Subscribe

UMNO Penyebar Kesesatan Kepada Rakyat


Banyaknya program-program hiburan dan lambakan kisah seram di kaca televisyen hatta pada Hari Raya AidilFitri, membuktikan bahawa sememangnya Kerajaan UMNO sedang giat menyesatkan rakyat Malaysia yang beragama Islam, dengan santapan yang merosakkan minda dan rohani umat Islam di negara ini. Hiburan yang melampau, disamping cerita-cerita seram yang berunsur khurafat dan tahyul, serta pelbagai penyelewengan agama Islam yang salah, palsu dan sesat, ditayangkan, dan menjadi juadah para penonton yang berhari raya. Jika dulu ditayangkan dengan persembahan sarkas (perempuan dan lelaki berseluar dalam)pada hari raya, kini ditayangkan pula dengan elemen-elemen sesat yang lebih membahayakan.

Filem dan drama seram ini pernah dikecam berkali-kali. Ditegur secara lantang oleh tokoh agama, antaranya bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin,Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din. Perkara ini menjadi satu isu besar hinggakan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bereaksi dan menyifatkan filem seram tidak memberi kesan yang boleh menimbulkan perasaan takut dan menyuburkan kepercayaan pada perkara tahyul.Presidennya Freddie Fernandez menyifatkan karya seni tersebut "sebagai hiburan ringan" dan menyerahkan kepada penonton televisyen untuk menilai sendiri.

Nah,nampak gayanya pandangan ulama ini ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Kerana ternyata sekali Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia yang diteraju Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim lebih menyokong pandangan bukan Islam yang sememangnya tidak beriman berbanding pandangan para mufti dan alim ulama. Hasilnya, masyarakat kita berjaya ditanam dan disemai dengan fahaman Islam yang menyeleweng, masyarakat Islam yang percaya bahawa orang mati boleh menjadi hantu yang mana mereka bangkit dari kubur. Masyarakat Islam yang percaya orang yang mati dalam keadaan rohnya tidak diterima lalu terawang-awangan menghantui manusia kerana dosanya. Semua kepercayaan karut dan tanpa nas soheh daripada Quran dan Sunnah menjebakkan penonton yang melihat menjadi percaya hingga menyesat baratkan mereka dan lebih teruk, boleh membatalkan keimanan kepada Allah swt.

Ini bukan perkara main-main. Ini persoalan akidah. Ia diakui oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang turut menganggap filem hantu tidak menyumbang kepada pembentukan insan. Malah Islam sendiri tidak menerima apa-apa perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat termasuk juga sesuatu pekara yang divisualkan dalam filem.Lebih membahayakan apabila sesebuah filem seram itu ditonton oleh kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka.Filem-filem seram yang keterlaluan adalah berbahaya kerana ia boleh menyebabkan penyelewengan akidah.Kepercayaan bukan-bukan seperti ada kuasa ghaib yang divisualkan dan hantu itu boleh mengetahui sesuatu perkara boleh menyebabkan masyarakat terpengaruh dan mempercayainya;kata Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Agenda penyesatan yang dibawa UMNO ini akan terus subur mekar sampai bila-bila selagimana Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia tidak mendengar kata para ulama dan para mufti. Inilah fanomena yang sangat membimbangkan kerana menjadi penyebab anak-anak kita tersesat dan tersasar daripada Islam yang sebenar. Adakah kita mahu tengok anak-anak kita, menjadi sesat dan terbatal iman mereka?

Tahyul: Siaran tv hari raya tidak bina minda

JERAI, 18 Sept: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membidas kerajaan yang membenarkan siaran berunsur tahyul dan tidak berfaedah di televisyen sepanjang sambutan hari raya Aidilftri.

Beliau berkata, sepatutnya Kementerian Penerangan mengkaji semula semua siaran televisyen yang tidak menjurus kepada membina minda masyarakat.

"Mereka menghidangkan hiburan yang merosakkan minda rakyat yang menonton, khususnya remaja dan anak muda. Banyak siaran yang memaparkan kisah hantu dan tahyul seperti Susuk, Congkak, Jangan Pandang Belakang dan sebagainya tidak memberi manfaat.

"Apa sebenarnya yang ingin mereka paparkan ialah merendahkan martabat rakyat tanpa disedari. Rakyat juga diajar dengan kerja-kerja tahyul.

"Sepatutnya kementerian berasa malu kerana tahap program kita banyak menekankan perkara syirik dan palsu. Oleh kerana itu bagi mengubah sistem penyiaran ini, maka Pakatan Rakyat (PR) harus diberi peluang untuk menerajui Kerajaan Pusat," katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat turut menyatakan seandainya PR mampu menerajui Putrajaya, maka banyak program membina iman dan takwa akan dilaksanakan.

"Ini membuktikan Barisan Nasional (BN) sudah tidak mampu lagi untuk membina minda dan membentuk masyarakat melalui program-program yang membina.

"Kemungkinan besar mereka takut sekiranya minda rakyat dapat dibina melalui program kesedaran dan keimanan, maka sokongan kepada mereka akan semakin terhakis apabila kepalsuan dan retorik yang selama ini mereka amalkan terbongkar," ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.