Subscribe

Apa Sebabnya : Berahim Ali kena Tarik Gelaran Dato

Berhubung berita ini,

Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali.

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Menurut kenyataan media yang difakskan ke Malaysiakini, Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan, Datuk Seri Setia Raja Mohd Aiseri Alias berkata lima pingat yang dianugerahkan kepada Wan Hashim ditarik balik. 

Turut ditarik balik pingat mereka hari ini adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafiei Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.

Menurut kenyataan itu, "adapun penarikan balik ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara Baginda jua".

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) yang membawa gelaran 'Datuk Paduka' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.


Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.


“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Terus pertahan institusi raja


Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.


Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.


“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.
Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.Sementara itu, Ibrahim ketika ditemui wartawan di lobi parlimen, berkata beliau menerima keputusan penarikan darjah kebesarannya itu dengan hati terbuka terhadap.


Katanya, tindakan itu tidak akan mematahkan perjuangan beliau untuk mempertahankan institusi diraja dan juga hak Melayu.


"Saya tidak terkejut dengan perkara ini dan saya tidak mengetahui sebab dilucutkan gelaran itu," katanya.

Penarikan balik anugerah ini membuatkan saya berkira-kira, apakah sebab utama Pak Berahim Ali ditarik balik anugerah Dato? Apakah ada dosa besar Berahim Ali kepada Istana Kelantan hinggakan Istana sanggup memburuk sikukan pemberian yang telah diberi kepadanya?

Atau, adakah sikap Berahim Ali yang kurang ajar kepada Kerajaan Kelantan, yang mendorong Sultan Muhamad V menarik balik penganugerahan yang telah diberikan bapanya kepada Berahim Ali sebelum ini?

Apa yang saya ingat, Berahim Ali tidak ada pula menghina Istana Kelantan. TETAPI yang ada hanyalah menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan mendesak Tuan Guru meletak jawatan berdasarkan beberapa tanggapan salah yang dikeluarkan oleh beliau seperti mengatakan Kelantan tidak maju dibawah PAS. Disamping keceluparan yang pernah dilafaz Berahim Ali dengan mengatakan Tok Guru sudah nyanyuk.

Dan baru-baru ini, Pak Berahim sekali lagi bercakap kerusi Menteri Besar dengan mengatakan jika ingin tengok Kelantan maju maka lantik dirinya sebagai Menteri Besar.

Ok. Dari segi bidang kuasa,bukankah Menteri Besar penasihat kepada Sultan?

Jadi,adakah keceluparan dan kurang ajar Berahim Ali ini yang membuatkan Sultan Muhamad V merasa loya dan geli tekak kepada Berahim Ali? Mari kita tengok kenyataannya setelah dilucut anugerah Dato'.

Selain pernah menerima anugerah daripada Kelantan, Ibrahim juga turut dianugerahkan gelaran Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Mulia Seri Mahkota daripada Melaka.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan berkenaan dan menyifatkan tindakan itu sebagai trend di Kelantan.

"Saya tidak terkejut, ini trend yang berlaku di Kelantan sekarang," katanya.

Mengakui mengetahui mengenai penarikan gelaran berkenaan melalui media, Ibrahim berkata beliau masih belum menerima surat rasmi berhubung perkara tersebut.

Ditanya sama ada penarikan anugerah itu ada kaitan dengan kelantangannya membela nasib orang Melayu melalui Perkasa, beliau berkata: "Saya tak tahu sebab anugerah itu ditarik balik.

"Tapi kalau (berkaitan) Perkasa, 
saya patut diberi anugerah yang lebih tinggi sebab dalam Perkasa kami pertahankan Perlembagaan negara dan institusi Diraja."

Ibrahim Ali sekali lagi celupar dengan mengatakan dia patut diberi anugerah yang lebih tinggi jika berkaitan PERKASA.

Apapun,gelaran Datuk dan apa juga kurniaan lain daripada Istana adalah kurnia DYMM Sultan dan adalah menjadi hak mutlak baginda. Dari segi perundangan baginda tidak perlu menjelaskan apakah sebab-musabab mengapa gelaran tersebut diberi mahupun jika ianya ditarik balik.
 

2 comments:

Anonymous said...

org ni byk ckp pasal melayu.. tp yg dpt selamatkan manusia dr azab Allah adlh islam, bukan melayu...

Anonymous said...

Kata orang ,Cakap siang pandang pandang ,cakap malam dengar dengar. Kita silap bila menilai diri kita yang terbaik,sedangkan orang lain memerhatikan tindak tanduk kita.Kembali kepada Islam cari jalan supaya kita didalam kumpulan Mukmin...InsyaAllah selamat!

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.