Subscribe

Media Penjilat Setia UMNO: Cakap lain, Tulis Lain.


Memang patut Ustaz Azizan tidak memberikan layanan kepada wartawan yang biadap dari segi "etika" kewartawanan dan biadap semasa mengulas sesuatu laporan. Berhubung masalah banjir di Kedah, Kerajaan Negeri digambarkan oleh "Media pencacai" sebagai zalim dan tidak berperikemanusian kerana tidak/lambat bertindak keatas mangsa banjir sedangkan hal sebenarnya adalah sebaliknya.

Ust Azizan yang merupakan MB Kedah dengan marahnya membidas wartawan apabila ditanya mengenai masalah banjir yang berlaku di Kedah. Pada saya, ada bagusnya Ustaz Azizan tidak menjawab persoalan yang diutarakan oleh Wartawan itu. Kerana sekiranya dijawab sekalipun, media putar belit ini akan terus membelit dan menyalahkan fakta sebenar dengan auta-auta yang direka-reka. Inilah cara survival media yang ada di Malaysia sekarang ini. Untuk meneruskan hidup, mereka akan terus mengampu kerajaan UMNO Barisan Nasional hinggalah ke lubang kubur.

Pernah satu ketika dahulu semasa isu penternakan babi di Kedah sedang hangat dimainkan oleh media pencacai ini, mereka bertanyakan Ustaz Azizan kononnya mahu mendapatkan maklumat terperinci dalam sidang media bersama MB Kedah itu. Walhal sebelum itu media pencacai ini menghentam dengan teruk Kerajaan Kedah kononnya Kedah "menggalakan perusahaan babi". Mereka juga tidak minta keterangan daripada MB Kedah terlebih dahulu sebelum melaporkan berita.

Salah seorang wartawan bertanya :"Datuk Seri, komen sikit berkaitan penternakan babi kat Kedah ni.."

Ustaz Azizan jawab dengan selamba bertanya balik : "Hang makan babi ka?"

Wartawan terkulat-kulat jawab : "Errr.. tak.."

Ustaz Azizan cakap lagi :"Kalau tak makan, buat pa hang tanya.

Jika begini perangai media massa yang ada di Malaysia, maka tidak menghairan perangkaan kebebasan media di Malaysia jatuh merudum di mata antarabangsa. Daripada 173 negara, kebebasan media di Malaysia berada di tangga ke 132 berbanding 124 pada tahun lepas.

"Cakap Lain Tulis Lain"

ALOR SETAR - Menteri Be:sar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hilang sabar apabila Kerajaan Negeri terus didakwa bersikap lepas tangan dalam menangani isu banjir selain beliau sendiri dituduh tidak turun padang melawat mangsa.

Selepas mesyuarat Exco berakhir semalam, Azizan menafikan kenyataan berhubung tuduhan itu dengan nada agak keras.

“Orang cakap lain, lain ditulis. Buat kerja ikutlah cara halal, tulis bohong sana sini, itu kerja haram,” katanya, dituju kepada wartawan tertentu disifatkan berat sebelah dalam menulis.

Wakil media elektronik yang menjadi sasaran Azizan mempertahan kenyataan disiarkan.

Azizan dengan nada tinggi berkata, apa dilaporkan berhubung isu banjir itu adalah pembohongan.

“Hari pertama di Padang Terap, saya redah banjir. Setiap hari balik lewat malam menje-ngah mangsa, cuma wartawan tidak ikut,” katanya.

Wartawan lain pula bertanya mengenai peruntukan Kerajaan Negeri kepada mangsa.

Dengan lantang Azizan menjelaskan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun memberi bantuan wang tunai kepada mangsa banjir di Kedah.

"Kena tanya Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah," katanya.

Azizan juga meminta wartawan merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah mengenai diskaun bil air.

Azizan enggan melayan sebarang pertanyaan mengenai banjir di Kedah dan minta soalan lain dikemukakan.

“Saya tak nak campur tangan hal orang lain dan saya tidak suka orang lain campur tangan di Kedah atau dalam urusan saya,” katanya.

Apabila wartawan terus menerus bertanyakan isu banjir, Azizan dengan wajah serius dan marah enggan melayan sebarang pertanyaan.

Ketika berjalan menghampiri pintu keluar bilik sidang media, Azizan ditempelak soalan daripada wartawan media elektronik yang enggan mengalah.

Barangkali terasa dirinya diprovokasi, Azizan membalas: “Hangpa pembohong! Kata saya tidak turun padang, buat berita kata ayam busuk sebab tak ada bekalan air. Pertikai peruntukan dan bantuan Kerajaan Negeri, sedangkan kita salurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah."

"Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam,” katanya sambil berlalu pergi.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.