Subscribe

Apa yang menarik tentang Sultan Muhammad V - Kelantan



Selepas ini, Tuanku tidak akan menggunakan nama Tuanku Faris kerana selepas ini Sultan Kelantan yang baru ini akan dipanggil dengan panggilan Sultan Muhammad ke V. Selepas ini juga, tiada lagi seruan “Daulat Tuanku” yang mana ia telah digantikan dengan seruan “Allahu Akbar”. Ini antara pembaharuan yang dibuat oleh tuanku.

■Kalau anda berkeinginan menjadi makmum kepada Sultan Muhammad ke V semasa solat Zohor dan Asar, boleh datang ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan

■Tuanku sering turun ke daerah-daerah untuk mendirikan solat Jumaat secara rambang tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada imam atau pembesar setempat. Cara begitu untuk membolehkan baginda mengetahui realiti sebenar masjid berkenaan dan tidak mahu menyusahkan rakyat menyambut keberangkatannya

■Baginda juga pernah bersama rakyat jelata lain melakukan korban Aidiladha. Apa yang membuatkan kami teruja sebagai orang luar Kelantan, diceritakan baginda sendiri yang melakukan penyembelihan. Darah lembu yang memercik ke jubah baginda dilihat rakyat sebagai sesuatu yang “indah” dan di situlah letaknya ketinggian budi dan kebesaran hati Tuanku sebagai seorang raja yang sedang memimpin rakyat Kelantan

■Baginda juga tidak mementingkan protokol dan sentiasa membuat lawatan dalam keadaan mengejut. Kalau nak cerita banyak tempat, kejadian dan situasi di sini.

■Jubah beserta dan kopiah menjadi pakaian kegemaran Tuanku

■Istana Telipot bersebelahan dengan masjid Telipot yang mana Istana tersebut merupakan kediaman Tuanku sebelum bergelar Sultan Kelantan. Kalau melihat sebelum ini Tuanku berjalan kaki ke masjid adalah perkara biasa bagi penduduk di sekitarnya.

■Dikatakan, jikalau Tuanku sedang mempengerusikan mesyuarat dan apabila tiba sahaja masuk waktu solat, baginda akan menghentikan mesyuarat selama setengah jam untuk menunaikan solat.

Itu pun masih ada yang “iri hati” dan berfikiran tidak baik terhadap Tuanku. Ehem….
Raja sebegini pasti “rakyat akan peluk selalu”. Bagi kami, Sultan Muhammad ke V bukannya hilang protokol tetapi lebih berjiwa rakyat dan memahami tugas sebagai hamba di sini Allah S.W.T.

10 comments:

Anonymous said...

Tuanku JUGA boleh tengok AIR BERKARAT banyak sekali diKOTA BARU dah jadi AIR MUSTAMAL ....BUKAN AIR MUTLAK LAGI CAM MANA NI TUANKU DAH 20 TAHUN PAS MENJAJAH ?

Jil Fityan said...

Kenyataan Media

Isu Masalah Bekalan Air Di Beberapa Buah Lokasi di Negeri Kelantan

Kerajaan Negeri telah mengarahkan AKSB mengambil langkah segera menyelesaikan isu bekalan air bagi beberapa kampung di Machang dan Jelawat, Bachok. Masalah di Batu 30 telah diselesaikan dengan mengoperasikan satu pam di Loji Merbau Chondong.

Manakala kawasan-kawasan seperti Kg Pek, Kg. Raja, Kg. Kemucut dan sekitar, AKSB akan memasang pam penggalak (in-line booster pump) bagi mengatasi masalah kurang tekanan air dari tangki Merbau Condong.Kos pemasangan ini dijangka bernilai RM 300,000 dan ia boleh menolak 3 juta liter air sehari seperti yang diperlukan. Pemasangannya Insya Allah akan selesai dalam tempoh dua bulan setengah dari sekarang.

Bagi penduduk Jelawat dan kawasan sekitar, Kerajaan Negeri mengarahkan 2 telaga lagi dioperasikan, termasuk permasangan dua pam yang Insya Allah boleh menambah 2 juta liter bekalan sehari. Anggaran kos adalah sebanyak RM 200,000. Adalah dijangka, isu bekalan air bagi kawasan Jelawat boleh diatasi dalam tempoh dua bulan akan datang.

Untuk penyelesaian jangka panjang, beberapa projek sedang dilaksanakan seperti berikut :

• Projek naiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Jeli dengan kos RM11 juta dan dijangka siap Ogos 2010. Ini memberikan kesan bekalan air bersih di seluruh Jajahan Jeli.

• Projek Naiktaraf LRA Bukit Remah & Merbau Chondong dengan kos RM15 juta dan dijangka siap akhir Ogos 2010. Dengan siapnya projek ini, ianya memberikan kesan kepada Pasir Puteh, Machang, Kok Lanas/kemubu dan Tanah Merah.

