Subscribe

Galas: Jika Benarlah Begitu



Memang perit untuk menelan kekalahan. Namun demikian, itulah hakikatnya. Setiap kegagalan dan kemenangan pasti ada hikmahnya. Hikmah kegagalan biasanya lebih banyak daripada kejayaan. Di situlah kita akan tahu semua kelemahan kita.

Adakah PAS dan PKR mahu mengatakan bahawa mereka gagal kerana UMNO-BN tabur wang - pengundi terima dengan senang hati - pangkah dacing?

Jika benarlah telahan itu, maknanya PAS dan PKR kena ada banyak wang baharu boleh menang. Salah tanggapan ini. Merasuah pengundi bukan cara halal untuk menang. Rasuah hukumnya haram. Keharaman itulah yang disukai orang Melayu. Orang Melayu sokong keharaman rasuah. Pelik tetapi benar. Orang Islam terima rasuah tanpa rasa bersalah.

Fenomena ini akan berterusan. Satu tanda noktah mesti dicari. Bagaimana caranya?

Kita boleh mengatakan bahawa orang Melayu, terutamanya di luar bandar bersikap sekular-materialis. Sehubungan itu, keislaman mereka nipis. Apabila kita berpegang kepada tanggapan ini, kita menerima hakikat bahawa Melayu itu dimiskinkan. Sekali gus kita menerima UMNO-BN gagal mengubah nasib Melayu. Ini kes berat. Namun, seberat mana pun kegagalan UMNO-BN itu, mereka terus mendapat sokongan. Demikianlah aneh dan peliknya Melayu. UMNO-BN gembira dengan situasi yang menguntungkan mereka ini. Timbul satu lagi persoalan. Bagaimana hendak meletakkan UMNO dalam kerugian?

Persoalan lain yang terseret dalam permasalahan ini ialah Melayu amat sukar untuk berubah. Mereka itu hangat-hangat taik ayam. Pendirian mereka terhadap sesuatu tidak bertahan lama. Sebab itulah mereka sukar untuk maju. Hal ini ternyata menguntungkan golongan minoriti Melayu yang tidak berada dalam kelompok tersebut. Mereka bebas mengumpul kekayaan tanpa menghiraukan kemelaratan majoriti Melayu itu. Sampai bila Melayu yang papa kedana ini akan menjadi barang mainan Melayu minoriti?

Kita selalu sebut Melayu perlu kembali kepada Islam. Hakikatnya mereka tidak pun ambil endah tentang keharaman rasuah. Mereka tidak pun ambil endah tentang kehamilan sebelum berkahwin. Mereka sanggup bertegang leher mengatakan wang ehsan yang mereka terima itu haram semata-mata kerana fatwa pemimpin parti rasuah yang sekali gus sekular-materialis yang bernama UMNO. Mereka sedikit pun tidak ambil pusing bangunan 100 tingkat akan didirikan asalkan setiap kali PRK mereka dapat serdak habuan. Malang sungguh jadi Melayu di bumi bertuah ini!!!

BilahRotan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.