Subscribe

Sudah Expired : Guna Papan Iklan Dalam Tulisan Jawi


kalau orang kelantan yang baca berita ni tak ketawa aku tak tau la. MPKB dah buat ni sejak 1990-an lagi. Baru nak kata terpuji ke? Malu la sikit. Ini kes sama macam nak bg cuti bersalin 90 hari. Bulan Mei lepas lagi dah lulus usul ni utk kakitangan kerajaan kelantan. Semua pun nak tiru kaaa??

Langkah kerajaan kelantan yang ditiru oleh kerajaan Pusat (yang awalnya mereka perlekehkan)

Antaranya ialah:

1. Pajak Gadai Islam ar-Rahn yang dimulakan di Kelantan di awal 90-an kemudian diterima pakai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).

2. Cuti bersalin kakitangan wanita dilanjutkan daripada 42 hari kepada 60 hari kemudiannya turut diterima pakai kerajaan Pusat.dan sekarang cuti 90 hari yg awalnya sudah diluluskan di kelantan diperkenal puila dalam bajet 2011.

3. Konsep kerja lima hari seminggu yang kemudiannya dimulai kerajaan Pusat dengan cuti Sabtu pertama setiap bulan bermula Januari 1999. Konsep itu kemudiannya dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana sekarang.Masa kerajaan negeri buat dulu, PM masa tu cakap org kelantan semakin TIDAK produktif.

4. Konsep Hotel Islam ditiru oleh negeri Pahang.

5. Amalan tidak memberikan cenderahati atau hadiah semasa lawatan rasmi Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri diikuti oleh sektor perkhidmatan awam menerusi arahan Ketua Pengarahnya pada Ogos 1998.

6. Konsep rumah mampu milik dengan tiga bilik bagi memupuk kerukunan keluarga dijadikan model oleh pemaju dan kerajaan negeri seluruh negara.

7. Ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa sebagai hiasan di tepi jalan raya, diambil ideanya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1997 untuk digunakan di tepi lebuh raya.

Apa yang disenaraikan ini hanyalah yang besar-besar saja. Namun yang pastinya, idea pemerintahan kerajaan negeri kelantan tidak koman, malah jauh mendahului kerajaan pusat. So, org negeri2 lain yang dok kata kenapa org kelantan bodoh dok sokong sampai 20 tahun parti yang tak bawak kemajuan....lu pikir la sendiri. Siapa yang tak maju? Kami mungkin tak maju dari segi bangunan tiada yang nak cakar2 langi tapi yang dalam kepala dan dalam hati hanya, kami tahu apa yang kami mahu!

Oleh : UmiAbrar

1 comment:

Urusetia LANDAS said...

bukan bangunan yang menampakkan negara itu maju ... apa guna bangunan mencakar langit, org Islam tak mampu mendudukinya .. apa yg ada dalam bangunan tersebut tempat kemudahan anak muda rosak akhlak .. seperti di Bandar Sg Petani ... sudah berbelas tahun Central Square wujud ... disinilah mulanya berkembanh virus black metal tahun 2001 hingga kini menjadi tempat remaja mebiakkan kumpulan yang merosakkan akhlak dan aqidah Islam ...

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.