Subscribe

10 Sebab Mengapa Mohd Nor Deris Dikecam Blogger PAS

Sila baca sampai habis artikel ini


Sebelum saya mengulas lanjut mengenai video diatas, mari kita menyelongkar, siapakah sebenarnya Mohd Nor Deris.Al-Ustaz Mohd Nor bin Deris yang merupakan bekas pensyarah fakulti syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya,Nilam Puri, Kelantan. Beliau juga bekas anggota dewan ulama’ Pas ‘81 – ’88, masuk UMNO 1999 hingga kini. Asalnya dia adalah ahli Pas dan merupakan ahli Pas yang sangat teruk hingga disabitkan dengan salah satu penyebab mengapa Pas tidak diterima dahulu. Kata salah seorang pemuda yang pernah menjadi anak muridnya di Universiti Malaya, beliau memberitahu bahawa Ust Mohd Nor Deris ni ketika pembelajarannya tidak lain selain menghina tok guru dan juga Umno. Beliau juga pernah diboikot oleh pelajarnya sendiri kerana sistem pembelajaran yang radikal dan tidak berasas.

Guru-guru/pelajar di Universiti Malaya Nilam Puri yang membuat Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) mengatakan pernah memboikot Mohd Nor Deris suatu ketika dahulu dengan membuat memorandum kepada pentadbir UM mengenai kelakuan buruk Mohd Nor Deris ini. Tandatangan diambil dan dikatakan melebihi 100 tanda tangan pelajar yang tidak berpuas hati dengan beliau. Dan pernah di akhir kuliahnya suatu ketika dahulu, Mohd Nor Deris mengugut pelajarnya dengan berkata" Saya akan mencari siapa yang membuat memorandum ini dan menanda tangan ini.."

Dahulu juga Mohd Nor Deris membenci UMNO dan dan pernah mengeluarkan fatwa yang bersalaman dengan orang umno adalah haram. Paling dasyat beliau juga pernah memberitahu apabila bertemu dengan orang umno maka hendaklah memalingkan muka dan jangan memandang pun wajah mereka. Menurut sumber lagi, beliau pernah mengunakan bendera Umno sebagai kain alas untuk mandi kerana bencinya yang mendalam pada UMNO.

Tapi hari ini, beliau telah pun menjadi ahli umno dan tidak diketahui pula samaada dia bersalam atau tidak dengan orang Umno. Beliau bukan sahaja menjadi ahli Umno bahkan diantara orang yang kuat menghina tok guru kini. Terbaru beliau telah menyamakan tangan Tok Guru seperti tangan syaitan.Tugas beliau bukanlah berjuang untuk islam di dalam Umno tapi hanyalah menjadi alat kepada Umno untuk menyerang tok guru. Mengenai video diatas, saya telah membuat beberapa ulasan, mengapa Mohd Nor Deris Dikecam Blogger PAS.

1) Pertama:


Ust Mohd Nor Deris melakukan pembohongan.Dalam video ini :SINI dia kata dia berkata membahasakan diri dengan panggilan Ana anta semasa berdialog dengan TGNA. Padahal dia yang memulakan dengan panggilan yang kasar,membahasakan Aku, "aku toksir Sale..". Buktinya,cuba tengok betul-betul video diatas.


2) Pembohongan kedua: Dia mengatakan bahawa ramai orang berada di segenap ceruk didalam rumah tersebut berdasarkan kepada video ini : SINI .. Adakah benar?? Semuanya adalah bohong semata-mata. Sila tengok balik video diatas.


3) Pembohongan ketiga: Ust Mohd Nor Deris menggambarkan seolah dia bercakap dan berkata-kata sopan dan beradab kepada TGNA di rumah tersebut. Seperti di dalam video ini :SINI .. Tengok video diatas. Anda melihat dan anda menilai. Sopankah bersikap kurang ajar begini? Sememangnya Mohd Nor Deris berniat ingin memaki hamun (bukan berdebat atau berdialog) dan memulakan dengan kata-kata yang kasar dan tidak beradab. Dan memaki hamun begini memang selalu ada dalam setiap ceramahnya. Tidak kira di Kelantan mahupun diluar mahupun di dalam kelas semasa kuliah pengajiannya diUM dulu.
Malah dia menunjukkan jari telunjuk ke muka TGNA Beginikah ulama yang UMNO kagumi?


4) Pertelingkahan dimulakan oleh ust Mohd Nor Deris. Tengok sahaja video diatas. Sikap kurang ajar Ust Nor Deris, terus menerpa TGNA dengan tuduhan dan makian padahal TGNA baru sampai/masuk/dan belum lagi duduk. Beginikah ulama UMNO yang beradab? Begini akhlak ulama UMNO?


5) Isu yg dimainkan: Mempertikaikan kerjasama DAP dengan PAS secara tiba-tiba kepada TGNA ,tp dalam masa yg sama membenarkan MCA dan MIC bersekongkol dengan UMNO. Apa kes?


6) Susana sudah nampak ingin kembali kepada reda.TGNA mula bercakap dan bertanya khabar dengan tuan rumah. Tetapi Ust Mohd Nor Deris terus mengasak dan mencari pasal serta bertubi-tubi hingga mengatakan " Mung kena bertaubat sebelum mampus.." berdasarkan kepada video diatas. Dan dibenarkan sendiri oleh dirinya di video ini : SINI .. Ini ulama yang UMNO agungkan?


7) Di dalam video ini : SINI , Mohd Nor Deris sendiri menggambarkan TGNA dengan syaitan. Tangan TGNA adalah tangan syaitan (konon dengan kasyaf). Dan rombongan yang datang bersama TGNA adalah syaitan-syaitan. Siapa Tuan Guru Nik Aziz dan siapa Mohd Nor Deris ini sehingga tersangat kurang ajar terhadap TGNA ?


8) Mohd Nor Deris telah menokok tambah dalam kenyataannya di video ini :


SINI sedangkan tidak benar sama sekali. Mohd Nor Deris juga telah membuat satu syirik besar dengan mengatakan bahawa Kaabah yang disembah bukan Allah s.w.t. berdasarkan video ini : SINI ..


9) Adakah anda boleh menerima layanan seorang rakyat terhadap menteri besarnya dengan perlakuan begini?? Beginikah adab rakyat dengan pemerintah negeri?


10) Jika ingin menyalahkan tindakan Nik Aziz sebagai bertindak kasar, YA BENAR. Memang kasar. Kerana cara yang tidak kena ditonjolkan USt Mohd Nor Deris sendiri tidak menggambarkan sebagai seorang yang beradab bila menerima kunjungan tetamu lain sedangkan dia juga tetamu dan tuan rumah pun tidak melayan sedemikian rupa. Mari lihat sirah Rasullah;


Hadis Abdullah bin Umar r.a:


Sesungguhnya Umar bin Al-Khattab telah bertolak bersama Rasulullah s.a.w dan beberapa orang sahabat (sekumpulan sahabat yang tidak lebih dari sepuluh orang) ke perkampungan Ibnu Soyyad. Setibanya baginda di sana, baginda s.a.w mendapati beliau sedang bermain dengan beberapa orang kanak-kanak lelaki di tepi binaan yang tinggi kepunyaan Bani Maghalah.


