Subscribe

TPM : Tiada Kuasa Kepada Pengetua Rasis

Lembaga Tatatertib peringkat Kementerian.Pengerusinya ialah 'Menteri' Kementerian itu sendiri.Jabatan Perkhidmatan Awam, Pengerusi Lembaga Tatatertibnya ialah 'MENTERI' kepada Kementerian yang kontrol JPA itu sendiri. Tetapi akhirnya kata TPM, "tiada kuasa"

Mungkin UMNO memang tiada kuasa untuk mengambil tindakan kepada Pengetua yang yang sehaluan dengan mereka. Mereka cuma ada kuasa kepada kakitangan awam yang menyokong Pembangkang sahaja.

Pengetua rasis: Menteri tiada kuasa, kata TPM

Kementerian Pelajaran tidak boleh menentukan tindakan ke atas pengetua rasis Bukit Selambau kerana ia dibidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga adalah menteri pelajaran.

"Menteri tidak boleh membuat sebarang keputusan berhubung pegawai kerajaan yang berada pada tangga gaji gred 48 dan ke atas, saya percaya gred pengetua itu adalah 52.

"Bagi pegawai bergred seumpama itu hanya lembaga disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh ketua pengarah boleh bertindak,” katanya.

Muhyiddin berkata kementerian pelajaran telah menjalankan siasatannya sendiri dan menyerahkan hasil siasatan kepada suruhanjaya perkhidmatan awam bagi membuat keputusan.

"Ia bidang kuasa mereka. Saya telah mengumumkannya, jadi kita tunggu apa keputusan yang mereka akan ambil,” katanya.

Pada 4 September lalu, Star melaporkan JPA telah menerima laporan setebal enam inci daripada kementerian itu tetapi masih membisu berhubung keputusannya.

Dua hari lau, MCA melahirkan rasa tidak berpuas hatinya dengan pengetua yang tidak dikenakan sebarang hukuman kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap peljar bukan Melayu pada bulan Ramadan yang lalu.

Ketua MCA Kedah, Chong Itt Chew berkata jika pengetua itu - Ungku Aznan Ungku Ismail, tidak dipindahkan ke sekolah lain, parti itu mungkin menganjurkan protes di depan sekolah berkenaan.

Chong berkata ibu bapa murid-murid terbabit juga telah memohon kepada jabatan pelajaran agar pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani, itu dipindahkan secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.