• Projek naiktaraf LRA Chicha dengan kos RM13 juta akan memberikan kesan kepada sebahagian Kota Bharu, Bachok, Pengkalan Chepa/Kemumin. Ianya dijangka siap Oktober 2010.
Kerajaan juga sedang meneliti beberapa cadangan segera yang lain untuk seluruh negeri Kelantan bagi mengatasi rungutan rakyat mengenai bekalan air.


Bagi paras air yang rendah di sungai utama yang menyebabkan pam menjadi tergantung dan tidak dapat menyedut air, Kerajaan Pusat sedang meneliti cadangan membina satu benteng konkrit merintangi sungai Kelantan untuk membolehkan paras air dapat ditingkatkan dan ini akan membolehkan beberapa pam utama sepanjang sungai Kelantan mengepam air yang cukup.

Kerajaan akan mengumumkan dari masa ke semasa langkah-langkah segera yang akan diambil dalam masa terdekat.

Sekian. Terima kasih.

Pejabat Menteri Besar Kelantan
13 Jamadilakhir 1431 / 27 Mei 2010

Di Sini : http://zh-cn.facebook.com/note.php?note_id=130304356987140&comments

Jil Fityan said...

janganlah berjiwa busuk sangat seperti Awang Adek, yang mengugut dan menawarkan bantuan air bersih kepada rakyat kelantan SEKIRANYA menyokong UMNO Barisan Nasional pada PRU13 nanti.

Tanggungjawab pemimpin adalah membantu rakyat bukan mengugut rakyat. Inilah padahnya bila pemimpin meletakkan Iman dekat punggung.

Jil Fityan said...

Masalah air bersih sebenarnya telah lama setel dan yang masih ada pun hanyalah peratusan yang kecil sahaja.

Pesoalannya sekarang, adakah rakyat Kelantan benar-benar menghadapi masalah yang dihadapi sebagaimana yang didakwa tanpa bukti kononnya di mana-mana pun dia pergi sama ada di bandar dan di kampung ketika turun padang terpaksa menerima rintihan rakyat agar masalah itu.

tawaran air bersih yang dikemukakan Awang Adek jauh lebih kecil nilainya dengan tawaran akidah bersih yang selama ini dikecapi oleh rakyat Kelantan selama 20 tahun PAS memerintah.

Jika rakyat memilih air bersih artinya dia menolak akidah bersih yang jauh lebih tinggi nilainya, dan saya fikir orang Kelantan tidak "sebodoh" Awang Adek dan Umno.

Malah kita faham isu air bersih sengaja dimainkan oleh Umno setelah dia sangat terdesak dan sudah kekeringan modal pada masa sekarang. Dalam perkara berkaitan Umno pernah mengaitkan air kelantan yang memang keruh sepanjang tahun dengan kegagalan Kerajaan PAS kelantan, itupun mereka katakan air sungai kotor. Sedangkan isu sebenarnya ialah keruh. Keruh dengan Kotor pun tidak dapat bezakan. Realitinya sejak Umno memerintah lagi seingat saya air sungai Kelantan sentiasa keruh.

Jadi jangan la dok buat cerita macam pemimpin UMNO buat cerita.

Anonymous said...

hebatnya alSultan, saya nak jga sultan sebegini... Tapi tak dpat.... Penyokong UMNO

Hazwan Arif said...

i like him =)

honeyydeww said...

rakyat kelantan tak bodoh sehingga layak digelar dijajah selama 20 tahun...kalau rakyat kelantan hidup tidak selesa dengan air berkarat, dah lama rakyat kelantan angkat awang adek (bekas bakal MB) jadi MB....rakyat kelantan lebih rela guna air berkarat daripada duduk di bawah pemimpin Umno yang hati dan otak dah berkarat...rakyat kelantan yang dijajah PAS selama 20 tahun adalah jauh lebih baik daripada rakyat negeri lain yang dijajah UMNO selama 50 tahun!

Anonymous said...

Semoga Kelantan dirahmati Allah dibawah pemerintahan KDYMM Al Sultan Kelantan dan kepimpinan ulama yang diterajui oleh YAB Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan...Allahuakbar...

mohfaz88 said...

Alhamdulillah.agama (akhlak) rakyat itu akan mengikut agama (akhlak) pemerintahnya-mafhum hadis

INSAN said...

KITA NK MENGHUKUM SOMETHING OR CASES,, DONT SEE ONE SIDE ONLY,, SEE ALL DIMENSES,, ISLAM IS NUMBER ONE!! SATI BENDA NEVER HAPPEN IF ALLAH X IZIN .. BE AWARE!!

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.