Subscribe

Akhirnya, Sekolah Ibu Mengandung Anak Haram DiBuka


BANGUNAN Sekolah Harapan di Jasin, Melaka.

MELAKA - Sekolah untuk remaja hamil dikenali sebagai Sekolah Harapan akan memulakan operasi esok walaupun sehingga kini masih belum mempunyai pelajar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, Sekolah Harapan sepatutnya mula dibuka hari ini namun ditunda esok kerana hari ini merupakan cuti umum Hari Malaysia.

"Walaupun belum ada pelajar, sekolah ini tetap akan dibuka bermula pukul 10 pagi Jumaat ini (esok).


"Kita akan buka sekolah ini dulu, selepas ini sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan dan segala maklumat mereka akan dirahsiakan," katanya ketika ditemui pemberita di Seri Bendahara di sini semalam.


Kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria : Kenapa mesti nak utamakan untuk buat rumah perlindungan bagi remaja perempuan yang hamil sama ada secara sah ataupun luar nikah? Apa unsur yang menyebabkan ia berlaku? Masalah ini berlaku adalah kerana terlalu banyak unsur-unsur hiburan yang merosakkan remaja kita di negara ini. Ini yang perlu dilakukan, bukannya menubuhkan sekolah khas tersebut.Remaja Melayu terlalu seronok, buat sahaja konsert seratus peratus Melayu. Pukul 6 sudah pergi ke konsert, pukul 11 habis pukul 2 pun belum balik lagi, apa jadi?

Akbar pun sama juga, yang diutamakan artis, artis bertunang ‘headline’, artis kahwin ‘headline’, artis beranak ‘headline’ bahkan artis bercerai pun ‘headline’. Berita Perdana Menteri dan dasar kerajaan di tengah-tengah.Ini yang jadi masalahnya, sampai anak empat tahun pun sudah kenal artis, tanya menteri tidak tahu, nama menteri tidak tahu, nama raja tidak tahu tapi bila dengan suara artis sudah tahu.

Tambahnya, kerajaan perlu menyekat tayangan drama televisyen yang berbentuk hiburan dan juga khurafat.“Dulu saya cadangkan supaya haramkan filem hindustan kerana ia merosakkan akhlak, akidah.Ini kerana tiap-tiap filem Hindustan ini adalah bercinta, putus cinta dan pergi tokong, tokong berkilat mata baik semula.Selain itu, drama-drama kita yang berbentuk khurafat terutamnya cerita hantu perlu dikurangkan kerana ia boleh mempengaruhi masyarakat.

11 comments:

STORY TELLER said...

saya sangat kagum dengan usaha kerajaan melaka, sekurang-kurangnya masih ada yang simpati dengan nasib remaja-remaja yang malang. everyone deserves a second chance though. dari mereka terus dibelenggu kerosakan dan kehinaan - it was the stigma of the public that no one hardly accept these teens anymore. it's a good thing that Malacca had set up this school, at least they could go to school, and conduct a normal life like everyone does.

kita tidak boleh salahkan sesiapa dalam hal-hal begini kecuali diri sendiri. mengawal pengaruh dan nafsu masing-masing tanggungjawab sendiri.
apebila hal ni berlaku, masing-masing menuding jari.

sangat eloklah kalau kita fikirkan solusi daripada menuding cari sesama sendiri. Islam itu syumul dan mudah, masih ada solusi untuk semua perkara.

p/s - sekadar pandangan dari hamba Allah yang lemah dan hina sahaja. segala yang baik segalanya dari Allah, yang buruk itu adalah saya sendiri.

illynarusli said...

yaaa, ini lah yang dikatakan 'GALAKAN'! ape nak jadi??

Jil Fityan said...

Mengapa melaksanakan sesuatu tindakan dengan merujuk "kesan" daripada masalah, bukan merujuk "punca" kepada masalah?

Dalam hal ini, terlahirnya "anak luar nikah" adalah kesan besar yang berpunca daripada seks luar nikah remaja-remaja hari ini. Jadi persoalannya sekarang, adakah relevan kita melebihkan merawat kesan kepada masalah, tetapi mengabaikan punca yang menyebabkan masalah itu berlaku?

Inilah akibatnya bila mengabaikan tuntutan Islam. Ingat, Syariah Islam menjadi sempurna hasil gabungan Ibadah, Mualamat, Munakahat dan Jenayah. Bukan hanya bila nak solat maka kita ikut Islam (ibadat), Bukan hanya bila nak berurusan dalam bab jual beli kita ambik cara Islam (muamalat), bukan hanya bila nak nikah kawin (munakahat) kita ambik cara Islam, tetapi bila bab melibatkan jenayah, kita amik cara barat (tak ikut jenayah Islam).

