Subscribe

Saman Ekor : Antara "Mendidik Rakyat" dengan "Penyelarasan Harga"


Tindakan saman ekor yang diwarta dan dilaksana kerajaan cukup membuat rakyat marah. Ya benar. Masakan tidak, ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang dan tekanan hidup, juga indeks pengguna yang bertambah meningkat, tiba-tiba pihak polis dan JPJ menyatakan bahawa mereka yang ada sama ekor tidak dibenarkan membaharui cukai jalan.

Ini adalah satu kezaliman yang melampau. Belum cukupkah kerajaan menganiaya rakyat yang terbeban dengan "penyelarasan harga",yang cukup membuatkan rakyat merana?

TPM Muhyiddin Yasin berkata ia bukan untuk membebankan rakyat tetapi ia bermatlamat " untuk mendidik rakyat supaya lebih berhati hati di jalanraya..."

Apa benar ?

Apa benar matlamat:

1)untuk "mendidik rakyat" supaya memandu cermat atau
2) kutip pendapatan melalui saman yg dibayar ??

Dan bila rakyat bersuara, diputar alam sama seperti kes minyak dan gula naik, bermadahkan "penyelarasan harga", yang kononnya memberi keuntungan kepada rakyat jua.Dan kini, "mendidik rakyat" Yang kononnya membuat rakyat bersopan santun berbudi bahasa di jalanraya jua akhirnya.

Betapa senang menjadi TPM.

Beginilah jadinya bila sikaya raya dan berkuasa bercakap.

Tapi mujurlah, hasrat kerajaan untuk mengenyangkan anak bini kali ini ditentang hebat oleh PAS, khususnya Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang dipimpin Mahfuz Omar.Dan hari ini, satu kelegaan apabila diisytiharkan bahawa kerajaan menarik balik senaraihitam kesalahan jalan raya buat sementara waktu hingga 28 Feb tahun depan.

Inilah antara polisi yang begitu berjaya menyempitkan lagi rakyat,disekat. Di harapkan rakyat membuka mata sepenuhnya dengan menolak kerajaan Barisan Nasional pada PRu13 nanti.

Senarai hitam saman ekor, trafik ditarik balik

Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan) berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri.

Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

"Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya.

"Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya."

Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.

"Saya nasihatkan bahawa mereka yang mempunyai notis-notis itu perlu menjelaskan sekaligus atau secara ansuran."

"Untuk mereka yang membayar dan menyelesaikan notis-notis itu dalam tempoh masa kelonggaran ini, mereka tidak akan dikenakan markah demerit.

"Sistem yang lebih terperinci supaya mereka yang mempunyai notis yang belum selesai, berapa lama mereka boleh memperbaharui lesen memandu dan untuk memperbaharui cukai jalan akan ditentukan dalam satu dua hari ini," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

elok ko je bukak mata, pasal ko ni bodoh sngat. saman pun ko nak politikkan. kalau ko bawak lelaju nenek dan mak ko mati sape yg sussah ko jugak yg sususah nak tanam kat kubur cina. pasal ko kan dah joint dgn DAP. hehehehehehehehe

Jil Fityan said...

hasil tarbiah UMNO. Beginilah jadinya. Maki hamun dan melucah tidak dapat dipisahkan dengan penyokong UMNO.

Kita bersimpati dengan segelintir penyokong UMNO yang ekstrem begini. Moga Allah ampunkan dosanya.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.