Subscribe

Sekolah Hamil : Relevan dan geliganya Ali Rustam


Elak Zina? Berkahwinlah. Ini tuntutan syara' bukan dengan menubuhkan institusi kepada penzina


Jika mereka yang masuk ke sekolah ini atas kapasiti dianiaya dan dizalimi maka ia betul. Kerana emosi yang tidak stabil dan stress berpanjangan dialami oleh mangsa-mangsa rogol, hinggakan menyebabkan keciciran dalam pelajaran. Mereka berasa malu dah tersisih. Maka langkah ini tampak logistik.Adanya institusi begini dapat menyelamatkan mereka daripada keciciran dalam pelajaran.

Itu jika mereka "mangsa". Dari sudut yang lain, ianya tidak relevan sama sekali bila mana pengambilan pelajar tidak ditapis. Semua pelajar perempuan yang hamil, dimasukkan ke dalam sekolah tersebut. Tidak kira penzina atau mangsa rogol. Bila pelaku-pelaku zina duduk dalam satu kelompok tersendiri, ia hanya menyebabkan mereka rasa aman dan selamat. Mereka juga boleh berkongsi cerita dan pengalaman kepada mangsa-mangsa rogol. Yang sudah pastinya berlaku kontradiksi kes. Malah kita takut, adanya sekolah ini menjadi satu galakan kepada penzina. Mungkin selepas beranak, boleh sambung berzina lagi.

Jadi sekolah berbentuk kedua inilah yang dibuka di Jasin,Melaka. Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ. Tiada tapisan dan tiada paksaan kepada ibu bapa.Ini yang bermasalah.

Pada pendapat saya, yang sepatutnya, satu tapisan tersangat perlu. Mereka yang dianiaya dan dizalimi seperti dirogol, maka diberi peluang kepada mereka untuk meneruskan pelajaran. Didikan akademik, akhlak dan psikologi diterapkan. Dan inilah yang sebenarnya layak masuk.

Bagi penzina, ia tentunya tidak relevan sama sekali. Relevannya hanya dikenakan sahaja hukuman hudud. Ini syariatnya. Jika beralasan hudud tidak dapat dilaksana sekalipun, maka hantar mereka ini ke pusat pemulihan akhlak. Bukan ditempatkan di tempat yang sama dengan mangsa rogol.

Bukankah pusat pemulihan akhlak dinegara ini banyak?? Maka tidak perlu sama sekali membuka sebuah sekolah untuk "pelajar hamil" kerana ia sudah pasti menimbulkan fitnah yang lagi dasyat. Kerana ia menjadi galakan kepada anak-anak muda berzina lagi.

"Berzina, no problem, mai melaka.."

Tidak mustahil suatu hari nanti. Ya sekarang ini satu sekolah ( di Jasin), nanti-nanti akan tumbuh bak cendawan di setiap negeri.

Mungkin juga lepas ini akan ada sekolah khas untuk Mat Rempit, Mat Punk, Mat Skinhead.

Beginilah akibatnya yang berlaku bila pemimpin menunjukkan keterbukaan dan liberal dalam mengeluarkan idea dan tindakan. Yang jahil berterusan jahil. Yang berzina berterusan buat zina.

Dari MalaysiaKini

MELAKA 3 Ogos - Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin dalam masa terdekat ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Beliau berkata, sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Pendekatan kerajaan negeri untuk membantu keluarga miskin menikahkan anak mereka bertujuan mengurangkan isu hamil di luar nikah dalam kalangan pelajar, katanya kepada pemberita pada seminar penyhayatan Ramadan Al Mubarak di Masjid Al Azim di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat remaja tegar yang terjebak kepada pelacuran dan sukar untuk balik kepada pangkal jalan setelah mengandung anak luar nikah.

"Jika mereka telah berkahwin tiada siapa akan memarahi mereka dan kalau mereka mengandung ibu bapa boleh tanggung, jika tidak boleh tanggung, kerajaan negeri akan tanggung bayi dilahirkan,” kata Mohd. Ali. - Bernama

1 comment:

ibnu marzuki al firdaus said...

http://nikah-siam-berkat.blogspot.com/2010/10/padahal-nikah-punyalah-mudah-walau-di.html

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.