Subscribe

Pengajaran Buat Mohd Noor Deris



GUA MUSANG, 3 Nov - Majlis Tindakan Dun Galas telah membuat laporan polis berkaitan penghinaan tokoh agama Umno, Mohd Nor Deris terhadap Menteri Besar Kelantan, YAB Dato Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Laporan polis tersebut telah dibuat oleh Ketua Penerangan Majlis Tindakan Dun Galas, Mohd Zaki Mat Zain.

Dalam laporan polisnya Zaki berkata, rombongan mereka melawat atas kapasiti kerajaan yang diketuai oleh YAB Menteri Besar Kelantan. Mereka telah dipersilakan oleh tuan rumah untuk masuk kerumahnya.

"Apabila kami memasuki ke ruang tamu kami dapati Mohd Nor Deris telah berada di rumah bekas Adun Galas, Hj Omar Mohamad .

Beliau (Mohd Nor) bagaimanapun enggan bersalaman dengan YAB Menteri Besar walaupun Tuan Guru sendiri telah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan beliau. Beliau juga telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap rombongan tersebut.

Beliau menggambarkan YAB Menteri Besar dan rombongannya yang seramai tiga puluh orang sebagai "syaitan-syaitan" .

"Kami harapkan Encik Mohd Noor Deris menarik balik kenyataan tersebut dalam masa 24 jam berkuatkuasa laporan ini dibuat.

"Sekiranya beliau tidak menarik balik atau memohon maaf , kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang", ujar zaki lagi.

Beliau yang hadir besama dua orang rakan memberitahu bahawa rakaman video kejadian tersebut telah ada dan ini merupakan suatu bukti yang nyata penghinaan dan kata-kata kesat Mohd Noor Deris terhadap Menteri Besar Kelantan.

1 comment:

otaklunyai said...

baru nampak siapa situa kutuk ni yang sebenarnya... dulu belagak alim rupa2nya dialah antara sysitan2 yang berwajahkan manusia... kalau tak pun bah buang tebiat nak mampos agaknya... kalau gitu perangainya eloklah mampos cepat ... lagi afdal..

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.