Ketika itu Ibnu Soyyad hampir baligh. Ibnu Soyyad tidak menyedari kedatangan Rasulullah s.a.w sehinggalah Rasulullah s.a.w menepuk belakangnya dengan tangan lalu bertanya kepada Ibnu Soyyad: Adakah engkau bersaksi bahawa aku ini Rasulullah? Ibnu Soyyad melihat kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Aku bersaksi bahawa engkau Rasul (utusan) para Ummiyyin (tidak pandai membaca dan menulis). Ibnu Soyyad bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Adakah engkau bersaksi aku adalah utusan Allah? Rasulullah s.a.w menolak pertanyaan tersebut lalu bersabda: Aku hanya beriman dengan Allah dan para Rasul-Nya. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Apa yang engkau nampak (tentang perkara-perkara ghaib)? Ibnu Soyyad berkata: Datang kepadaku berita benar dan berita bohong. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Engkau tidak dapat membezakan antara keduanya. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Sesungguhnya aku telah menyembunyikan sesuatu darimu supaya engkau boleh memberitahuku benda tersebut.


Ibnu Soyyad berkata: Ia adalah Dukh, iaitu sejenis asap. Lalu Rasulullah s.a.w terus memotong cakapnya dengan menyebut: Ikhsa' (Cis!). Engkau tidak dapat menyaingi kemampuan engkau kerana engkau tidak lebih dari seorang pendeta yang diberitahu oleh syaitan. Lalu Umar bin Al-Khattab berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Biarkan aku memenggal lehernya. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya benar dia adalah Dajal maka engkau tidak mampu membunuhnya dan sekiranya dia bukan Dajal maka tiada gunanya engkau membunuhnya.


Rasullah sendiri mengatakan CIS kepada budak tersebut, dan Saidina Umar sendiri pun berniat mahu memenggal kepada budak tersebut. Kerana apa? Kerana budak tersebut melakukan pembohongan dalam keadaan tahu kebenaran (kerasulan dan keimanan kepada Allah). Dan budak yang belum baligh ini (Ibnu Soyyad) berkemungkinan salah seorang daripada 30 Dajjal kecil. Berbalik kepada perlakuan dan tingkahlaku yang ditonjolkan Rasullah. Apakah pada anda kata-kata Cis dari mulut Rasullah itu tidak layak dikeluarkan dari mulut seorang nabi?


Ini buktinya, jika pembohongan, dan jika tiada adab, sepertimana yang ditunjukkan oleh Ibn Soyyad terhadap Rasullah dan Ust Mohd Nor Deris terhadap TGNA, maka memang layak dia mendapat layanan begitu.




Kesimpulan, Ust Mohd Nor Deris tidak layak digelar ulama pun. Anda sendiri boleh menilai siapa dirinya. Saya sudah lama perhatikan Mohd Nor Deris di FB nya sebelum kes ini berlaku lagi. Komen dan perangainya di FB tidak melambangkan orang yang cerdik, dan seorang muslim yang baik dan jauh sekali melambangkan title seorang ULAMA. Ini facebook nya: Mohd Nor Deris .


Tentu anda akan bergelak ketawa tengok setiap komen dan isu yang dibawakannya. Tetapi itulah hakikatnya. Namun, Mohd Nor Deris ini lah yang disanjung oleh UMNO.

60 comments:

Anonymous said...

pas teliti dgn akal yg sihat..ana rasa ustaz ni xberapa nk faham... xhormati akidah ahli sunnah wal jamaah

Fiq said...

Alhamdulillah...

Anonymous said...

kalau berselisih kembalilah pd alquran dan rasul....nak ke umngok kembali pd quran dan rasul...sampai mampuslah deris ooiii umngok taknak pakai quran dan rasul sbg perlembagaan utama...kalau umngok nak pakai quran dan rasul gua kerat jari TGNA akan bubar Pas dan masuk umno...ko pigilah nasihat hat bik mama tu.

Anonymous said...

Jangan lah kita memburukkan orang lain. Masing-masing ada kelemahan masing. Mungkin salah satu kelemahan Mohd Deris adalah perasaan beliau yang cepat marah. Nik Aziz juga tidak lari daripada melakukan kesilapan iaitu mengkafirkan UMNO. Marilah kita sama-sama memperbaiki kelemahan diri sendiri sebelum bersungguh-sungguh mencari kelemahan orang lain.

LanggarLari said...

Anon, jangan main serkap jarang kata Tok Guru mengkafirkan UMNO. Ok, saya minta satu bukti sahaja, bila dan dimana Tok Guru mengkafirkan UMNO??

Jangan main datang, menuduh, kemudian lari.

Anonymous said...

LanggarLari ...
Rujuk sini : - http://www.youtube.com/watch?v=cUhoPVmT3D0

taufik wan said...

dia kata wajib pertahankan kerajaan islam malaysia sekarang.. kerajaan malaysia ni kerajaan islamkah? kerajaan islam yg menghalalkan arak dan judi? ini bukan kerajaan islam acuan rasulullah, ini kerajaan islam acuan mohd noor anak deris..

Anonymous said...

assalammualaikum,,, kenapa pas di masa dahulu pernah berkata bahawa amno kafir,, sebab amno berkawan dengan mca,, mic,, malah pas pernah berkata bahawanya haram makan sembelihan amno,, haram pegi kenduri amno,,, tetapi sekarang ni saye tengok pas pun dah berkawan dengan dap,, pkr,, tolong jawab,,,,

Anonymous said...

walau apa pun,islam malaysia tidak bersatu disebabkan politik pas.

Anonymous said...

taubatla pengikut pas..dh terang lagi bersuluh pas pon bukanlah betul sgt..

Anonymous said...

assalamualaikum..

hari ni terus terang kita nmpak..ulamak2 tidak diterima..yg kita duk sanjung org yg kurang agama..sudah terpesongkah kita?atau hari semangkin nk kiamat?kembalilah kita ke jalan yg bnr..belajarlah dengan tok2 guru dan ulamak..sbb yg kita inginkan ialah hari akhirat..bknnya dunia..wallahualam..

Anonymous said...

MasyaAllah, mace ni nak gelar tuan guru? org nak salam tp nik aziz x mahu salam, jadi mcm mana pula yg kata ustaz tu x nak salam sedangkan nik aziz dgn riak menolak untuk bersalam? dah ada video pun masih mahu menipu lg kah?

Anonymous said...

LanggarLari said...
Anon, jangan main serkap jarang kata Tok Guru mengkafirkan UMNO. Ok, saya minta satu bukti sahaja, bila dan dimana Tok Guru mengkafirkan UMNO??

Jangan main datang, menuduh, kemudian lari.

NOVEMBER 6, 2010 6:49 AM
Anonymous said...
LanggarLari ...
Rujuk sini : - http://www.youtube.com/watch?v=cUhoPVmT3D0

NOVEMBER 6, 2010 10:02 AM

Macm mana langgar lari seorg penfitnah? kah kah kah. dah lari ke?

Anonymous said...

puak pas ni kalau x fitnah x sah... mana langgar lari? sudah lari ka? hahahahhahaha

Anonymous said...

pemimpin umno realitinya menolak Islam (judi,arak,hub hiburan malam...)dalam masa sama inginkan hub makanan halal. Mengelirukan rakyat.

Anonymous said...

