Subscribe

PAS Jangan Sekali-Kali Bersatu Dengan UMNO



Kadangkala kita sebagai bangsa Melayu rasa malu dan terhina dengan sikap dan tindakan keterlaluan Melayu UMNO terhadap rakyat yang sebangsa denganya. Mereka jelas jahil dan buta agama dengan sewenang-wenangnya menggunakan Islam, rumah Allah dan ustaz-ustaz upahan yang menjadi balaci mereka untuk menghalalkan tindakan mereka.

Mereka yang kini umpama cacing kepanasan kerana amat bimbang jika tersungkur pada PRU ke 13, kerana sekiranya berlaku, segala tembelang jahat dan penipuan mereka selama ini terhadap rakyat akan pecah. Mereka tidak akan mampu mengarahkan polis, hakim, Pejabat Peguam dan mahkamah untuk menutup dan melindungi mereka lagi.

Kini apabila melihat barisan pembangkang kian kuat dan kukuh, mereka mula menjaja fitnah, merekacipta fitnah dan membuat berbagai tuduhan tanpa bukti dengan tujuan untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat supaya hancur sebelum PRU 13 ini.

Mereka mainkan isu perkauman sempit yang sangat jahat untuk menunjukan kepada rakyat kononya betapa jahatnya orang Cina dalam Negara kita ini sedangkan dalam masa yang sama kejahatan mereka sendiri makin terserlah dan terbongkar.

Kalau kita pergi ke negeri China di kawasan majority orang Islam, tidak akan kelihatan atau kedengaran gangguan atau halangan sesama mereka dalam soal untuk menyampaikan kuliah atau melaksanakan hokum Allah, begitu juga umat Islam di India, mereka tidak pernah menghina atau memperlekehkan syariat islam tetapi apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya. Orang Melayu UMNO adalah perosak kepada keadilan dan keindahan Islam itu sendiri dikacamata orang bukan Islam. PAS cuba menyampaikan dakwah kepada DAP dengan berbagai cara mengikut acuan yang pernah dilakukan oleh Nabi dan juga kaedah yang dibenarkan oleh Islam tetapi UMNO pula cuba merosakan dan memporakporandakan kaedah itu.

UMNO sibuk dengan Melayunya. Kita tanya mereka, apa hebatnya Melayu? Disisi Allah kelak Melayu tidak mempunyai nilai satu sen pun. Bangsa Arab yang dari bangsa Nabi pun tidak punya nilai disisi Allah kerana kata Nabi yang bernilai hanya umat Islam yang bertaqwa saja. UMNO tidak boleh mendabik dada menatakan bahawa semua orang Melayu itu Islam. Mana dalil dan hujahnya? Bukankah sudah beratus ribu orang Melayu (UMNO) yang sudah murtad? Belum dicampur dengan yang tidak solat lagi. Orang Arab pun ramai yang bukan Islam. Jadi apa bezanya? Orang Cina dan India pun bukan semuanya kafir, ramai juga yang Islam.

UMNO perlu ingat, kamu jangan terhegeh-hegeh untuk mencari pengaruh dengan cara membuat fitnah dan memecahbelahkan perpaduan kaum yang ada dalam Pakatan Rakyat. Ingatlah, seandainya satu hari nanti, DAP, MCA dan Gerakan bergabung pun, PAS tidak akan sekali-kali bergabung dengan UMNO, biar apa pun yang terjadi. Jika orang-orang Melayu UMNO ingin melihat bangsa Melayu kuat dan terus berkuasa, ayuh, tinggalkan UMNO dan sertai PAS.

Atau jika untuk melihat Parti Keadilan Rakyat terus dikuasai oleh orang Melayu, serta parti itu dan tinggalkan UMNO. Ingatlah wahai orang Melayu, UMNO tidak diperlukan lagi oleh orang Melayu dan tidak harus singkirkan terus dari terus wujud dalam Negara ini. Pengkhianatan, penipuan, rompakan dan kezaliman yang telah mereka lakukan selama ini sudah cukup untuk menginsafkan kita semua untuk mengucapkan "Selamat Tinggal Buat UMNO", Tanpa UMNO, Melayu dan Islam lebih selamat dan lebih dihormati. Sebenarnya Melayu UMNO adalah Melayu berpenyakit, penyakit busuk hati, dengki, dendam dan sombong. Mereka akan merosakan sesiapa saja jika berada di dalam mana-mana parti pun. Mereka tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diberikan amanah atau tanggungjawab.

Mereka jenis yang akan menikam kawan dari belakang setelah meresakan mereka sudah mula kuat dan berpengaruh. Sikap mereka tak ubah seperti puak Yahudi. Itu sebabnya mereka boleh berkawan dengan Yahudi. Wallahualam.

Tok Janggut

1 comment:

Yong said...

Yong bersyukur kerana dilahirkan oleh ibubapa yang menganut agama Islam. Yong tetap bersyukur walaupun Yong tak pandai bahasa Arab, tak putih melepak dan tak hidung mancung. Ini kerana Yong Melayu. Yong bersyukur kerana berada di Malaysia, bukan di Indonesia, Singapura, Brunei, Afrika Selatan, Selatan Thailand, Sri Lanka, Kampuchea ataupun Vietnam. Namun sejak akhir2 ni Yong sedih kerana ade kaum sebangsa Yong yang lupa agamanya, lupa dirinya dan lupa tanah airnya. Semuanya kerana parti yang mereka dokong selama lebih setengah abad telah mencurahkan kekayaan yang tidak wajar. Mereka wajar diberi pengajaran; dan tidak ade pengajaran yang lebih wajar daripada mengusir mereka dari Putrajaya pada PRU13.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.