Subscribe

Bercakap tentang Islam tapi isteri tidak menutup aurat!


Isu MP Serdang mempunyai banyak hikmah. Banyak hikmah, kebaikan dan pengajaran. Daripada isu inilah "membangunkan" ummah dari tidur lena dan "membangkitkan" perasaan ingin tahu non Muslim terhadap Islam.

Mengapa?

Peristiwa MP Serdang masuk surau inilah menerbitkan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh umat Islam. Persoalan yang besarnya berkaitan dengan hukum dan peraturan Islam iaitu masuk ke surau atau masjid oleh non Muslim dan Aurat.

Kita melihat sebelum peristiwa ini berlaku, MP Serdang mempunyai pengetahuan yang cetek tentang Islam. Barangkali beliau juga " prejudis" terhadap Islam. Hasil dari peristiwa ini, MP Serdang banyak "menimba ilmu" tentang Islam. Hebatnya, beliau sanggup "menadah" telinga mendengar penjelasan Mursyidul Am.

Tentunya peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini "menyamai" seperti September 11. Selepas September 11, ramai rakyat Amerika mengkaji Islam dan menganuti agamanya.

Satu lagi tentang aurat. Jika sebelum ini, MP Serdang dan mungkin ramai lagi non Muslim tidak memahami hukum aurat, kini mereka lebih faham lagi.

Barangkali sebelum ini non Muslim melihat tudung isteri PM atau tudung isteri Menteri Penerangan adalah menepati hukum Islam, kini mereka lebih faham lagi konsep penutupan aurat yang sebenar yang dikehendaki oleh Islam.

Nah, kini non Muslim boleh membandingkan yang mana satu penutupan aurat yang sebenar antara tudung isteri PM dengan tudung isteri Presiden PAS misalnya.

Lagi, jika sebelum ini non Muslim memahamit tutup aurat hanya dalam lokasi surau, masjid, majlis keagamaan, Musabaqah apabila melihat isteri pembesar-pembesar negara berbuat demikian. Kini non Muslim sudah memahami bahawa itu konsep yang salah. Kini mereka tahu penutupan aurat yang yang sebenar adalah bukan sekadar lokasi tersebut.

Terserlah lagi "kejahilan" isteri-isteri pembesar negara!

Dua perkara yang dapat dipelajari dari peristiwa MP Serdang oleh non Muslim berkaitan aurat. Iaitu tutup aurat mestilah tutup keseluruhan rambut dan menutupnya bukan sekadar dalam surau, masjid dan majlis keagamaan.

Itu belum lagi jika ada non Muslim tanya tentang hukum peluk dan cium pipi bukan mahram. Malu kita! Bila mengenangkan aksi isteri PM berbuat demikian terhadap artis Bollywood dan pemain badminton negara.

Perbuatan demikianlah yang mencemarkan imej kesucian Islam.

Tentang penutupan aurat ini, kita melihat masih ramai isteri-isteri pembesar negara termasuk golongan Istana tidak mengambil berat hal demikian. Sepatutnya mereka sebagai golongan pemimpin dan menjaga kepentingan Islam perlu insaf dan bertanggungjawab menjaga imej Islam pada kacamata rakyat dan non Muslim.

Sesuatu yang "memalukan" jika pembesar-pembesar negara dan golongan Istana bercakap tentang pengamalan ajaran Islam yang sebenar dalam majlis rasmi, tetapi dalam hal yang sama isteri mereka tidak menutup aurat!

Kita melihat tidak ramai isteri Menteri dan golongan Istana menutup aurat. Sekadar Permaisuri Agong, Tengku Puan Pahang dan isteri TPM dan isteri beberapa Menteri sahaja.

Mufti-mufti dan pegawai JAKIM mestilah berani menegur dan menasihat. Mufti Harussani mesti perhebatkan dakwah anda dalam istana! Jangan asyik berpolitik.

Marilah sempena Ramadhan ini, kita semua insaf tentang hal demikian.

tokpepijat

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.