai daripada apa yang telah kamu lakukan”.

Penafian daripada Masyitah yang kita dapat saksikan dalam video diatas merupakan satu contoh sikap durjana manusia, yang beriman dengan sebahagian kitab, dan kufur dengan sebahagian yang lain. Masyitah yang boleh kita katakan mewakili UMNO,sewenang-wenangnya mempermainkan hudud Allah. Menggambarkan hukum potong tangan kepada pencuri (hudud) sebagai tidak relevan. Masya Allah ~!!

Sebagai seorang Muslim, saya berasa sangat sedih. Sepatutnya apabila orang agama bercakap, ia akan menambahkan rasa keyakinan para pendengar kepada hukum Allah. Namun amat mendukacitakan bilamana apabila ada orang agama bercakap, dan menyusun ayat, menyebabkan orang makin tak yakin dengan hukum Allah malah mempersenda-sendakan.Dan akhirnya,mereka yang ada sikit-sikit keyakinan kepada hudud jadi tawar hati.Inilah balanya bila orang alim tergelincir dari landasan Syariat Allah.

Saya kira inilah antara punca mengapa penyokong UMNO yang beragama Islam dan orang bukan Islam seperti Pemuda Gerakan sanggup berkata demikian,menafikan dan anti Hudud kerana Orang AGAMA UMNO sendiri memberi gambaran negatif mengenai Hudud.

"Bila seorang alim agama mendatangkan syak wasangka kedalam dada manusia, maka dia telah menjalankan tugas syaitan. Maka jikalau alim itu menjalankan tugas syaitan, maka dia adalah ulamak syaitan"

Kini yang pasti, UMNO dengan Gerakan berkongsi satu rasa, iaitu sama-sama tidak mahu hudud, dan menolak Hudud Allah secara terang. Bezanya Gerakan itu parti Kafir dan UMNO parti Melayu Islam.

Jika kafir kita kata jahil tetapi jika Islam pula bagaimana? Tepuk dada,tanya iman.

Gerakan anggap hudud 'impian peribadi' Nik Aziz


Pemuda Gerakan menegaskan PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang jenayah telah diperuntukan di bawah Kanun Keseksaan yang sedia ada.

"Negara kita, yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama, telah kian lama menolak perlaksanaan hukum hudud. Antara hukum hudud adalah hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina," kata ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang

Beliau merujuk kepada cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya undang-undang hudud bagi mengatasi gejala jenayah dan sosial seperti kes membuang bayi yang semakin meningkat.

Dalam satu kenyataan, Tan berkata, cadangan undang-undang hudud tersebut juga turut ditolak oleh DAP, yang merupakan rakan seperjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Menurut kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh dua hari lepas, undang-undang hudud bukan jawapan kepada gejala jenayah dan sosial.

"Malah beliau juga berkata 'partinya DAP tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini'.

"Ini jelas menunjukkan bahawa cadangan undang-undang hudud oleh mursyidul Am PAS tersebut adalah hanya impian peribadinya.

"PAS harus sedar bahawa hukum hudud bukan impian semua rakyat Malaysia, yang berbilang kaum dan agama," tegasnya.

Oleh itu, beliau berharap PAS tidak akan lagi mengambil kesempatan untuk mencadangkan undang-undang hudud atas alasan kenaikan gejala jenayah dan sosial.

"Adalah lebih baik bagi PAS mengkaji sebab-sebab kenaikan gejala jenayah dan sosial dan memberi cadangan rasional untuk meminda mana-mana peruntukan di dalam Kanun Keseksaan yang sedia ada," tambahnya.

PAS, tegas Tan, PAS harus menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Keseksaan yang sedia ada.

1 comment:

Anonymous said...

patutkan kita memilih umno sebagai pemimpin kita,org yg menolak hukum hudud? hukum allah sendiri? x seharusnya saya menyeru kalian undilah pas... kerana pas bertuankan islam manakala umno hanya mempertuankan rakyat

mereka yg menolak ajaran islam sesengguhnya mereka adalah orang kafir

mereka yg kafir kekal abadi selamanya di akhirat.. pikir2kan lah

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.