Subscribe

UMNO parti Perkauman Fitnah Lagi!


Klik Gambar Untuk Besarkan

Di pengakhir Ramadhan, umat Islam berlumba-lumba meningkatkan amal dan memohon keampunan kepada Allah. 10 hari berbaki sepatutnya meningkatkan lagi motivasi, meningkat lagi amal ibadat dan mengurangkan apa sahaja perkara yang boleh mengurangkan dosa. Tapi sedih, pemimpin dan blogger UMNO tidak reti semua dan faham semua ini.

Bulan Ramadhan lah digunakan pemimpin UMNO dan Blogger UMNO untuk menambahkan sensasi dan menyuburkan budaya perkauman di negara ini. Bermula kenyataan Pemimpin UMNO (populariti media Arus Perdana Pro UMNO) memainkan sentimen berhubung bantuan kewangan oleh ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching kepada surau, diputarbelit menjadi "beri tazkirah" dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada ‘tazkirah’ bagi mencetuskan polemik dan sakit hati umat Islam di bulan mulia ini.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

Kini blogger cybertrooper UMNO yang memakai nama Pas Beruk,menyebarkan gambar super impose Lim Guan Eng menyembelih lembu korban (seperti gambar diatas), sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat.

Parti jijik ini tidak takut kepada Allah, tidak malu kepada orang bukan Islam, malah tidak akan pernah menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini.Semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno.




No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.