Subscribe

Video dan Gambar-gambar mahligai wakil rakyat Umno Pulau Pinang



Ekslusif untuk anda, dari team blogger Pakatan Rakyat...saksikan gambar-gambar Mahligai wakil rakyat (ADUN) Umno Pulau Pinang 'VS' rumah rakyat Pulau Pinang!..

p/s: Gambar-gambar di bawah membuktikan betapa kaum Melayu di Pulau Pinang masih mampu hidup mewah, berumah besar, berkereta mahal dan sebagainya..ini segaligus menolak dakyah penyokong gerombolan bahawa Melayu semakin terpinggir dan miskin di bawah Pakatan rakyat...;)


Ini rumah ketua pembangkang P.Pinang. Bila tidur asyik termimpi 13 Mei...


Ini rumah Melayu paling terpinggir di Kepala Batas..sian dia..tiada siapa nak bantu baiki atau nak naik taraf rumah dia...

Memang benarlah Melayu P.Pinang memang terpinggir...


Ini pula rumah mantan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang di Balik Pulau..Yusmadi menang di Parlimen Balik Pulau sebab Dr Helmi berkempen untuk Yusmadi sebab Yusmadi orang Balik Pulau tulen..

Kebetulan pula Yusmadi lawan dengan calon Pak Lah orang Bayan Lepas bukan orang Balik Pulau tulen...sebab itu di Balik Pulau agak unik sikit..3 Dun dalam Parlimen Balik Pulau UMNO menang tetapi Parlimen Balik Pulau UMNO kalah..macam Hulu Selangor...inilah sebab sebenar Yusmadi menang...


Ini rumah mantan Exco Belia dan Sukan P.Pinang dekat Pantai Robina...


Rumah orang kuat Pak Lah di Kepala Batas......satu lagi rumah di Sg Petani...


Rumah Ustaz Shabudin ada lagi satu...laaaaagi besar....


Ini rumah lama Arif Shah yang memang arif tentang judi bola di Seberang Jaya...rumah baru tak sempat nak ambil daaa...


Rumah Jasmin di Sg Dua..orang harapan Syariff Omar...


Yang ini rumah Tok Mud..hujan lebat sangat bila sharpshooter sampai di depan rumah dia di Taman Ilmu. Sebelum ini suruh kawan tolong ambil gambar rumah tok Mud tetapi malangnya macam-macam alasan...tu pun jangan...nak jadi pejuang juga...jangan buat alasan tetapi carilah jalan..


Ini pula rumah mantan Exco Perumahan P.Pinang di Kg Seronok. Tahun 2004 sharpshooter bertanding menentangnya...tetapi tahun 2004 semua calon Keadilan kalah kecuali Kak Wan seorang saja...:-)

Anda nak tahu apa 'jasa besar' YB Exco Perumahan pada orang Melayu P.Pinang...anda boleh baca di sini.


Ini pula rumah saudagar herba di Balik Pulau...


Ini pula rumah Tok Non dekat kelab Golf Jawi...boleh ajak Zahrain main golf di sini bila Zahrain, Fairus dan Zulkifli Noordin pejuang dan Wira Agama, Bangsa dan Negara balik dari Gaza lawan tentera Israel...Israel dah angkat bendera putih...hebat sungguh pejuang kita...anda patut berbangga dan bersyukur...


Yang ini pula rumah Ali gemok yang terlibat dengan skandal 6000 permit teksi bersama Nazri Aziz tetapi macam biasalah kes profile tinggi selalunya entahlah tak tau apa jadi...


Sumber: Credit buat RuangBicaraPriaMalaya dan blooger Sharpshooter

5 comments:

Anonymous said...

waaa..besau2 rumah dema nooo.takperla rezeki demo..rumah kat bawah nanti belum tentu besau tu..hihihi

NakKaya said...

Pemimpin Kaya Kaya: Dari Mana Puncanya???

Kekayaan Pemimpin, Dipuja Setengah Mati!

Rasa terlalu kerdil bagi penulis untuk menulis lagi...bukan patah semangat, tetapi kekadang melihat jeriji besi; pandang kanan jeriji besi, pandang kiri jeriji besi, pandang depan dan belakang tembok batu yang berupa akta demi akta, aku janji dan pelbagai rintangan yang seolahnya menyerap ketakutan rakyat marhaen... Terlalu banyak isu yang menuntut pejuang reformasi di negara ini lebih pantas, tangkas dan bijak menangkis demi perjuangan keadilan dan kebenaran. Lama rasanya penulis tidak menyumbangkan pemikiran kerdil untuk membangkitkan semula kesedaran rakyat marhaen. Terutama menjelang PRU ke 11 yang tidak seberapa lama lagi. Makin dihitung semakin dekat dan hampir. Mari bersama kita teruskan perjuangan ini.