PAS hendak perkenal dan masyhurkan Islam, sedangkan UMNO hendak tonjolkan apebendanya..nak katakan berjihad demi Melayu, nampaknya tiada satupun polisi yang mampu mempertahankan Islam dan Melayu..Mengapa nak ikut sangat liberalism dn cara Mat Saleh tu..apa salahnya kalau kita perkasa institusi agama Islam, pondok, tahfiz, dan ajar orang-orang muda celik Quran ni berniaga..beri modal..kitani kan ketinggalan naik beca orang lain dah ke depan naik kapalterbang..Orang pondok dan orang sembahyang kalau diajar berniaga pasti akan kedepan..Suka sangat ke tengok bandar besar sedangkan orang lain yang menguasai gedong-gedong tu semuanya..berapa tahun dah UMNO merintah..nampaknya kuasa politikpun makin kritikal..jgnlah bermain politik.. berpolitiklah utk Islam..kamu selamat..cucu cicit kamu selamat..ibu bapa kitapun tenang..berbaiklah dengan PAS satu-satunya parti yang berfikir demi Islam..keranaNya!Kamulah kena ikhlas dn menampakkn keikhlasan kerana kamu Bos di Malaysia ni..orang Pas ni memang mencurigai UMNO berdasrkan pengalaman yg lepas..tetapi kalau kamu jujur dan benar ikhlas, mereka tahu..merekapun kasyaf juga dari segi ni..

Anonymous said...

Salam,

Adilkah kita menilai seseorang itu berdasarkan video ini semata-mata?

kenapa setiap perkataan perbuatan di dalam video ini dianalisa? whats the point? ade add value ker?

buat malu orang melayu dan islam jer..

kalau mc

Anonymous said...

sudah la..pas mmg terok..
nik ajis tu ulama politik..
sori to say

Anonymous said...

Mintak pendapat/jawapan semua penyokong2 PAS di sini mengenai statement yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi PAS sendiri:-

1) Di manakah dalam transkrip2 PAS yang menyatakan yang PAS nak melaksanakan negara Islam ... transkrip2 PAS ka ... memorandum2 PAS ka ... dalam perlembagaan PAS sendiri ka yang menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam ... (Nizar Jamaluddin). http://www.youtube.com/watch?v=JQdib-ZyONs

Anonymous said...

sesuatu yg salah tetap dikira salah tiada diskrininasi dalam hukum Allah, tetapi yang sukarnya bila ada yang bersifat ular lidi menjadi naga,singa berlagak kambing masyarakat menjadi komfius.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Dua-dua ada kelemahan, manusia itu tidak sempurna melainkan Allah taala juga bersifat Maha Sempurna.

Berlakunya insiden ini, saya terpanggil utk memberikan pandangan(pandangan secara terbukakan..semua berhak memberikan pandangan, bukan begitu tuan punya blog..jadi jika ada respon pada pandangan saya, nyatakan secara rasional mungkin saya kurang ilmu dan terlepas pandang, sekurang2nya..dapat juga kita sama-sama meningkatkan ilmu..bukannya komen buah fikir yang melambangkan rendahnya nilai ilmu..bodoh..tak cukup ilmu..apa..la..buat apa beri komen macam itu..)

Memang betul ramai ahli pas sendiri inginkan perjelasan details dari pimpinan tertinggi pas kenapa pas yang merupakan satu jamaah yang bawa matlamat Islam, parti yang sudah lama, dah kuat..ada identiti sendiri..perlu bergabung dengan DAP..PKR tu ringan sikit sbb tampuk pimpinan masih ada orang Islam..yang DAP ini yang confius?..tak yakin ke Pas dengan kekuatan bantuan Allah apabila kita hendak bawa Islam sebagai jihad..tak perlu bergantung pada DAP..PAS mampu dengan kekuatan iman dan doa pada Allah taala. Yang menjadi huru hara, Pas ada identiti Islam..sebolehnya elakkan menggunakan perkataan yang boleh menimbulkan sensitiviti orang Islam..spt Kafir, maki hamun..kerana orang akan salah faham dan anggap Pas sama seperti parti lain..sebaiknya tinggalkan terus hujah2, ceramah2 yang keras, tegurlah secara berhikmah dan lembut. Insyaallah orang akan tengok bahawa Islam tu lembut dan semua orang akan suka.

2. Ustaz Mohd Nor Deris, memang betullah nak sampaikan mesej tentang perpaduan umat Islam..tetapi tidaklah begitu manis menghentam dalam rumah orang..betullah . Kita tetap tertamu, tuan rumah ada, mesti ada adab tetamu", Jika betul geram dan nak berdialog setkan appointment dengan nik aziz..buat masa lain..tak sesuai langsung dirumah orang..saya syor Mohd Nor, setkan satu appointmen. mana tahu kot2 ngan sesi itu sampai mesej mulia untuk menyatukan ummah Islam beliau pada parti Pas.Kalau betul kita hendak bawa agama Allah, sunnah Nabi..bersepakat..pikir sama-sama ikut Al Quran..supaya bukan orang kafir yang naik tapi kita orang Islam.

3. berkenaan komen tuan blogger berkenaan peribadi MND, saya tak nak komen..sebolehnya elakkan serangan peribadi, letakkan matlamat agama..spt ada perpatah, kita ambil apa isi yang hendak disampaikan bukannya..penyampai itu..

wasalam

Anonymous said...

MasyaAllah, rupanya selama ni kita ditipu dgn retorik Islam pas. Nizar telah menjelaskan segalanya.

Syukur ke hadrat Allah. penipuan pas telah pun terbongkar.

langgarLari said...

Saya tak dengar lagi dalam video tu Tuan Guru Nik Aziz kata UMNO Kafir.. Cuma dia kata nasionalist boleh menjeruskan ke arah syirik..

Mana Tuan Guru kata UMNO KAfir???

Sampai sekarang tiada siapa boleh bagi bukti.. UMNO hanya pandai bercakap tapi bukti zero

LanggarLari said...

Anon NOVEMBER 6, 2010 5:31 PM,

Siapa yang taknak bersalam tu?? tengok betul betul. Nik Amar suruh Mad Nor Deris bersalam dulu.. Tetapi dia kata " Aku toksir sale...", kemudian baru Tok Guru kata " Aku pun toksir sale..."..

Sudahlah Mad Nor Deris tidak beradab, suruh disapa dan bersalam pun dia tidak mahu. Sepatutnya kamu pertikai Mad Nor Deris dahulu sebelum pertikai TuanGuruNik aziz.

Anonymous said...

To langgarLari :-

"Dalam politik saya ajak rakyat Kelantan, supaya tolak NASIONALIS (KEBANGSAAN), ambil Islam, NASIONALIS ADALAH SYIRIK (Nik Aziz tak kata boleh menjuruskan ke arah syirik) kerana mereka tolak Islam, ambil benda yang tidak Islam ... ini syirik ... MEREKA MENGAKU KER, TAK MENGAKU KER, MEREKA PUNYA PASAL ... boleh belaka ... UMNO, UMNA, (dll) ... tak jadi masalah, nama parti tak jadi masalah, itu jenama boleh diubah2, pokok pangkalnya UMNO PARTI KEBANGSAAN .. (tak dpt dikesan apa yang disebut) ... kenapa tak ambil parti Islam ... bla bla bla " (Nik Aziz) http://www.youtube.com/watch?v=cUhoPVmT3D0

Rumusan saya dari statement n. aziz itu ialah (betulkan kalo salah):-
Nasionalis (Kebangsaan) = syirik
UMNO = parti kebangsaan
UMNO = parti syirik (syirik tu aper hukumnya?)

