Subscribe

BAJET 2011=BINI DAN KRONI

Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'.

Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong.

"Pembentangan bajet memperlihatkan imbuhan yang pelbagai oleh kerajaan, namun adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut?" soalnya.

Menurut Lim, bagi mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan harus beri tumpuan terhadap tenaga kerja yang akan menjana ekonomi.

"Mengapa perlu bangunan 100 tingkat? Mereka perlu beri tumpuan kepada orang (rakyat) yang akan menjana ekonomi. Kita perlukan skil (kemahiran) dan pengalaman. Bukan insfrastruktur mega," kata ahli parlimen Bagan itu.

Ahli parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar pula kecewa dengan Bajet 2011 yang langsung tidak menyentuh peruntukan untuk negeri Kelantan.

"Saya amat kecewa sebagai ahli parlimen daripada Kelantan, tidak ada apa-apa projek pun yang disebut menyentuh Kelantan sama ada jalan raya, lebuh raya, pangkalan, lapangan terbang ataupun laluan kereta api tak ada satu pun yang memberi nikmat kepada rakyat Kelantan.

"BN tidak mempedulikan Kelantan kerana merasakan seolah-olah mereka tidak mempunyai apa-apa harapan lagi terhadap Kelantan," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

"Saya rasa ini bajet terakhir sebelum pilihan raya. Najib cuba sedapat yang boleh memberikan kemudahan kepada orang kampung, belia, sekolah agama rakyat yang dahulunya dipinggirkan, tidak ketinggalan juga Permata.

"Saya nampak semua diambil kira dan beliau meramalkan defisit RM5.4 bilion. Kalau beginilah cara kerajaan berbelanja dengan tidak memberikan fokus kepada bagaimana langkah-langkah untuk mendapatkan pelaburan asing, saya tidak nampak satu langkah untuk mendapatkan pelaburan asing atau swasta dan membantu pertumbuhan ekonomi negara," katanya.



Ahli parlimen Kubang Kerian yang juga naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, secara retoriknya bajet yang dibentang, menyediakan segala insentif kepada rakyat tetapi sebenarnya satu perangkap yang akan membebankan rakyat
Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga senada dengan ahli parlimen yang lain bahawa ia merupakan gula-gula pilihan raya.

"Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga setiausaha agung PKR.

Bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bajet itu tidak mencapai objektif isu utama iaitu menangani defisit yang sedang dihadapi.

Katanya, ia menumpukan kepada projek mega yang hanya akan menguntungkan kroni Umno-BN.

“Najib langsung tidak menyentuh isu penyelewengan dan rasuah dalam pembentangan belanjawannya.

"Terlalu banyak tumpuan kepada diberikan kepada imbuhan tapi rakyat tidak akan dapat menikmatinya.

"Mereka hanya sebut projek mega tapi hakikatnnya bilion ringgit akan dapat kepada kroni dan rakyat hanya dapat ratusan ringgit," sindirnya.

Anwar berkata belanjawan yang dibentangkan ternyata menjurus ke arah menambat hati rakyat sekaligus menampakkan dengan jelas bahawa pilihan raya yang akan dilaksanakan tidak lama lagi

Selain itu, sindiran juga disuarakan berikutan pengumuman peruntukan sebanyak RM111 juta untuk Program Pendidikan dan Pengasuhan Kanak-kanak (PERMATA), satu program bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diusahakan Rosmah.

Tambahan pula, JPM sendiri kali ini menerima peruntukan sebesar RM15 bilion. “Malangnya peruntukan untuk parlimen hanya RM78 juta,” kata ahli parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

“Permata dapat RM111 juta dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) RM90 juta. Hebat lagi peruntukan First Lady,” katanya di laman Twitter, merujuk kepada nama jolokan kepada Rosmah.

Menulis lanjut, Dr Dzulkefly berkata peruntukan yang disediakan kerajaan dalam belanjawan kali ini juga menunjukkan trend yang sama dengan tahun lalu.

Peruntukan untuk pengurusan kekal besar – sebanyak RM162 bilion (RM131 bilion dalam bajet 2010), berbanding peruntukan untuk pembangunan sebanyak RM51 bilion (RM51 bilion bajet 2010).

Namun, pembentangan kali ini, yang disasarkan Najib sebagai "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" itu masih belum dapat meyakini wakil rakyat seperti ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad.

“Nampaknya seperti bajet yang disasarkan untuk mendapatkan undi, bukannya ekonomi berpendapatan tinggi,” kata Khalid di Twitter, merujuk kepada pemberian kerajaan kepada golongan pemimpin masyarakat luar bandar yang diumumkan Najib.



1 comment:

Anonymous said...

adakah kami di kelantan BUKAN rakyat MALAYSIA?adakah kerana politik kami sebagai rakyat ditindas?untuk mereka yg bertanggungjawab..

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.