Subscribe

UMNO dan Ramadhan…….


"Assalamualaikum,,..
UMNO merupakan parti politik orang melayu, oleh itu apabila bercakap pasal UMNO ianya bermakna bercakap pasal orang melayu dan kerana sejak lebih 50 tahun dulu, UMNO telah dirosakkan oleh beberapa generasi pemimpin melayu yang lari dari petunjuk agama(Islam) maka hari ini UMNO yang diperkatakan merujuk kepada pemimpin mereka.

Setiap kali UMNO disebut ia membawa makna pemimpin UMNO bersama sama segerombolang komred komred BTN dan komred pencacai yang dilatih untuk setia secara membabi buta kepada pemimpin (kerana upah) dan sanggup melakukan apa saja termasuk berbohong, memutar belit kenyataan, menjadikan sesuatu yang benar kelihatan palsu dan sebaliknya. Inilah UMNO yang dimaksudkan yang secara umumnya beragama Islam(kecuali mereka yang murtad) dan tidak terlepas dengan Ramadhan.UMNO seperti umat Islam yang lain turut menyambut Ramadhan tetapi sambutan mereka berbeza sedikit dari sambutan biasa umat sepanjang bulan Ramadhan.

Bagi UMNO, tiada tarbiyah Ramadhan yang menekankan Islam menjaga mulut dan lidah sepanjang bulan Ramadhan, pada UMNO menjaga lidah atau tidak sama saja asalkan matlamat untuk mengekalkan sokongan melayu dan rakyat akan terus diraih.Oleh itu, UMNO dengan selamba mendakwa bahawa pada 13 Mei dulu, PAS yang minta Tunku rampas harta cina dan ketika konfrantasi dengan Indonesia dulu, PAS menyokong Indonesia.UMNO langsung tidak takut dan bimbang ketika membuat pembohongan ini pada ketika pencacai dan komred BTN mereka mahukan UMNO diterima sebagai rakan atau saudara seIslam oleh PAS.

UMNO juga dengan selamba di bulan Ramadhan menuduh PAS dan PR menderhakai sultan apabila membenarkan orang bukan Islam memasuki ruang solat surau serta meninggalkan doa kepada YDPA ketika khutbah jumaat dengan diganti doa kepada LGE.Pembohongan lagi di bulan Ramadhan.

Media pengampu UMNO saban hari menyiarkan berita bohong ini dan sudah menghiasai tiga perempat Ramadhan.Sehingga kini, tidak ada tanda UMNO mahu berhenti dari penyebarkan pembohongan ini dan semakin kita sampai ke penghujung Ramadhan, UMNO tidak mempunyai hujung dalam pembohongan mereka.

UMNO langsung tidak terdidik dengan kisah khemah bazar Ramadhan yang terbang macam kertas, UMNO langsung tidak terasa untuk mencari malam lailatul qadar, sebaliknya mereka terus mempopularkan budaya malam lailatul kamdar terutama ketika malam menyambut merdeka yang baru lalu.

Menghampiri akhir Ramadhan dan awal Syawal ini, kita boleh menjangkakan meningkatnya aktiviti rempit di sekitar bandar bandar besar dan banyak lagi aktiviti maksiat yang mengiringinya.UMNO walaupun ada kuasa yang diumpamakan"tangan"dalam hadis mencegah kemaksiatan macam biasa juga tidak akan berbuat apa apa dan membiarkan Ramadhan dan Syawal dicemari.Apabila ditanya UMNO akan berkata kita tidak boleh halang orang dari berhibur walaupun UMNO sebagai orang Islam tahu benar kegiatan sebegini mencemarkan Ramadhan dan Syawal.

UMNO kemudian akan dibela oleh komred BTN dan pencacai mereka sebagai jahil sebab itu mereka melakukan semua perkara ini tetapi kejahilan mereka tidak seharusnya menyebabkan UMNO ditolak oleh saudara Islam sendiri kerana akidah mereka tetap sama dengan orang Islam yang lain(kecuali yang sudah murtad).Malang bagi UMNO yang masih mahu saudara Islam menerima mereka tetapi UMNO secara terang dan jelas menodai Ramadhan yang amat dirindui oleh orang Islam dan dengan jelas masih menampung pelaku pelaku maksiat termasuk pelaku hudud di dalam jemaah mereka.

UMNO sudah tidak ada tempat di ruang ruang kehidupan seorang mukmin dan perlu dikuburkan segera demi menyelamatkan umat.Untuk komred BTN dan pencacai sekelian, berhentilah bekerja untuk UMNO dan berhentilah menyangka bahawa UMNOlah yang memberi rezeki sebaliknya marilah bersama sama pada kesempatan Ramadhan yang masih berbaki ini membanyakkan amal dan doa agar ALLAH memurahkan rezeki anda, serta jangan lupa doakan sahabat yang bukan Islam diberi hidayat oleh ALLAH.

Tulisan Tinta : Notan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.