Yang patut ambik keempat-empat kita ambik tiga sahaja. Kerana ambik tiga perkara itu dan mengabaikan satu perkara (jenayah) menyebabkan Malaysia jadi Tiga Suku. Terimalah hakikat, selagi mana manusia mengabaikan tuntutan Quran dan Sunnah, selagi itulah segala tindakan yang dilakukan adalah menyimpang dan sesat.

Anonymous said...

perlu ke sek harapan dibuka???apakah ini solusi kapada masalah tersebut??? sye rsekan mustahil dn tidak mgkin akan dapat menyelesaikan masalh pembuangan bayi..mgkin ketua menteri terlupa @tidak membaca firman Allah yg berbunyi" penzina perempuan dan penzina lelaki maka sbatla mereka dgn 100x sebatan..ni adalh bicara Allah didalam Alquran yg mulia,ini adalah hukuman daripada Allah,hak Allah yg disebut secsra ditail didalam Al-quran tehadap hambanye..sesungguhnye perintah Allah ni bkn utk saja2@hukuman semata2..tetapi ia mempunyai hikmah yg sangat besar kepada masyarakat itu sendiri..hanya Allah yg tahu hikmah dan kebaikan utk hamba ciptaannye..siapa kita utk menyelesaikan masalah yg telah dijawab oleh Allah???Adakah kite lebih hebat daripada Allah???otak kita lebih pintar daripada Allah??membina sek harapan lebih kepada menjaga penzina daripada menyelesaikan masalah buang anak..hanya sekadar pandangan.

BroUjang said...

Bukan mereka lupa. Tetapi mereka daripada awal tolak hukum Islam. Bukankah bagi mereka hudud itu milik PAS bukan milik Allah ?? Mereka semua ni golongan jahil.

STORY TELLER said...

kita pun kena ingat, sejahil mana mereka pun, kita yang berkata-kata ni ape pula lebihnya. kita pun hamba Allah yang jahil jua. tiada siapa yang lebih berhak mngatakan seseorang itu jahil selain Allah.

Let alone Allah be the Judge, ok? after all, we are only humans with mindful thoughts and if we were to be wise enough, cant we just be nice to other people, who at least put their efforts towards such matters. let us ask ourselves, are we the one who had been helping and admonishing those people NOT to do adultery or fornication. have we done our part as muslim sisters and brothers? let your thoughts speak for themsleves.

saya bukannya menyokong mne2 pihak, atau tidak setuju dengan mana2 pihak. saya cuma kesal kenapa kita terlebih dahulu mengkritik org lain, pdhal kita sndiri tidak cukup sempurna pun.

"o' believers, let not any people scoff at another people who may be better than they are.......find not fault with one another,neither revile one another by nicknames....
Quran (49:11)

p/s - saya hanya hamba Allah yang hina dan lemah. yang baik itu akan selamanya datang dari Allah, yang buruk itu hanyalah diri saya yang jahil ini.

May Allah bless and showers the goodness upon us all. Ameen.

KasiHentam said...

Jangan terlalu jumud (inipun biar Allah sahaja yang kata jumud??) hinggakan sikit-sikit kata biar Allah yang tentukan. Apakah kamu beriman dengan Qada' Qadar? Qada' Mubram Qada Mualla'? Apakah Islam ini datang untuk Allah atau untuk Manusia?

Terjemahannya: Kami telah masukkan kebanyakan jin dan manusia ke dalam Neraka Jahanam itu, yang mana mereka itu ada hati tetapi tidak mahu memahami, ada mata tetapi tidak mahu melihat dan ada telinga tetapi tidak mahu mendengar. Maka mereka itu sama seperti binatang-binatang ternakan, bahkan lebih sesat daripada itu.
(AI A'raf: 179)

Di sini jelas ALLAH menggambarkan kepada kita betapa kebanyakan manusia dan jin, ALLAH masukkan ke dalam neraka Jahanam kerana mereka ada mata tetapi tidak melihat kebenaran, ada akal tetapi tidak digunakan untuk memikirkan kebenaran dan ada telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar kebenaran. Taraf mereka sama seperti binatang-binatang ternakan.

Mengapa ALLAH menyamakan mereka dengan binatang ternakan seperti ayam, itik, kambing, kerbau, lembu dan sebagainya. Mengapa ALLAH tidak menyebut binatang sahaja?

Semua binatang, sama ada liar ataupun diternak, sama-sama tidak ada akal. Tetapi binatang liar lebih merdeka atau lebih bebas berbuat sekehendak hati mereka. Misalnya, binatang liar bebas mencari makanan sendiri, tidak seperti binatang ternak yang terpaksa bergantung kepada tuannya. Kalau tuannya tidak memberi dia makan, tidak makanlah dia. Jadi, di antara kedua-dua jenis binatang ini, kehidupan binatang liar lebih baik kerana mereka ada kebebasan. Kalau ALLAH ibaratkan orang-orang yang ingkar dengan Allah atau orang-orang kafir itu seperti binatang ternakan, maknanya mereka langsung tidak ada kebebasan.

