Subscribe

Sistem meritokrasi, wajarkah?


Salam satu suara. Pada pagi yang mulia di bulan ramadan ini kuraoren mengatur jari di papan komputer untuk cuba menulis rasa dan pengamatan terhadap sebarang isu dan polemik. Oleh kerana kuraoren hanyalah penulis tamu di blog Jilfityan pemilik blog tersebut telah mengariskan peraturan yang harus di patuhi oleh para penulis tamu di blog tersebut iaitu penulisan haruslah yang menyentuh isu politik,walaupun kuraoren lebih berminat untuk menulis tetang idea dan pendapat dalam apa jua isunya namun kuraoren harus akur dengan konsep blog tersebut.

Jadi kuraoren mahu membawa saudara pembaca sekalian ke suatu isu iaitu isu meritokrasi, apakah wajar meriktokrasi itu di pratikkan di bumi malaysia pada waktu sekarang dengan pimpinan kerajaan cacat? mari kita baca petikan dari malaysia kini, kenyataan satu cabang partai politik cacat yang bernaung di bawah rumah orang-orang tua malaysia.

"Sambil mengulangi ikrar kesetiaannya bersama BN, MCA menegaskan bahawa parti itu komited terhadap dasar meritokrasi untuk mempertingkat kebersaingan dan produktiviti negara.


Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung (kanan) dalam isu pengurangan ekuiti bumiputera, pihaknya tidak pernah mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu seperti dijamin dalam perlembagaan.

"MCA akui tujuan mulia DEB (Dasar Ekonomi Baru) untuk membasmi kemiskinan berdasarkan latar belakang etnik," katanya.Bagaimanapun, Chor berkata selari dengan pandangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Nazir Razak bahawa dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), "pelaksanaan direbut oleh kumpulan berkepentingan", kelemahan itu hendaklah dibetulkan.

"Dasar tindakan afirmatif hendaklah berasarkan keperluan dan merit - tanpa mengira warna kulit," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang dilaporkan "mengingatkan MCA bersama-sama dalam perjuangan BN" ekoran tuntutan dalam Kongres Ekonomi Cina Malaysia sebelum ini.Selain menuntut pengurangan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi secara berperingkat, kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan."

Kuraoren berpendapat dari satu segi macam bagus dan adil sahaja tuntutan partai OKU ini namun jika di selami dengan lebih dalam maka akan wujudlah persoalan-persoalan yang bermain-main di benak kuraoren yang tengah bersyahwat berfikir ini. jadi untuk seterusnya kuraoren serahkan respon kepada pembaca dahulu untuk menghalusi tajuk ini kerana kuraoren terpaksa membuat sesuatu dan akan bersambung pada waktu yang terdekat insaallah.

ramadan karem ya jamaah !

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.