Subscribe

Takde Tajuk Cuma Ada Gambar



BN minta pemimpin Islam Pakatan beri nasihat

Pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat diminta menasihati rakan masing-masing terutama dari DAP supaya mematuhi hukum-hukum Islam berhubung penggunaan tempat ibadat seperti masjid dan surau.

"Islam mempunyai batasan tertentu dalam penggunaan rumah ibadatnya supaya ia tidak dicemari dan dipergunakan sewenang-wenangnya hingga menimbulkan rasa tidak puashati kepada orang Islam di negara ini," kata penasihat agama kepada perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Md Zin.

Katanya, tempat ibadat adalah merupakan tempat yang suci dan sepatutnya ia tidak boleh dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum-hukum Islam yang diamalkan oleh penganut Islam di Malaysia.

Justeru, katanya, tindakan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan menyampaikan “tazkirah” di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lalu adalah amat memalukan dan mendukacitakan.

Beliau berkata memang sepatutnya sebagai ketua agama, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan apa yang berlaku.

Abdullah berkata sepatutnya pemimpin pembangkang yang beragama Islam prihatin terhadap perkara tersebut dengan lebih awal memberikan nasihat kepada rakan bukan Islam mereka berhubung apa yang dibenarkan dan batasan dalam Islam.

Katanya, mengikut peraturan dalam Islam, wanita sepatutnya menutup aurat apabila memasuki sesebuah rumah ibadat seperti masjid ataupun surau.

"Kalaulah nak berucap dan memberi sumbangan tidak semestinya mereka boleh sewenang-wenangnya memasuki ruang solat orang-orang Islam kerana ia boleh dilakukan di bahagian luar," jelasnya.

Sebelum ini, pada Ogos 2009, exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.


Jintanmasin : heheheheheh...gambar atas ni apa crita? kat mana tue...huahuahuahuah..kata dulang paku serpih....


No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.