Subscribe

Ulama Su' (Jahat) Akhir Zaman


Semalam bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemuda PAS menggesa umat Islam yang terlibat dalam penganjuran IFF di Monte Carlo Ogos lalu, termasuk Rosmah agar memohon maaf kepada umum.Dr Asri juga meminta agar satu pengisytiharan bahawa program itu yang didakwa menghina Islam sebenarnya bukanlah ‘Islamik’.

Sehubungan itu Dr Asri menegaskan, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama terlibat dengan hal-hal yang seperti itu. Pemuda PAS pula mendakwa IFF yang dianjurkan itu sama tarafnya dengan festival fesyen di barat, bahkan mungkin lebih teruk lagi.Dengan wanita-wanita yang berpakaian seksi, sudah tentu imej Malaysia tercalar, kata sayap muda PAS itu dalam kenyataan berasingan.

Berbeza dengan Fathul Bari, yang merupakan salah seorang ulama' muda UMNO memilih jalan mempertahankan Rosmah yang merupakan penaung penganjuran IFF. Ulama' muda ini sanggup menyebarkan dakyah dengan mengatakan menaungi festival hina Islam tidak salah sepenuhnya.

Ketika mempertahankan penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor dalam Festival Busana Islam (IFF), itu Fathul Bari Mat Jahya kata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu dengan meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu isteri Perdana Menteri itu tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya (lihat Malaysiakini hari ini "IFF: Ulama muda pertahan Rosmah, selar pembangkang").

Sedangkan;

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar: Allah melaknat khamar (minuman keras), peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pembuatnya, pemesan produknya, pembawanya, orang yang dibawakan khamar kepadanya dan pemakan keuntungannya (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah).

Jadi ulama apakah ini?

Bagi saya,inilah contoh ulama' su' (jahat) yang ada pada akhir zaman. Yang bukan sahaja tersesat malah menyesatkan orang lain. Demi menjaga periuk nasi dan mendapat habuan dunia, mereka sanggup menjual agama seolah agama ini tiada nilainya.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”

(al-Bukhari)

6 comments:

JR said...

Ulama balaci UMNO memang macam tu. Kejap lagi dapat la jawatan tu.

akalbudi said...

Ya Allah, kembalikanlah rahmat hidayah dan petunjuk Mu kepada Hamba-hambaMu yang kian sesat itu. Kembalikanlah iman mereka Ya Allah... Mereka telah menghina syariat suciMU ya Allah. Bantulah kami untuk "membantu" hamba2Mu yang berpaling daripadaMu itu.. Amin

Anonymous said...

Memang politik adalah memainkan persepsi... aku tengok PAS atau UMNO pun sama saja tang hal ini... 2X5

FitnahMelata said...

Kita tengok siapa yang memainkan persepsi berhubung agama jika ko kata PAS juga berbuat demikian. Jika tiada, maka engkau juga sama dengan UMNO yang suka sebarkan fitnah

Abu Muhammad Haikal said...

Memang aku dah agak dah...

Tok Nebe said...

Nabi s.a.w bila ditanya siapakah orang yang paling jahat sekali.........Baginda menjawab, ulamak bila dah rosak.........

ulamak dalam ameno kalau pun nak kata ulamak.......semuanya kuat mengampu sampai tak tau ujung pangkai........benda yg terang salah dari kaca mata umum ini pun cuba nak justify jugak........lepaih tu tuduh orang lain tak bagi nasehat............

baca laa nasihat yg banyak orang dok bagi tu........dah tak mau dengaq nak kata apa lagi.......

aku nie kekadang tu kesian jugak tengok perangai ulamak penjilat nie........ilmu ada laa sikit.....tapi tak tepakai.........buang laa ketayap ataih kepala tu.......buat hilang stim saja.............

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.