Subscribe

Macam mana SPR buat kerja?


Macam mana perkara ni boleh berlaku??

Saya tidak menganggap ini sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh pihak SPR. Penyediaan kertas undi yang dicetak dengan betul semestinya telah dilakukan lebih awal dan sebarang ralat sepatutnya tidak berlaku. Dan jika ada kesilapan juga, ia sudah pasti menimbulkan fitnah dimata pengundi dan rakyat luar yang menjadi pemerhati. Bagi saya, sudah tentunya memandang perkara ini sebagai satu muslihat. Mana tahu pihak SPR yang ingin bermain silap mata dengan keputusan pilihanraya Galas kali ini?

SPR sepatutnya telus dalam melaksanakan dan bekerja sebagai jentera pilihanraya. Pelbagai kecaman yang diberikan oleh SPR seperti mengatakan pemberian wang zakat kepada orang asli yang memeluk Islam sebagai satu rasuah dengan mengkebelakangkan tanggungjawab pemerintah kepada asnaf (muallaf) menyebabkan rakyat semakin tidak percayakan SPR. Dan sudah pastinya kredibiliti terhakis.

Apapun, saya mengharapkan SPR tidak mengulangi kesilapan ini untuk PRK pada masa mendatang. Jika ini adalah ralat, maka minta maafkan secara terbuka kepada rakyat yang menjadi pengundi di Galas, dan juga rakyat yang menjadi pemerhati politik Galas dan Batu Sapi saat ini.


Kertas undi didakwa tiada lambang parti
Kertas undi yang dikeluarkan di pusat pengundian di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Baru, Galas didakwa tidak tercetak lambang parti, dakwa isteri kepada calon PAS Dr Zulkefli Mohamad.

Zainab Jalar - juga seorang pengundi DUN itu - berkata beliau menyedarinya ketika diberikan kertas undi untuk menunaikan tanggungjawabnya, lapor laman web PAS untuk pilihan raya kecil Galas.

"Sebaliknya ia hanya mempunyai nama calon sahaja," kata Zainab seperti dilaporkan laman tersebut.

Ekoran insiden tersebut beliau dilaporkan segera menghubungi jentera pilihan raya PAS bagi memaklumkan perkara itu.

Tindakan itu dibuat bagi membolehkan tindakan lanjut diambil, tambahnya.

Zainab juga berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pasukan peguam PAS yang berada di unit peti undi Kampung Baru.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan calon BN Abdul Aziz Yusof.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.