Mereka ini sebenarnya lebih teruk daripada jahil. Bahkan sesat. Lebih teruk daripada binatang ternak. Jika Pak Mufti pun membantah, adakah kita masih mahu menyokong golongan yang jahil ini dan mengkebelakangkan pandangan para mufti dan alim ulama?

Story Teller, berpada-padalah jika kamu mahu menyokong UMNO sekalipun.

STORY TELLER said...

kepada KasiHentam :)

:) - seperti yg saya katakan - saya tak sokong mana2 pihak atau tidak setuju dengan mana2 pihak. ini bukan soal politik atau kerajaan kan? kenapa ingin masukkan hal sebegini rupa. saya hanya mampu tersenyum sekarang. bukankah ini hal agama kita bincangkan, maafkan saya, saya tidak minat utk berdiskusi mengenai politik.

kalau itulah topik yang sedang dibicarakan di sini, saya minta diri dahulu. kerana saya JAHIL ttg perkara2 itu.

saya hamba Allah yang baru hidup 18 tahun di dunia - masih menuntut ilmu yang Allah kurniakan. maafkan saya kerana saya tidak bijak seperti anda semua.

tidak bijak utk mengutarakan pandangan yang bernas - semoga Tuhan akan terus memberi petunjuk hidayat kepada saya dan seluruh muslims di dunia. :)

Assalamualaikum.

KasiHentam said...

Cik Adik Story Teller :)

Saya bercakap kerana ini hal agamalah kita kena daengar cakap pak mufti dan alim ulama. Apakah Pak Mufti dan alimm ulama ada kepentingan politik? Apakah Harussani `dan Dr Maza ada kepentingann politik? Tidak ada bukan?? Mereka menentangg penubuhan sekolah ini kerana jelas bertentangan dengan Islam itu sendiri. So dengarlah cakap orang cerdik pandai agama.

Dan yang mempunyai kepentingan politik disini adalah Ali Rustam, yang beriya menubuhkan sekolah hamil ini sedangkan bidang kuasa ini dibawah Shahrizat Jalil, iaitu kementerian pembangunan wanita keluarga dan masyarakat.

Benar kataa Jilfityan, tidak lama lagi akan wujud pula sekolah budak skinhead, sekolah mat rempit, sekolah mat gian dll. Apa nak herannn.. dulupun sudahh berlakuu pemberian kondom dan percuma,jarum suntikan percuma, konvoi beramai2 mat rempit dan kini sekolah budak buat zina disediakan sekolah khusus.

Cik Story Teller,

Dengar cakap alim ulama jangan dengar cakap orang politik noo..

Jil Fityan said...

Tak mengapa Story Teller masih keliru sebenarnya. Mungkin Story Teller leh google mengapa Abu Jahal dipanggil Abu Jahal sedangkan nama dia lain, dan siapa yang menggelarkan dia dengan gelaran Abu Jahal. Mungkin pencarian ini akan memberi kefahaman kepada Story Teller.

ummizikryzofry said...

cik story teller bukanlah tidak bijak mengutarakan pandangan, malahan untuk seorang seusia adik, memang sgt bijak.... seorang remaja yang sudah 18 tahun disogokkan dgn semua keputusan adalah dgn pengaruh politik, selesa dgn perkataan Malaysia negara 'aman dan makmur'...dan sebagai gadis yang biasa membaca anak zina sebagai anak tak sah taraf, berzina sebagai perbuatan tidak bermoral (bukan haram)...maka amat sesuai pandangan yang diutarakan adalah sedemikian rupa...walaupun tidak bias ke mana2 pihak, corak pemikiran begitulah yang berjaya dibentuk oleh pemimpin2 kita sekarang....
sekolah remaja hamil memerlukan belanja yang kita tak tahu berapa nilainya...kalau disebat 100 kali seorang remaja ini di hadapan remaja2 lain atau ibu bapa lain, berapa jiwa yang akan insaf dan berapa insan akan selamat dari dosa zina dan tiada lagi anak2 zina ini hanya dengan kos sebatang rotan ..?
sesungguhnya setiap kekhilafan dan masalah itu penyelesaiannya hanya dengan kembali kepada AL Quran dan sunnah ...kita tak mahu anak remaja tidak takut berzina dan mengandung anak haram kerana sudah ada tempat yang mengiktiraf dan menjamin keselesaan mereka...wallahualam!

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.