Subscribe

PAS: Adakah pemberian RM250 rasuah?


Media arus perdana tajaan BN memainkan isu; PAS memberi RASUAH dengan memberikan RM250 kepada pengundi DUN Galas. Adakah hal ini benar?

Sebelum itu tengok dahulu apa makna rasuah.

Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency International ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.

Dalam erti kata lain, pihak yang memberi mengharapkan ada sumbangan dan ganjaran daripada pihak penerima.

Ok, berbalik kepada isu di Galas.

Pertama: jika dipersetujui pemberian duit kepada pengundi pada setiap kali pilihanraya dianggap sebagai rasuah, maka benarlah UMNO perasuah no 1. Bukankah UMNO yang menabur duit, yang menjanjikan macam-macam kepada pengundi semasa/setiap Pilihanraya kepada pengundi dengan harapan menyokong mereka? Ada SPRM ambil tindakan kepada UMNO?

Kedua: Berdasarkan pemerhatian, memang benar PAS akan akan memberikan RM 250 kepada pengundi DUN Galas, tetapi kepada mereka yang berada diluar DUN Galas. Duit diberi sebagai satu galakan kepada pengundi DUN Galas yang berada di luar kawasan balik mengundi bagi mencapai sasaran peratus tidak kurang dari 81 peratus. Dan yang penting, Pas tidak sesekali mendesak mereka agar mengundi Pas sebagaimana yang Najib lakukan di Sibu;pemberian wang atas dasar "You help me, I help you!".

Jadi dua situasi ini berbeza. Apa yang dilakukan oleh PAS bukanlah rasuah, kerana ia hanyalah satu galakan supaya pengundi luar kawasan balik mengundi di Galas, bukanlah satu pujukan agar mengundi PAS di Galas.Tambahan pula PAS akan tetap memberi wang tersebut meskipun pengundi terbabit mengundi calon UMNO sekalipun. Dan yang dilakukan oleh UMNO, barulah dikira sebagai rasuah. Kerana ada unsur pujukan dengan wang kepada pengundi agar mengundi mereka.



Dari MalaysiaKini:

PAS akan membayar sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar DUN Galas bagi menampung kos perjalanan mereka untuk keluar mengundi pada 4 November nanti.

Pengarah jentera PAS bagi pilihan raya kecil itu Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, bayaran itu bukanlah satu bentuk rasuah.

kelantan pas umno ballot box 310707 Katanya, bayaran tersebut hanyalah untuk memudahkan kumpulan pengundi berkenaan, sejumlah 1557 orang bagi keluar mengundi.

"Kalau pengundi luar ini tidak balik, kita risau juga.

"Kita tisak mahu jumlah keluar mengundi kali ini kurang daripada 81 peratus," katanya.

Sejumlah besarnya merupakan 675 orang pengundi Melayu dan 215 orang pengundi Cina yang berada di luar Kelantan.

Seramai 290 orang pengundi berada di luar kawasan DUN Galas manakala seramai 372 orang pula berada di luar kawasan parlimen Gua Musang, katanya lagi.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi kita akan bayar kepada mereka," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Turut hadir di sidang media itu ialah penasihat jenteranya Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.