Subscribe

SPR : Segera Tangkap Tuan Guru Nik Aziz


SPR tidak perlu menunggu ada laporan rasuah daripada pengundi Galas untuk menangkap Tuan Guru Nik Aziz. Bukankah SPR sudah melihat video yang didakwa beliau (TGNA) merasuah orang Asli yang juga pengundi DUN Galas yang memeluk Islam (muallaf) itu?

Bukankah SPR sendiri tidak boleh menerima kenyataan yang diberikan oleh Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang menafikan laporan bahawa PAS merasuah dan penjelasannya bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa?

Walaupun Muallaf tergolong dalam golongan asnaf yang layak menerima zakat mengikut Syar'ie, namun ia tidak diendahkan oleh SPR dan menganggapnya adalah rasuah.

Walaupun Tok Guru Nik Abdul Aziz memberi zakat kepada Orang Asli yang di Islamkannya secara terbuka, tidak sorok-sorok dan wang juga diberi tanpa dibungkus atau dimasukkan dalam sampul surat tetap, SPR tetap menganggapnya rasuah.

Jadi tunggu laporan buat apa lagi? Penjelasan PAS pun tidak diterima. Jadi tangkap sahajalah Tuan Guru Nik Aziz.

SPR: Zakat atau tidak, beri wang dianggap sogokan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (tiga dari kiri) berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.

"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, pendudk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan.
Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS. Sementara itu, Bernama melaporkan Umno tidak akan masuk campur sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka yang menerima wang daripada Menteri Besar Kelantan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan PAS sebelum ini.

"Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup,” katanya.

Dari Malaysiakini



3 comments:

Anonymous said...

fatwa wan ahmad sprm penyedap rasa tuannya. yang tuan dia buat dijilat2nya, sedaaap, jenis apa agaknya ni?

otaklunyai said...

itu semua barua2 kaki lima... takkan berani dia dakwa... sebok gebang sana-sini lepas tu cakap terpulang pulak kepada pengundi lah, calon lah... itu semua binatang2 berwajah manusia... binatang pun tau hormat kepada Hukum Allah... ini lagi bangsat dari binatang... Syaitan dan iblis nak goda manusiapun minta izin dari Allah S.W.T.. diaorang ni punya kurang ajar dengan Allah.. cakap ikut sedap mulut, pandai2 haramkan duit zakat kepada asnaf... sebab nak bodek kepala syaitan punya pasal...

jaki said...

boDOH PUNYA SPR.... DIORANG NI... TAK PERNAH BELAJAR AGAMA NI.... BUDAK TADIKA BOLEH BEZEKAN... HISH GERAMNYA....

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.