Subscribe

Setahun Berlalu : Diakui, konsep 1 Malaysia Tidak Difahami


Mahathir kesal kerana slogan satu Malaysia tidak terkesan dan difahami rakyat. Juga diakui TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kata Muhyiddin, kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pentadbirannya.

Kata Tun Mahathir pula “Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat.Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu,”

Pada 9 Julai lalu, hasil kajian dikeluarkan firma kajian pendapat umum, Merdeka Center juga menunjukkan konsep 1 Malaysia tidak popular di kalangan bukan Bumiputera.
Menurut penemuan itu, kalangan bukan Bumiputera menganggap ia hanya satu usaha Barisan Nasional (BN) mahu memikat sokongan bukan Melayu dan Bumiputera.Hasil kajian itu juga berkata hanya 39 peratus masyarakat bukan Bumiputera menerima konsep 1 Malaysia walaupun sudah lebih setahun diperkenalkan.

“Sementara 46 peratus mendapati ia (konsep 1 Malaysia) hanya satu taktik untuk memenangi sokongan politik bukan Melayu manakala 16 peratus mengatakan mereka tidak mengetahuinya atau enggan menjawab soalan ini,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian menjelaskan penemuan kajian itu.

Apa yang pasti, Slogan 1 Malaysia " Rakyat didahulukan..Pencapaian diutamakan " mula difahami rakyat dengan tafsiran negatif seiring dengan kenaikan minyak dan harga barang. Sementara "Pencapaian diutamakan... " difahami dengan pencapaian yang baik melalui penangkapan Liong Sik berhubung isu PKFZ, pencapaian yang baik dalam menangkap mereka yang menyertai ceramah anjuran PR,dan pencapaian yang baik dalam perebutan takhta UMNO-UMNO Bahagian.

Minyak naik ... " Ya.. Kami rasa didahulukan.."

Gula Naik.... " Ya.. Kami rasa didahulukan.."

Setem pun naik??? ... " Ya.. Kami rasa didahulukan.."


Yang ini memang sangat-sangat terkesan dan difahami rakyat.

Hakikatnya, walau slogan apa sekalipun, jika ia dari UMNO Barisan Nasional;

Konsep 1Malaysia ka, Islam Hadhari ka, tiada sekelumit pun menguntungkan rakyat.

Meminjam kata Ungku Aziz...

"Orang politik penuh dengan slogan.."

2 comments:

Jil Fityan said...

Satu komplot dan pakatan Mahathir-Muhyiddeen utk jatuhkan Najib Tun Razak..

Anonymous said...

aku suke slogan..

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.