Subscribe

munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno

Adakah sertai UMNO untuk membaiki UMNO atau menjadi Balaci dalam UMNO?


JK munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno

Pengganjur munajat royalti Rakyat Kelantan hari ini menyelar keras tulisan seorang ulama muda Umno - yang berpendapat salah menetapkan angka, masa dan tempat bagi berdoa - memperlihatkan mereka seperti "balaci" parti itu dalam melawan tindakan yang tidak sealiran.

"Diharapkan ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki Umno, dan mahu menjadi penegur Umno," kata jawatankuasa misi tersebut.

Semalam, Fathul Bari Mat Jahya menulis dalam kolumnya di Malaysiakini bahawa menetapkan angka, masa dan tempat bagi doa yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah adalah perbuatan yang menyanggahi petunjuk Rasul.

Graduan hadis daripada Jordan dan Madinah itu berkata sekiranya rakyat Kelantan merasakan hak mereka dirampas, doa orang yang dizalimi sudah cukup mustajab.

Justeru, Fathul Bari mencadangkan, jumlah RM400 ribu yang dikumpulkan sebaiknya digunakan untuk program ilmiah bersesuaian dengan keadaan masyarakat Islam di negara ini yang ketandusan ilmu dan ulama.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, cadangan itu bersifat umum dan turut ditujukan kepada kerajaan pusat pimpinan BN.

Dalam kenyataan pengerusi bersama jawatankuasa itu Wan Mohd Johari Wan Omar dan Md Zulaimi Kazin hari ini, mereka mempertahankan tindakan menghantar 40 ulama dan tok guru pondok di Kelantan untuk bermunajat di Mekah sebagai tidak bercanggah dengan syariah.

"Kami melihat, tindakan kami ini tidak bercanggah dengan syariah, terutamanya tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan kami ini," kata mereka sambil menambah bahawa ia tidak seperti larangan nyata pengharaman judi bola sepak yang "didiamkan" oleh golongan itu.

Wan Mohd Johari (kiri) dan Md Zulaimi berkata, selari dengan kelebihan menunaikan solat di Masjidil Haram, pihaknya menghantar golongan itu "agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh sendiri, untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan."

"Penghantaran 40 orang ulama ini, menggunakan duit derma dan sumbangan orang ramai. Ia tidak ada satu sen pun dari tabung dana kerajaan negeri, yang merupakan harta rakyat Kelantan.

"Keadaan ini tidak sama seperti tindakan kerajaan pusat pimpinan Umno, mengambil dana kerajaan untuk membayar kepada syarikat Yahudi, APCO sebanyak RM 77 juta setahun," sindir mereka.

Jawatankuasa itu juga memaklumkan pada 28 November depan, sebelum bertolak ke Mekah, satu majlis munajat yang sama akan diadakan di suatu tempat di Selangor.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.