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Dalam hal ni saya rasa kedua-dua (n.aziz dan MND) tidak menunjukkan keperibadiaan islam yang sebenar. Malu saya sebagai Muslim melihatnya.

1. MND
- kalau nak menegur pun biarlah secara berhemah. mungkin MND patut muhasabah diri.
- saya suka dengan pendapat dr asri mengenai kasyaf. sila rujuk webnya www.drmaza.com utk mengetahui pendapat beliau mengenai kasyaf. ELOKLAH DIELAKKAN.

2. N.AZIZ
- Kalau betul la tok guru tak sepatutnya bertengkar. bukan ciri muslim yang baik. buat tak paham jer.
- nabi masa berdakwah ke taif lagi teruk. tapi tak pun dibalas, malah didoakan kebaikan lagi. kan elok kali n.aziz sendiri yg suruh MND beristighfar ka, mengucap ka, ataupun terus meninggalkan MND (tanpa perlu berbalah).

Satu lagi utk langgarLari:-
Saya sudah dengar berkali-kali. Saya dgr n.aziz yg kata "Toksir sale" dulu.

wasalam

Anonymous said...

Ustaz ni...ehhh..silap..x layak pn md nor di panggil ust sbb dia jahil dan fasik...bertaubat cepat md nor ooiii...nyanyok sgt dah tu...UNMO jihad??buat lawak apa??yg dok buat IFF smpai tercemar nama Islam..nk panggil jihad??ok la..maybe UMNO amek mksud jihad dr segi bahasa...bersungguh2...so bersungguh2 la UMNO menjatuhkan Islam...apakata..bubar UMNO..pastu UMNO masok PAS..x pon..tukar secara total perlembagaan malaysia kpd al-Quran dan al-hadith..UMNO kecut perut sbb periuk nasik akan jd tunggang langgang...

Jil Fityan said...

Berhubung komen sahabat di sini, saya ucapkan terima kasih. Saya telah senarai dan artikelkan balik hujahan komentar kalian di sini :

http://jilfityan.blogspot.com/2010/11/hujahan-balas-komentar-mengapa-mohd-nor.html

.. Terima kasih.

Anonymous said...

sy x suka politik malaysia.kotor dan berselerak..
sy nk taya.mana bukti UMNO tolak islam,dan x melaksanakan hukum islam dan mertarbatkan islam?
maaf sy nk ckap.uztaz sy pernah bercakap."ilmu sy ne sikit sgt2 dihujung kuku,x layak di pangil ustaz".narye title ustaz diberi disebabkan perkerjaan.jadi ustaz x semestiya seperti nabi dan malaikat, klu mat deris tu salah.pembuat video tu tugur elok2.bkn ye hemtam2 mcmne. tkt nati terjatuh fitnah or aibkan seseorg.salah tu.

nik aziz:perkatan barua aku 1st dgr,aku x rasa pn itu kurang ajar. tp p mampus..tu aku dgr byk kali.x rasa pn kurang ajar.dan untuk pengetahuan kalian.setiap orang dan negri ada adab kita sendiri.itu cara MND bercakap.bila tgk video MND msh tersenyum tp nik aziz masam je...terkantoi kot.hehehhe

klu 10 sebab tu.aku rasa semua sb tersebut x blh diterma pki.sila kaji balik 10 sebab itu.narye 10 sebab itu ditujukan pada pemimpim PAS sendiri.x percaya baca n teliti btl2..

narye 2 parti nak uat n mertabatkan islam.. tp maslah cara ya yg x btl.tp kita jgn la memaki hamun.yg cerdik padai dlm pas. jgn kutuk dan maki hamun.x kan selesai maslah.cb pergi berbincang.muszakarah baik2. dan ulamak yg dilabel ulamak umno.jgn ckap yes je..

kita dipadang rendah dan di gelak oleh org bukan islam.sb cara kita sendiri.jadi sama2 kita perbaiki diri k..w'salam..

Syah said...

Kalau nak bela UMNO cakap sahajalah nak bela UMNO. Tak payah putar alam kata ppolitik Malaysia ni kotor lah tu lah ni lah.

Kalo nak bela Mohd Nor Deris cakap sahaja nak bela Mohd Nor Deris.

Ini tidak baling batu sembunyi tangan. Memang tabiat penyokong UMNO begini lah. Bila nak insaf??

Syah said...

Penulis blog kena tegur dengan baik kepada Mohd Nor Deris tetapi Mohd Nor Deris tidak bertegur sapa dengan baik dengan MB Kelantan tak apa lah ye? Biadap tidak mengapa lah ye?

Orang UMNO orang UMNO.

Orang UMNO akan bermati matian menyokong Mohd Nor Deris walaupun terang lagi bersuluh Mohd Nor Deris ni kurang ajar. Tapi auta kata politik malaysia kotor sedangkan bermati matian sokong parti UMNO yg terpaling kotor.

zahari1950 said...

Maafkan saya. TGNA Melayu, Mohd Nor pun Melayu. Pihak yang mula mengkafirkan orang melayu Islam adalh PAS. Tidak ada isu siapa yang mula dulu. PAS yang mula dulu. Videotu telah disunting untuk memburuk dan melemahkan satu pihak.

Bezanya antara PAS bersekongkol dengan DAP dan UMNO bersekongkol dengan MCA/MIC adalah seperti berikut:-

UMNO tidak mula dulu keluarkan fatwa bahawa PAS kafir bila bersubahat dengan DAP.

PAS yang mula-mula dan sepanjang masa mengeluarkan fatwa bahawa UMNO kafir dan tak mahu Islam kerana berkawan dengan MCA/MIC dan bukan Islam lain.

Pada peraturan protokol pula, TGNA tidak sepatutnya bertindak balas, mengeluarkan cakap dan bereaksi sebegitu rupa kerana beliau adalah "YAB MENTERI BESAR".

Berbalas kata-kata menghina antara satu sama lain dan didedahkan atau terdedah di media bukanlah merupakan tindakan bijak dan ianya telah menampakkan kelemahan dari seorang pemimpin.

Sebagai orang Melayu dan islam saya amat malu dengan bangsa lain. Betapa rendahnya moral kita sebagai bangsa melayu. Bertengkar macam budak budak merebut gula-gula. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan seorang pemimpin yang disanjung kerana kealiman dan keislamannya.

Penilain saya, Mohd Nor tidak rugi atau hilang apa-apa kerana dia bukan pemimpin peringkat tertinggi. Tetapi TGNA lah yang sebenar telah mendedahkan kelemahan dirinya. Ia hanya mengesahkan lagi tuduhan UMNO terhadap keperadian TGNA yang sebenar.

Jil Fityan said...

Begini Zahari, soal suntingan, saya tidak menyunting apa apa pun berkenaan video itu. Memang dia ada part satu dan part dua. Saya pun baru sahaja melihat Part 1 di sini: http://www.youtube.com/watch?v=OE_c9NpRZBc . Dan terima kasih kepada yang upload video tersebut, kerana video 1 banyak membantu menjelaskan lagi siapa Mohd Nor Deris. Dan part 1 yang dikatakan tertinggal tidak sedikitpun menunjukkan tindakan Mohd Nor Deris itu sopan dan beradab. Malah apa yang ditonjolkan adalah lebih buruk, kerana dia telah merancang dari awal, TIDAK MAHU BERSALAM DENGAN NIK AZIZ. Tengok pada 2:07 video itu. Bukankah dia sendiri mengaku bahawa dia tidak mahu bersalam dengan Nik Aziz? Cuma dalam video yang saya paparkan, Nik Aziz tidak mahu bersalam dengannya kerana mungkin sudah dapat membaca apa tindakan Mohd Nor Deris.

