Subscribe

Kenapa mesti pijak Anwar untuk Kekal diatas?


"UMNO yang sudah hampir 60 tahun berada dipuncak kuasa sepatutnya semakin matang meniti hari dalam menyelesaikan permasalahan baik masalah negara mahupun pada masalah parti itu sendiri. Sepatutnya UMNO harus berdiri tegak bergaya dengan cara kematangan yang sepatutnya dilalui sejak 60 tahun yang lalu.

Pengalaman yang sepanjang ini harus digunakan sebaiknya mengemudikan negara tanpa perlu memijak 'kepala' orang lain untuk kekal berkuasa. Tapi sekarang keadaan menjadi terlalu pelik,sebuah parti yang berpengalaman dan pernah menjadikan negara ini masyhur dimata dunia,terpaksa menggunakan nama ANwar untuk kekal berkuasa.

Keadaan ini cukup mengecewakan bagi rakyat yang terbuka fikiran dan sentiasa kritis dalam menilaikan sesuatu.Sebuah kerajaan yang kuat serta berpengalaman ini semakin hari semakin menjadi kebudak-budakkan dalam membuat sesuatu.Bagaimana penasihat-penasihat kepada perdana menteri dan kepada UMNO itu sendiri melakukan dua kesalahan pada masa yang sama dan akan menerima akibatnya pada dua masa yang berbeza.Pertama,penasihat-penasihat ini menasihati ketua mereka dengan jalan burukkan Anwar serta 'telanjangkan' beliau dimata dunia.

Gunakan segala perkakasan yang ada untuk burukkan beliau dan dengan itu kita akan kekal berkuasa.Kita lihat kempen begini ada kesan pada dua perkara,pertama Fitnah dan membuka aib.Jadi didunia mungkin yang lemah akan terpaksa menerima kesan yang amat dasyat serta memalukan ini.Tetapi kita terpaksa menghadapi akhirat yang sesiapapun tidak mahu mengadapinya.Tidakkah penasihat-penasihat ini melihat kesan perbuatan mereka didunia dan juga diakhirat.

Kita juga lihat bagaimana menteri-menteri yang kelihatan hebat pada perwatakkan rupanya bersikap seperti kanak-kanak kampong yang tidak mahu belajar kelas agama diwaktu petang.Mereka ini tidak kreatif dalam menjalankan tugas-tugas mempertahankan jawatan mereka.Yang hanya ada dalam fikiran mereka ialah ugut pihak lawan agar tidak mengacau dikawasan mereka.Ini bukan caranya pemimpin yang partinya sudah memimpin hampir 60 tahun dinegara ini.Budaya mengugut-ugut ini budaya budak-budak nakal yang tidak boleh beralah dalam setiap segi.Bila ini berlaku,apa yang terfikir difikiran ialah adakah pemimpin itu memang kehendak dia berebut-berebut sehinggakan tidak mahu orang lain ingin membantu rakyat dikawasan dia atau takut dia akan kehilangan kuasa dan kehilangan sumber harta yang lumayan hasil daripada kerusi menteri yang dia sedang duduki ini?

Kita lihat semakin jauh UMNO ini berjalan semakin kebudak-budakkan tindakkan mereka.Mereka terpaksa menongkat pada kes Anwar untuk kekal berdiri sehingga kehari ini.Cukup memalukan bagi golongan cerdik pandai yang ada didalam kerajaan mahupun didalam UMNO hanya mampu menasihati pemimpin setakat tahap sebegini sahaja.Tahap dimana hanya menggerakkan perasaan benci dan tidak langsung mengerakkan minda rakyat.Inilah hasilnya selama 60 tahun kita dididik bagaimana untuk berjaya dalam mengejar impian.Tiada jalan yang murni melainkan bunuh orang atau bunuh watak seseorang yang kita benci seteruk-teruknya untuk maju kehadapan

Tdakkah mereka ini ketahui bahawa semakin dihinjak dan dipijak Anwar ini semakin kukuh dan utuh nama itu berdiri.SEtiap hari didada akhbar terbentang celaan terhadap Anwar dan fitnah ditaburkan kepada beliau memberi kredit dan pahala percuma kepada hamba Allah tersebut.Tidakkah kita berasa bagaimana jikalau kita sendiri yang berada pada kedudukkan Anwar itu yang terpaksa menghadapi situasi getir ini seorang diri.Tidakkah kita berasa berdosa melihat sahabat seiman kita dimalukan sebegitu rupa tanpa ada rasa belas ikhsan dari kita yang ada kuasa ini.

Untuk itu marilah kita tukar cara berfikir dan cara kita bertindak dalam kita mengejar impian dan cita-cita.Untuk mengambil hati rakyat marhain ini,kita kena laburkan masa untuk mencari jalan yang lebih kreatif bagaimana kita dapat bertahan pada kedudukkan kita selama ini dan maju kehadapan tanpa perlu mengorbankan orang lain dengan cara yang menjijikkn ini.Ingatlah bahawa kita ada lagi 3 alam yang perlu kita tempohi walaupun kita tidak suka menempohnya iaitu alam kubur, dipadang masyar dan juga alam syurga/neraka nanti.Biarlah rakyat memilih dengan akal (dimana rakyat dapat melihat kehebatan kita sebagai pemimpin mereka) dan bukan dengan hati (iaitu menyemai perasaan benci membenci dan menabur fitnah).

Saya faham bahawa saya bukanlah insan yang baik seperti yang difikirkan,saya juga 'tenggelam' dalam dunia yang alpa ini.Walaupun begitu saya juga mempunyai akal untuk digunakan dalam memahami kenapa perkara ini Allah larang dan kenapa perkara ini Allah suruh kita lakukan.

Yang indah itu Allah dan yang kerdil itu saya/md daud yusri

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.