Rakyat di desa tidak akan menyoal kenapa pemimpin aku kaya raya, ada rumah besar, kereta besar, pangkat besar dan berbagai-bagai lagi. Sebaliknya, rakyat sekadar berasa bangga pemimpin kaya raya itu datang jumpa rakyat setahun lima kali di balai raya, padang sekolah yang memang diatur sebegitu rupa. Apa lagi bila pemimpin yang setiap waktu dipuja, dipuji dan ditayang tonton dalam TV itu datang melawat rumah rakyat marhaen, terasa hebat dan bangganya si rakyat marhaen itu kerana di datang pemimpin besar negeri dan negara yang bertaraf menteri, timbalan menteri atau setidak-tidakpun yang bergelar YB UMNO/BN.

Memang tidak salah rakyat hormat pemimpin atau hormat sesiapa juga dianjurkan oleh semua agama. Lebih-lebih lagi Islam amat menganjurkan budaya hormat-menghormati antara sesama manusia.

Tetapi, peliknya bila rakyat sekadar merasa bangga dengan kekayaan pemimpin mereka sambil lupakan nasib sendiri yang selamanya menjadi kuda tunggangan para pemimpin UMNO/BN yang kaya raya ketika berkuasa. Rakyat tidak pernah soal mungkinkah mereka itu kaya raya kerana rasuah, amalan kronisme dan budaya penyelewengan yang berakar umbi dalam sistem pemerintahan UMNO/BN selama ini. Asal jadi YB, ketua bahagian atau apa saja yang berkaitan UMNO/BN mesti kaya rayalah orang itu. Yang sedia kaya tentu lebih hebat lagi gaya hidup mereka kalau mereka golongan tidak beriman samalah dengan watak Qarun yang kaya raya yang disebut dalam al-Qur'an. Perkara ini tidak boleh dijawab oleh orang kampung atau rakyat biasa yang tidak peka dengan pelbagai isu semasa. Kerana mereka sekadar dengar dan tonton berita RTM, TV 3 dan NTV 7.

NakKaya said...

Penulis bersembang dengan seorang pakcik yang bicaranya tentang kekayaan pemimpin dunia yang kaya raya, dari pemimpin di Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina dan sebagainya. Dalam hati penulis berkata tanda respect kat pakcik itu betapa dia banyak tahu tentang kekayaan pemimpin di dunia. Celah penulis, apa nak hairankan memang mereka pegang segala kuasa. Kuasa memerintah, kuasa mengatur kekayaan negara, kuasa itu ini ada dalam tangan pemimpin. Sehingga rakyat terlupa akan kuasa mereka yang berada dalam tangan sendiri setiap lima tahun MENGUNDI/MEMANGKAH bagi memilih pemimpin.

Tersalah pilih pemimpin yang gila kuasa, gila kekayaan dan gila kemewahan. Inilah nasib rakyat dipimpin oleh pemimpin licik mencengkam kuasa, merampok disiang hari harta rakyat, harta negara dan harta kerajaan menjadikan mereka kaya raya. Tidak salah menjadi kaya raya. Siapapun boleh jadi kaya raya. Jadi pemimpin. Yang menjadi salah bila buat kaya dari kuasa yang dimiliki. Dan menjadi pemimpin yang menyalah guna kuasa yang diamanahkan itu dengan mencengkam kuasa segila-gilanya sehingga rakyat yang menuding/mengkritik dihukum dan dizalimi tanpa belas kasihan.

Kenapa dihairankan mereka jadi kaya. Yang sepatutnya kita hairan bagaimana mereka kaya raya sekelip mata. Mengurus kekayaan negara macam mengurus harta syarikat sendirian berhad. Boleh diatur di kaki-kaki lima jalan. Apakah boleh dijumpai nilai ketelusan sebenar????? Contoh paling sinis ialah projek makmal sekolah yang tidak beres, malah membahayakan pelajar, isu air, balak, polis yang diperkuda, SPR yang bersekongkol dengan UMNO/BN merancang kemenangan UMNO/BN melalui persempadanan semula dan yang berkaitan dengan pilihanraya, BPR dan lain-lain.

Ibnu Sabah,
28.7.2003M.

Sharpshooter said...

ralat harap dapat perbetulkan
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/01/ralat-rumah-yb-sg-acheh.html

Sharpshooter said...

tolong padam segera gambar dan video rumah yb sg acheh harap maklum

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/01/ralat-rumah-yb-sg-acheh.html

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.