Kerana menyimpan rasa "Tidak Mahu Bersalam" itu menyerlahkan sikap angkuh Mohd Nor Deris dan siapa Mohd Nor Deris. Dari awal video part 1 dia mengatakan Nik Aziz Islam, UMNO Islam, PAS pun Islam, dan mempertikaikan kenapa tidak mahu bersaudara. bawa ayat "Wa'tasimu bihablillah.. " Dan bawa ayat " Innamal muslimuna Ikhwah.." dan lain-lain. Tapi dalam masa yang sama dia sendiri yang tidak menunjukkan sikap mahu bersaudara. Sikap menghormati saudara. Sikap akhlak saudara Islam bila berhadapan dengan saudara Islam yang lain. Tapi dalam masa yang sama dia sendiri tidak mahu bersalam dan merancang dari awal.Maka kontra bukan?

Maka niat sebenar dia dapat dibaca dari awal lagi. Keangkuhan dan amarahnya kepada TGNA telah ditunjukkan dari awal walhal TGNA belum lagi sampai ke rumah itu. Natijahnya, kebiadapan Mohd Nor Deris terserlah jua akhirnya. Kita selaku Muslim mampu menilai juga siapa dia akhirnya.

Ini bukan soal nak berdebat atau tidak. Tapi ini adalah persoalan akhlak, persoalan sikap yang ditunjukkan. Kerana Biadap tetap biadap walau dengan apa cara sekalipun. Biadap tidak akan boleh menjadi sopan. Dan Mohd Nor Deris telah biadap kepada TGNA dalam soal ini.

Ketepikan isu, kerana Isu PAS berkawan dengan DAP adalah isu basi. Dan jika anda membelek blog saya anda akan bertemu sebab mengapa PAS berhalluf siyasi dengan DAP. Saya telah banyak ulas di artikel artikel yang lepas. Apa yang saya tekankan di artikel ini adalah akhlak Mohd Nor Deris, atau lebih tepat Ulama UMNO.

Soalan saya kepada penyokong UMNO di sini satu sahaja, adakah anda bersetuju dengan kebiadapan Mohd Nor Deris? Jika Ya jawapan anda, tidak ada benda lagi yang perlu didebatkan. Anda sebagai penonton dan penganalisa Muslim yang tahu adab dan budi, lebih mengerti adab Islam. Adab rakyat dengan pemimpin, adab Muslim dengan Muslim dan sebagainya.

Wallahuallam.

zahari1950 said...

Bila suami isteri berkelahi di tempat awam habis semua pekong didada..benda dalam selimut terdedah. Yang dapat untungnya jiran kita yang memang cari peluang untuk mengetahui kelemahan suami isteri tersebut. kalau nak cari salah antara satu sama lain sampai kiamat pun tak akan selesai.

UMNO dan PAS sama-sama bersiap untuk terjun masuk lubuk. Yang akan menang bukan orang melayu islam tetapi DAP, MIC , MCA dan kaum bukan melayu islam yang lain.

Kalau keadaan begini berterusan..tuan bloger boleh buat catatan saya ini. Saya yakin Insyaallah kita akan mendapatkannya kerana kita sedang berusaha membinanya sekarang.

Saya tak mahu berbahas tentang Parti di blog ini kerana saya sudah tahu keputusannya. Dan niat saya pun bukan soal parti tetapi soal servival bangsa/Keturunan Melayu/Islam di Malaysia atau di Tanah Melayu ini kerana anak cucu cicit saya akan mewarisinya samada dalam keamanan dan berkuasa atau dalam huru hara dan kehilangan semuanya. saya telah lama berjuang bergadai nyawa dan kini telah bertambah tua.

Terima kasih kerana komen saudara bloger yang menunjukkan saudara seorang yang matang dan berfikiran luas. Saya faham tuan telah memberi penjelasan mengikut kefahaman tuan dan tidak menyakitkan hati mana-mana pihak. Syabas. Assalamualaikum.

tabligh said...

Suka jugak saya nak komen pasal mereka berdua.Siapa nak salam dan siapa tak mahu salam bukan isu. Mohd Nor Deris itu bukan baru hidup tetapi dia senantiasa mengikuti perkembangan semasa politik tanahair.Salam itu masalah kecil. Yang masalah besar ialah:

1. Isu pakatan untuk perpaduan yang disuara oleh pemimpin Pas kemudian dinafikan semula apabila Nik Aziz tidak bersetuju. Dahlah menafikan,menuduh lagi bahawa ini semua rancangan UMNO. Jadi,yang dikata salam ini telah diterjemahkan oleh Nik Aziz sendiri.

2. Keburukan Nik Aziz ini boleh dilihat dalam youtube mengenai do'a maksiat Nik Aziz terhadap PM Najib. Walhalnya,ketika dia sakit dahulu,PMlah yang berusaha mengurus penerbangan pemindahan rawatan hospital bagi mendapat rawatan para doktor pakar di KL.

Jadi,apakah bijak kita mengambil kejadian yang berlaku dirumah Omar dengan mengenepikan seluruh fakta mengenai Nik Aziz.

Taubatlah Nik Aziz! Semoga sempat bertaubat sebelum mati. Tak guna kita mendakwa memperjuangkan Islam tetapi pada hakikatnya kita menggongong amalan Demokrasi yang sesat dan menolak banyak ayat-ayat AlQuran. Wa'tasimu bihablilahi jamia' itu adalah asas agama. Jika asas pun tak dapat mengamalnya,susah lee. Manusia muslim ini banyak yang terpengaruh dek serban jubah serta janggut sesaorang.

Tabligh said...

Salam semua,

Umat Islam tidak pernah belajar daripada sejarah Islam.Perpecahan umat Islam berlaku kerana umat Islam itu sendiri.Tidak reti membezakan yang amalan Islam dan yang mana tak.

Islam bermakna tunduk atau patuh. Ia jugak bermakna menyerah diri.Akidah ahli sunnah wal jama'ah mengasaskan kita taat kepada pemerintah. Akidah Demokrasi mengasaskan cara nak menjatuhkan pemerintah.Demokrasi membenarkan kewujudan parti tandingan dan ini tidak dibenarkan oleh Islam.

Saya berpesan jika sesaorang itu mati dalam keadaan menjadi ahli atau penyokong parti tandingan maka dia mati dalam keadaan menjadi perjuang perpecahan.

Wassalam.

Jil Fityan said...

Mengenai "Perpecahan Melayu" , saya ingin bertanya kepada saudara Tabligh terlebih dahulu, benarkan Melayu ini berpecah? Sebelum menjawab soalan itu, saya ingin bertanya dan memberi contoh-contoh berikut:

1) Sudahkan PakLah dengan Mahathir berbaik baik?

2) Sudahkah Mukhriz dan Khairy Jamaluddin berbaik-baik?

Saya bukan apa. Saya sudah muak dengan tujahan-tujahan yang mengatakan PAS ini tidak menyahut kerajaan perpaduan dan digambarkan Melayu seantero melaya ini berpecah. Walhal dalam soal ini fakta sebenar tidak difahami tetapi auta yang selalu dimainkan. Berbalik pada yang diatas, kira macam mana?

