Subscribe

Lagi Polis Tembak Sesuka Hati?


Saya menghormati tugas polis menjaga keamanan negara. Saya juga menghormati polis yang bekerja dengan penuh etika dan profesional. Mereka ini menggalas tanggungjawab besar, menjaga watan daripada jenayah dari dalam dan luar.

Namun sejak kebelakangan ini, acapkali kita dengar berlakunya kes-kes penyalahgunaan kuasa polis, yang sekaligus memberi impak besar melibatkan kepercayaan rakyat keatas wibawa polis. Sangat mengecewakan dan mendukacitakan, berita-berita seperti kes tembakan "sesuka hati" polis kepada seseorang yang tidak dibuktikan bersalah menyebabkan Persepsi rakyat kepada polis sudah berubah.

Saya masih ingat kata-kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin yang menegaskan bahawa mereka tidak melakukan amalan ‘tembak untuk bunuh’

dalam semua kes, katanya, penjenayah ditembak setelah polis ditembak terlebih dulu.“Bila pegawai polis tembak, mereka bukan menembak untuk membunuh, tetapi mereka menembak untuk menghalang ancaman membunuh,”.

Ya benar, dari sudut ini, memang begitulah etika polis. Saya hormatinya. Memang jika diancam dengan tembakan, maka polis berhak menembak terlebih dahulu/kemudian. Tapi dalam kes "tembak sesuka hati" ini bagaimana pula?

Adakah boleh dipakai kata-kata "kami tidak mengamalkan amalan 'tembak untuk bunuh'"?? Dan adakah ia bermaksud "tembak itu adalah untuk pengajaran"? Atau "tembak untuk buat lawak"?

Dalam soal melibatkan nyawa ini, tidak ada perkara yang boleh dimain-mainkan. Tersalah tembak, maut jawabnya. Melayang satu nyawa yang diambil tanpa hak jika tiada jenayah disabitkan.

Harapnya KPN mengambil tindakan yang wajar kepada pegawainya yang "terlibat". Janganlah bila berlaku kes melibatkan pegawainya, pihak tertinggi polis menjadikan media untuk membela "penjenayah sebenar" ini, dan menuduh pihak yang ingin membela mangsa sebagai "membela penjenayah". Jangan pilih kasih. Selesaikan kes dengan cara yang adil. Jika pegawai Polis yang bersalah, biar sahaja hukuman berat diberikan kepada mereka.

Lagi mangsa dakwa polis tembak sesuka hati

Keluarga Ho Chei Hang, 32 mendakwa wujudnya perbuatan khianat ketika lelaki itu ditembak polis pada 16 November lalu.

“Ini salah guna kuasa dan menembak sesuka hati,” kata peguam Keppy Wong, yang bercakap bagi pihak keluarga mangsa di pejabatnya di Pandan Indah hari ini.

NONEWong percaya tindakan polis berkenaan adalah tidak wajar kerana tiada senjata api mahupun sebarang jenis dadah yang dijumpai di kereta mangsa dan lagipun Ho juga dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Tiada senjata di kereta, mereka hanya jumpa 42-45 pil tidur di kereta. Pil tidur bukan barangan dalam Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Peguam itu juga mendakwa Ho tidak diberikan sebarang amaran ketika anggota polis yang tidak berseragam dan mengenalkan diri mereka melepaskan tembakan. Mereka juga dikatakan tidak melepaskan tembakan amaran mahupun cuba menghalang kereta yang dipandu oleh mangsa.

Ho kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur di mana beliau sedang di unit rawatan rapi, Hospital Kuala Lumpur selepas ditembak dengan empat butir peluru.

"Doktor telah berjaya keluarkan tiga peluru, masih ada satu lagi dalam badannya," kata Wong yang melawat mangsa itu.

NONEHadir sama pada sidang media hari ini adalah isteri dan ibu bapa Ho.

Isteri Ho, Tan Chiew Yong, 29 pula berkata doktor tidak dapat mengeluarkan sebutir lagi peluru kerana komplikasi.

“Dia terlalu lemah, peluru tembusi sehingga tulang,” kata isterinya melalui peguam mereka. 

Mendengar penjelasan itu, ayah mangsa, Ho Ah Beng, menitiskan air matanya. 

Ibu Ho, Teoh Yak Kiow, berkata anaknya itu dalam perjalanan pulang dari farmasi selepas mendapatkan bekalan ubat-ubatan untuknya.

Menurut Wong, Ho disiasat bagi 'percubaan membunuh' anggota polis yang menembaknya.

1 comment:

Anonymous said...

tembak tembak tembak tembak...abis mamposs..

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.