Subscribe

Taraf Ku Li hanya di DUN?


Cadangan melantik Ku Li sebagai calon Galas adalah satu perkara yang boleh dianggap gila. Seorang yang pernah menawarkan diri untuk bertanding Presiden UMNO, yang dikira bertaraf "Perdana Menteri" secara tiba-tiba dicadangkan agar diletakkan sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Galas. Ini sudah pasti menjadi tanda tanya banyak pihak yang sudah masak dan kenal siapa itu Ku Li. Sudah pastinya mereka beranggapan ada sesuatu yang tidak kena dengan UMNO hingga ada suara mencadang pencalonan Ku Li (Muhyidin) dan ada suara yang menyokongnya sebagai calon di situ.(Pemuda Gua Musang).

Bagi penyokong UMNO yang masih budak-budak dan tidak reti, mereka menganggap PAS takut dengan pencalonan Ku Li ini. Walhal bukan ini persoalannya. PAS di Kelantan tetap akan utuh sama ada menang atau kalah di DUN Galas. Satu kerusi DUN tidak memberi apa-apa kesan kepada pentadbiran PAS Kelantan. Malah, jika katakan calon UMNO Galas itu adalah Ku Li sekalipun, dan akhirnya Ku Li menang, maka boleh jadi juga Ku Li akan membantu PAS Kelantan mendapatkan hak dalam tuntutan royalti minyak. Sudah pasti ia akan menguntungkan PAS Kelantan jua akhirnya. Jadi persoalan takut itu tidak timbul langsung. Jadi telahan mengatakan PAS takut, adalah satu telahan yang tidak masuk akal dan bodoh semata-mata.

Persoalan sebenar di sini adalah maruah Ku Li itu sendiri. Maruahnya diperkotak-katikkan sebagai veteran berpengalaman di dalam UMNO. Veteran yang boleh kita anggap "UMNO dan Ku Li itu sendiri sudah sebati". Menteri Besar Kelantan juga berpandangan cadangan pelantikan Ku Li sebagai calon di DUN Galas adalah merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.

Mana mungkin Ku Li yang berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Mana mungkin seorang yang sudah masak dan biasa turun naik Parlimen secara tiba-tiba dicalonkan dan diturunkan ke DUN.

Ini sudah pastinya benar-benar sudah melampau.

Saya yakin, Ku Li tidak akan membiarkan dirinya dipermainkan oleh UMNO sedemikian. Ku Li mempunyai pendirian yang tegas, dan sudah pastinya Ku Li kena buat bacaan yang tepat. Adakah pelantikannya sebagai calon DUN Galas ikhlas atau penuh muslihat? Mungkin dalam soal ini Ku li menghormati tawaran Muhydidin itu. Tetapi dia kena fikir. Dalam hal ini Tengku Razaleigh tidak boleh memikirkan maruah Umno Kelantan, tetapi beliau kena fikir kedudukan dan maruah sendiri dulu. Itu lebih penting.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.