Itu baru pemimpin belum lagi penyokong pihak pihak terbabit. Dan itu baru sikit contoh belum masuk lagi pergaduhan perebutan jawatan ketua ketua bahagian UMNO dan jawatan jawatan lain dalam UMNO. Saban hari saya melihat di forum forum UMNO, di blog blog UMNO menghentam PakLah, menghentam Khairy Jamaluddin. Jadi adakah wajar perpecahan Melayu yang berlaku didalam UMNO hendak disandarkan kepada keseluruhan Melayu di Malaysia ini sebagai berpecah? Jadi siapa yang berpecah sebenarnya? PAS berpecah atau UMNO yang berpecah ??

Malah jika adanya pembangkang dikira sebagai perpecahan, maka anda silap. Negara kita mengamalkan demokrasi berparlimen. Dan sudah menjadi amalan demokrasi, adanya kerajaan dan adanya pembangkang. Mengira wujudnya parti pembangkang sebagai perpecahan, maka telahan anda yang salah sama sekali. Bukankah anda lebih mengerti apa itu kerangka negara demokrasi berparlimen? Malah kewujudan pembangkang spatutnya dikira sebagai satu rahmat, kerana pembangkang menjadi "check and balance" diatas setiap tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan UMNO. Sebagai contoh, PR begitu lantang mengkritik isu-isu berkaitan sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan. Tidak seperti Ulama UMNO spt Mohd Nor Deris dan Mohd Fathul Bari Mat Jahya, mengenai isu IFF disokong oleh Fathul Bari dan didiamkan oleh Mohd Nor Deris. Dan isu Hub Hiburan mereka hanya berdiam diri. Adakah kita sebagai muslim mahukan ulama yang bersikap seperti syaitan bisu apabila berlaku kefasikan oleh pihak kerajaan?

Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Maka ulama tiada nilainya jika menyembunyikan kebenaran. Bahkan Allah samakan mereka dengan anjing.

2)Mengenai kerajaan perpaduan juga, Nik Aziz pernah mengatakan bahawa jika ingin/mahu PAS bersama UMNO senang sahaja. Bubar UMNO dan bubar PAS. Maka bersatu diatas nama parti yang baru yang mahu menegakkan Islam dan bangsa. Bukankah UMNO juga mendakwa dia juga berjuang atas nama Islam?Dan adakah saranan ini disahut oleh UMNO? Jadi keikhlasan dan ketelusan dapat kita nilai di sini. Bukan soal Nik Aziz tak mahu, tetapi Nik Aziz sudah suarakan saranan ini tetapi tidak disahut oleh UMNO hingga ke hari ini.

Jil Fityan said...

3) Mengenai doakan bala, rasanya anda sebagai seorang yang alim mengetahui hal ini. Saya melihat blog sedara pun "berpesan pesan pada kebenaran.". Nik Aziz berdoa kerana kerajaan telah melakukan kezaliman kepada kerajaan negeri Kelantan.

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saudara nak tahu pasal doa bala dengan lebih lanjut, saudara rujuk di sini : http://drmaza.com/home/?p=868 .. Baca dengan mengadilkan setiap fakta dan dalil. Anda akan menemui sebab mengapa Nik Aziz berdoa sedemikian. Jika nak tentang juga, sila tentang di Dr Asri Zainal Abidin di artikel tersebut.

4) Dan jika saudara berhujah semata-mata nak menghalalkan tindakan Mohd Nor Deris, maka teruskan. Cuma saya hairan kenapa tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang menyokong tindakan Mohd Nor Deris ini melainkan para penyokong yang berlebih lebihan. Jika apa yang dilakukan Mohd Nor Deris dikira sopan pada tanggapan saudara, beradab pada tanggapan saudara, maka tidak ada apa lagi yang perlu didebatkan di sini. Saya tidak hairan sangat. Kerana memang orang seperti Mohd Nor Deris akan dikira beradab selama-lamanya oleh pendokong UMNO kerana dia adalah ORANG UMNO.

Wassalam.

tabligh said...

Salam,

Istilah perpecahan di dalam UMNO yang saudara kemukakan adalah suatu istilah yang tidak tepat dan lebih kepada perbalahan sesama sendiri didalam kelompok yang sama. Ini kerana para sahabat jugak ada yang berbalah. Ini dapat dilihat setelah Nabi wafat,timbul perbalahan siapakah yang berhak mewarisi kepimpinan.Walaupun begitu mereka tetap berada dalam jemaah yang sama. Saya rasa saudara jugak tahu akan hal itu.

Saya setuju perpecahan dilihat diantara UMNO dan Pas. Dalam apa jugak penilaian mengenai sesuatu, kita tidak semestinya terlepas daripada mengikut lunas-lunas Islam. Walaupun negara mengamalkan sistem Demokrasi,kita tidak boleh terlepas daripada berpegang kepada syariat Islam. Jika saudara kata sistem Demokrasi berlandaskan ada kerajaan ada pembangkang dan ianya sebagai 'check and balance' itu suatu rahmat,saudara telah terkeliru. Sistem Demokrasi inilah yang membenarkan kewujudan parti tandingan(sesama umat Islam) wujud sebagai asas perpecahan bertentangan sekali dengan sistem politik dalam Islam.

Mengenai apa yang saudara katakan bahawa Nik Aziz ada mengatakan bubar UMNO dan bubar Pas dan buat satu parti lain,ingin saya mengatakan bahawa itu adalah retorik Nik Aziz semata kerana dia tahu dari awal lagi,itu tidak mungkin berlaku. Berkemungkinan menjadi pakatan kepada UMNO itu lebih realistik kerana itu pernah berlaku.

Mengenai dengan do'a Nik Aziz memohon ditimpakan bala kepada PM Najib,itu adalah sesuatu yang bertentangan dengan sistem akhlak dalam Islam.

Wassalam.

Azman Fi said...

Mohd Nor Deris,bukan orang UMNO,sepertimana yg kamu dengar Nik Aziz kata kepada mohd Nor Deris kamu tu org Pas.Tetapi kini Mohd Nor Deris memang bukan orang PAS,ini semua dilakukan kerana Mohd Nor Deris lihat PAS sudah jauh sesat dan menyesatkan,mulut ceelupar Nik Aziz dalam menghina dan memperalatkan Agama Islam yg suci,tidak boleh diterima lagi,kemarahan yg tidak boleh lagi dibendung,0leh kerana politik dan kuasa.Yea benar Sabar itu separuh drpd Iman, tetapi menentang dan hilang kesabaran dlm mempertahankan maruah kesucian Islam,juga satu jihad ibadah perjuangan.Lebih2 lagi Nik Aziz sanggup mengkafirkan sesama Islam,menyanjung tinggi org kapir yg jelas menentang Islam.Dgn takdir dan kekuasaan Allah,yg menentukan segala2nya,Allah telah menunjukkan kpd kita semua,gelagat dan akhlak mereka.Ingat yg penting disini"Apakah Hikmahnya?" Knp Nik aziz diperlakukan begitu ? Knp sampai boleh hilang rasa hormat kpd Nik Aziz ? Kurang ajar sangatkah dia hingga sanggup org kurang ajar kepadanya ?Hinanya Nik aziz diperlakukan begitu ...
Memang tiada seorang pun org UMNO yg menyokong tindakan Mohd Nor Deris, kerana ini bukan budaya UMNO,kerana ini budaya PAS yg telah dibawa oleh Mohd Nor Deris semasa dia berjuang bersama2 PAS.Ini juga kerana Nik Aziz kata ALLAH juga samseng,mencarut dan memboleh kan memaki hamun.. Nah sekarang itu lah Padahnya...

