Subscribe

Sekolah Hamil : Aku dah kata dahh..Sekarang Puteri UMNO Sokong

Artikel saya SEMALAM, baru sahaja memperkatakan isu ini. Ternyata ia telahpun dapat sokongan. Kini Puteri UMNO pula. Apa yang dibimbangkan nampaknya akan berlaku.



Tidak mustahil suatu hari nantisekolah hamil ini akan tumbuh bak cendawan di setiap negeri.

Mungkin juga lepas ini akan ada sekolah khas untuk Mat Rempit, Mat Punk, Mat Skinhead.

Beginilah akibatnya yang berlaku bila pemimpin menunjukkan keterbukaan dan liberal dalam mengeluarkan idea dan tindakan. Yang jahil berterusan jahil. Yang berzina berterusan buat zina.

Puteri Umno Mahu "Sekolah Pelajar Hamil" Peringkat Nasional

PAPAR: Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata konsep sekolah khas untuk pelajar hamil yang dicadangkan oleh kerajaan Melaka harus dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan.

Beliau berkata remaja seperti ini seharusnya diberi peluang kedua supaya negara tidak kehilangan generasi yang berpotensi untuk menjadi berguna dan menyumbang kepada pembangunan negara nanti.

"Kita harus terbuka kepada hal ini, ada berlaku gejala sosial seperti ini dan salah satu usaha kita dalam memberi ruang kepada mereka, ialah mewujudkan institusi yang tersendiri supaya mereka boleh meneruskan pembelajaran.

"Mereka ini masih boleh kita didik dan berikan pendedahan supaya mereka menjadi satu golongan yang boleh menyumbang kembali kepada negara. Kita seharusnya ambil cadangan Melaka ini dan diadaptasi di peringkat nasional supaya setiap negeri ada sekolah (sedemikian)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ihya Ramadan dan penyerahan wang zakat serta penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau bagi kawasan Parlimen Papar di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai persepsi negatif beberapa pihak terhadap cadangan penubuhan sekolah itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata mentaliti bahawa langkah sedemikian menggalakkan aktiviti gejala sosial tidak harus timbul lagi kerana ini merupakan realiti yang berlaku di negara ini dan tindakan sewajarnya harus diambil untuk menangani masalah ini.

"Kita harus menimbang dari segi kejadian pembuangan bayi yang telah berlaku. Apa salah kita guna sekolah ini untuk beri tempat, beri ruang kepada mereka mengadu. Mereka boleh ke sekolah ini untuk menyelamatkan diri daripada terus terjerumus dengan gejala sosial," katanya. – BERNAMA

7 comments:

Anonymous said...

ini adalah idea paling kelakar yang pernah ak dgr...

Jil Fityan said...

Kelakar = bodoh.

Kasihan kat Puteri UMNO.

GEDEBE said...

ya aku sokong bukan kelakar tapi bodoh... bodoh yang membawa kesesatan. apa nak jadi dengan diaorang ni.. mengaku Islam tapi tak nak ikut hukum syariat dahlah tu nak tunjuk pandai... ini lah golongan sesat yang memandai-mandai dalam hal agama... puak2 sesat ni memang menyesatkan orang lain... dulu mahkamah kata sebat tapi ada yang lebuh besar dari hukum Allah pandai-pandai suruh buat kerja sosial.. dia ingat hukum Allah tu bapak dia yang buat... apa dah besar sangat ke pangkat tu nak ubah hukum Allah...

melayucerdik said...

kalau dah nama umno tu memang bodoh dari ujung rambut sampai ujung kaki... puteri umno ni memang la dia sokong sebab dia orang pun 2 x 5 jugak macan betina sundal ....

Charlie Beng said...

Tak faham aku...

Yang sakit KEPALA, yang ditampal KOYOK adalah KEPALA LUTUT... Aduyaiiii!!!

Anonymous said...

Salam.
Saya tak minat nak berpolitik. Dan tolong jangan jadikan apa saja usaha pihak yang anda tidak bersependapat dengannya, semua salah. Jika benda itu ada kebaikannya, kenapa tidak kita bantu dan sokong sekali? Demi kepentingan bersama?
Sekolah hamil ni, awak semua yang komen di atas pernah lawat? Pernah tengok progres mereka di sekolah terbabit?

Saya nak tanya sikit, awak semua lagi sanggup tengok bayi2 yang lahir luar nikah tu dibuang, dan ibu-ibu muda ini terus bergelandangan di tepi jalan ke? atau ditempatkan di satu pusat yang mampu bantu tunjuk mereka ke arah jalan benar semula?

Macam yg saya pernah interview ahli keluarga pelajar sekolah hamil ni, selagi tak kena pada ahli keluarga sendiri, orang hanya tahu bercakap je. macam awak semua, yang komen ikut perasaan. = )

Btw, ada ke tak ade ke sekolah hamil ni, anak2 muda kita tetap juga fuck around. and if you are not part of the solution, you are part of the problem. so, fikir2 lah, sebelum bercakap tu, awak semua ada ke usaha bantu anak2 gadis yang terlanjur ni? so, kalau x pnah bantu, jangan pertikai usaha orang. tq.

Wassalam.

Hentam said...

Kepada November 28, 2010 12:07 PM :

Minum arak pun ada kebaikannya. Dapat release tension sekiranya mengalami tekanan yang teruk. Mana tahu time tu nak bunuh diri, jadi arak dapat membantu release tension. Betul tak?

Hisap dadah juga dapat menghilangkan stress. Jika mengalami masalah family yang melampau, jadi sedikit kekhayalan dapat membuang segala perasaan itu, betul tak?

Membuat zina juga adalah dapat menghilangkan rasa ketagihan seks. Daripada merogol lebih baik mengajak "teman tapi mesra" atau awek masing masing buat zina. Dapat elak daripada merogol orang sesuka hati. mana tahu daripada kes rogol jadi kes bunuh. Jadi lebih baik zina dengan awek. Betul tak?

Berjudi pun dapat mengelakkan daripada papa kedana. Jadi berjudi jalan terbaik. Kerja kan susah. Lebih baik berjudi senang sikit. Betul tak?

Memang mentaliti orang suka pakai akal akan cakap macam ni. Islam dah ada acuan sendiri. Macam mana nak atasi zina ? macam mana nak atasi judi ?

Perlu pakai akal tolak apa yang Allah suruh ??

Anon, November 28, 2010 12:07 PM .. Ko pikir logik sampai bila pun tak selesai. Cerdik la sikit.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.