Jil Fityan said...

Wassalam Tabligh

1) Saudara mengakui ada pergaduhan takhta dalam UMNO hingga memberikan dan kiaskan pada zaman sahabat, so buat apa mengajak dan menuduh bahawa Melayu keseluruhannya berpecah tidak sahaja mengatakan Melayu UMNO ?? Hehehe.

2) Dan saudara menerima konsep demokrasi, dan dalam masa yang sama suruh ikut lunas Islam. Ok. Sekarang Malaysia sudah mengamalkan demokrasi. Soalan saya, siapa yang tidak mengikut lunas Islam jika mengatakan demokrasi seiring dengan lunas Islam ?? hehehe.

3) Saya terkeliru atau saudara terkeliru?. Apakah sebenarnya saudara mahu UMNO yang tidak perlu ditegur baik buruk? Saudara mahu semua rakyat terima sahaja dan ikut sahaja kepimpinan UMNO. Jangan dibantah jangan ditegur. Sami'na waata'na. Tunduk dan patuh. Begitu ya saudara mahukan ?? Kemudian saudara mengutuk Sistem demokrasi sedangkan parti UMNO lah yang paling lantang dok laung demokrasi dan mengabaikan Sistem Syura. Hehehe..Inilah padahnya bila orang tidak faham demokrasi bercakap. Lepas itu dok flip flop cakap demokrasi ikut lunas Islam lah, itu lah , ini lah. Tapi hujah bercanggah antara satu sama lain. Sekali boleh sekali tidak boleh..Hehehe. Tabligh tabligh..

4) Bubar UMNO + PAS tubuh parti baru, ini cadangan paling relevan. Dalam keadaan UMNO yang hanya mengajak PAS (Bukan PR) maka itu cadangan paling bagus. Saudara dok bidas kata retorik pasai apa? Apakah kerana UMNO tidak menyahut seruan ini maka saudara katakan retorik kepada cadangan TGNA? Apakah ajakan UMNO bersepakat dengan PAS tidak dengan PR (PKR + DAP) bukan satu retorik? Apakah jika UMNO bergabung dengan PAS maka UMNO akan melepaskan MCA, MIC dan parti bukan Muslim lain sebagai komponen BN? Hahaha..

Siapa retorik ni?

5)Mengenai doa bala, harapnya saudara yang lebih alim ilmu agama menentang hujah Yusof Qardawi dan hujah Dr Asri Zainal Abidin. Tak perlu berhujah dengan saya soal doa. Gamaknya Nabi tidak berakhlak kerana pernah mendoakan bala kepada orang lain ye?? Hehehe.

Tabligh, kamu pergi "tablighkan" Isteri Najib dulu ke, pemimpin UMNO dulu ke, tentang cadangan Hub Hiburan dalam ETP ke, buat yang tu dulu.

Wassalam.

Azman Fi said...

Faktanya ...
hujah Sdra Jit Fityan,ternyata sekadar utk menegakkan benang yg basah.Faktanya Sdra JF lah yg membelit dan memesongkan hujah,tidak konsisten. Bercakap terbalik balik,kong kali kong ... kalau kita baca dan fahamkan hujahannya dgn tabligh, ternyata kita dpt gambarkan yg fahaman Sdra Jf ini sekerat sekerat,hanya tahu dan faham dari segi kulit.Atau lebih tepat lagi belajar tak habis.Yg dia belajar habis adalah dalam menerapkan budaya PAS,jika tidak dpt berhujah dgn baik,puak2 ini akan berhujah dgn mengkaitkan perkara2 yg tidak ralevan dan memaki hamun.Faktanya Melayu dlm UMNO,PAS,PKR dan lain2 parti tidak berpecah,yg berpecah faktanya Melayu di Tanah Melayu.Yg lebih rumit dan menjadi masalah besar lagi bila ada org yg tidak mengaku dan berbangga sbgi Melayu.Dan Faktanya org2 yg mengecam Melayu,menghina melayu dan menggugat Melayu adalah Melayu2 yg berada dlm PAS,PKR dan DAP atau kata lain Melayu dlm Pktn Pmbkg.Riak dan lagaknya menjadi lebih sumbang selepas kemenangan kecil PRU ke 12 dgn kuasanya yg sedikit.Dlm hal komen Sdra JF ttng Demokarasi, saya rasa jika dia baca kembali dlm keadaan tenang sudah pasti dia boleh tersenyum dan tergelak sendiri, keliru.Dan yg lebih lucu bila cadangan utk membubarkan UMNO dan PAS dianggapnya Ralevan. Yg lain2 komennya tak lebih sekadar merapu ...

Jil Fityan said...

Hehehe. Sebab itu saya tak berminat membalas komen kamu Azman Fi. Sebab saya sudah membalasnya. Bukankah saya sudah menjawab komen kamu yang pakai nick Tabligh itu? Hehehe. Macam-macam betul orang-orang UMNO ni. Tidak boleh berhujah maka disokong hujah sendiri antara satu sama lain. Tidak malukah kamu bersikap munafik begini? Kamu ingat saya tidak tahu kamu orang yang sama?

Sudahlah Azman Fi / Tabligh.. Kalo berakhir penulisan kamu dengan bersikap begini, buat apa lagi berhujah bukan? Saya tidak berharap pun kamu datang ke blog ini. Pembaca seperti kamu hanya memalukan diri sendiri dan membantu meranapkan UMNO sahaja. Sudahlah terkantoi IP yang sama, saling menyokong diri sendiri pula tu. Hehehe.

Saya mengajak kamu ke forum ini. Kelab Maya UMNO. atau Isu Hot. Adress seperti di bawah ini:

http://forum.mykmu.net
http://www.isuhot.com

Kat situ boleh tengok siapa agaknya dok maki hamun dan mencarut ye?

Berhenti lah bercakap dan sikit-sikit kata ia fakta padahal adalah auta.. Jika kamu hendak menyokong UMNO maka teruskan sahaja. Usah nak mengaitkan kononnya apa yang kamu cakap adalah fakta dan memutarbelitkan sesuatu perkara semata-mata nak menyokong diri sendiri.

Sekarang siapa agaknya tersenyum dan tergelak sendiri bila baca komen saya ini? Hehehe.

Apapun, jangan padam komen komen kamu yang diatas tu. Saudara kan suka menilai? Haaa.. biar orang lain pula menilai sape sedara Tabligh a.k.a Azman Fi.

Syah said...

standard la admin perangai orang umno memang suka bermuka-muka. Tulis komen pakai banyak nick untuk sokong hujah sendiri. kalo dah dasar pencacai umno,pergi mana mana pun, dok pi mai pi mai tang tu juge. pencacai munafik je manjangg..kah kah kah!!!

admin,aku dah buke mykmu dan isuhot yg ko bagi link atas tu. penuh dengan orang umno dok maki hamun dan mencarot. kah kah kah!!!

ramai sungguh penyokong md nor deris,,siap menyamar nyamar lagi,, kah kah kah!!!

pemimpin kencing berdiri,,penyokong kencing berlari,kah kah kah!!!

Syah said...

lagi satu,, yang ko admin dok layan orang tak betul pasal ape? fokus je pada penulisan blog

Jangan mareee noh!!!

KasiHentam said...

bodo nyo penganut UMCO Yahudi

Anonymous said...

allah maha besar dan mengetahui

Anonymous said...

assalamualaikum..
saudara2 UMNO dan PAS sekelian.smpi bila kita mesti bercakaran mcm ni?masing2 salahkan masing2..dlm video ni jelas menunjukkan MND tidak beradab kerana bertindak sedemikian.sebenarnye politik tidak penah sempurna kerana masing2 bergerak atas kepentingan.jadi,UMNO+PAS masing2 PASTI akan membuat perhitungan yg salah.pernahkah saudara2 menonton drama 'Kita Sama tp Tak Serupa'?.setuasi UMNO+PAS adalah sama seperti jln cerita tersebut.cuba fikir dgn hati yg tenang.

Anonymous said...

Terpengaruh dengan media massa rupanya...hahaha.

Anonymous said...

anon 7:16,bukan semua media massa itu buruk.ada ceramah+cerita berunsur pendidikan dan dakwah.kita sebagai manusia kena fikir dgn akal yg mane elok.len la kalo saudara cuma menonton media massa hiburan dan cerita dari barat.atau mungkin rumah saudara tiada siaran agama+cerita baik2 untuk ditonton.aku paham maksud anon 10:57.cerita mengenai dua keluarga melayu yg satu kononnya warak dan kuat agama tp mulut dan perlakuan tidak mempamirkan islam,dan 1 lg keluarga kurang didikan+penegasan agama tp hubungan dan layanan sesama insan+keluarga+org rmi sgt bagus.jadi kita yg diberi akal harus memilih jalan yg diredhai Allah dgn sepenuh2 penilaian.

mozack said...

korang xsedar ke org Islam da berpecah skg nie.... keje nk salah kan org itu x betul, org tu salah...cuba kita bincang cm ne nk menyelesaikan masalah umat Islam skg nie...berdasarkan kan comment kt atas korg pun sama ngn Mat Deris memaki hamun sesama Islam.pandai kata org x tgk diri sendiri..kita tgk ape isi ( main point ) knp mybab kan Mat Deris xpuas hati.kalu da taksub tu yg la yg jadi.

Anonymous said...

Ramai betul penyokong Md Nor Deris..kahkahkah..

Kalo ada sorang pergi depan Rosmah cakap " hang buat maksiat sbb tak pakai tudung.., hang jadi asbab orang buat zina mata sebab tak pakai tudung.."

tentu tentu puak puak umno yang dok sokong dalam ni maki hamun orang tu, konon tak beradab lah, tegur tak berhikmah lah, kah kah kah..

Cacai cacai UMNO memang akan panas ..kah kah kah

Anonymous said...

untuk semua adat berpolitik misti ada pasukan,kalau tidak ada pasukan macammana nak berlawan,perlawanan ada menang ada kalah atau seri,pas semuanya orang melayu dan beragama islam,tetapi sekarang ini orang cina ,india pun minat kepada pasukan pas,seta mengundi pas,tetepi dia tidak memeluk islam pun,sekarang ini dap dan pkr minat kepada pas dan menubuh pakatan rakyat dengan menggunakan logo yang berbeza,kalau pas dengan lambang bulannya,keadilan dengan bulan sabitnya dan dap dengan logo roketnya, dan umno orang melayu ada dan orang cina ada dan india pun ada.isu melayu berpecah tidak timbul,yang sebenarnya ialah penyokong umno sudah berhijrah ke pasukan pas,rakyat mula sedar sekarang mana pasukan yang hebat.kalau di zaman nabi dulu orang berhijrah dari kota mekah ke kota madinah,tak hairanlah kalau sekarang orang melayu dalam umno berhijrah ke parti pas, banyak penyelewigan berlaku dalam umno.

Anonymous said...

memang patut pun ustaz md.nor deris kurang ajar pada nik aziz sbb yang mengajar ustaz md.nor deris kurang ajar pun bukan orang lain orang PAS juga.itu pasallah ustaz md.nor keluar dari PAS.lagi lama duduk dlm PAS lagi menyesatkan dengan PARTI AJARAN SONGSANG tu.huru hara umat islam dimalaysia ini.Fatwa dipermainkan.dulu kata UMNO kafir sbb bergabong dgn MCA dan MIC.tapi apa dah jadi dengan PAS sekarang boleh pula PAS bergabong dengan DAP dan PKR.ingat kalau PRU13 pembangkang menang PAS boleh membentuk negara islam ke? jangan haraplah sbb PAS bukanlah parti dominien dlm pembangkang.dan disbbkan PAS dan PKR lah menyebabkan umat melayu menjadi huruhara sementara bangsa lain akan menangguk diair keruh.

Anonymous said...

nik aziz sepatutnya berundur dari politik PAS lagi lama dlm politik semakin menyesatkan umat islam dimalaysia ini.teramatlah malu dipenghujung hayatnya dimalukan oleh bekas orang kuatnya sendiri.Disebabkan dendam kesumatnya kerajaan perpaduan tidak menjadi kenyataan.Rata rata masyarakat islam dinegara ini mahukan kerajaan perpaduan supaya orang islam dinegara ini boleh bersatupadu dan mendaulatkan islam dan hidup aman makmur.damailah wahai saudara ku UMNO dan PAS. Amin.....

Anonymous said...

tolong jgn samakan melayu dgn islam... org islam berpecah sebab munafik melayu byk sebarkan fitnah. org islam sebenar byk igtkan manusia kepada kejayaan akhirat... melayu xdpt selamatkan kita diakhirat, tetapi islam boleh.

unya malaya said...

ulam mak umngok nie mcm tong sampah saja .....
cukup hari....lori angkut pi buang.......
jenih jahat....belambak dok ada mcm nie........

Anonymous said...

SEMOGA SEMUA ORANG MALAYSIA SUPAYA PAHAM, BAHAWASANYA. ZAMAN SEKARANG IT ADALAH SURAT RASMI DALAM RECORD SEJARAH DAN PENYAMPAIAN.
BUKAN HANYA TV1 SAJA YANG ADA...SUMBER PELBAGAI ADA........TAKKAN NAK TOLONG CAKAP KAT BANGLA PULAK. KA NAK CAKAP KAT NEPAL KA ..

Anonymous said...

salam. aku cuma nk ajak kamu semua fikir dengan akal berpandukan dengan iman. UMNO tu orang melayu tapi pakai nama omputih. PAS pulak orang melayu pakai nama melayu..so sapa yang jaga dan mertabatkan melayu. aku nak hukum pasal ISLAM aku ni jahil.Pasal melayu bulihla.

Anonymous said...

SAPA HAK SURUH TGNA TU BERUNDUR TU AKU RASA DIA TAK FAHAM TENTANG ISLAM PUN.. DIA KIRA NAK SENANG AJE ATAS DUNIA NI.. SAPA HAK TAK NAK SENANG.. SENANG BERIBADAH.. SEMUA SENANG.. KALU BERJUANG DALAM MENEGAKKAN ISLAM NI SUSAH.. MEME LA SUSAH.. INGAT SENANG2 NAK BOLEH MANTAP IMAN TANPA DI UJI..

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.