Subscribe

UMNO & Hang Jebat : Kedua-duanya Pengecut


Sape Hang Jebat? Penderhaka? Pembunuh? Mementingkan diri sendiri? Mempunyai kekebalan menerusi keris Tamin Sarinya? Aku tak kisah sape dia .Yang pasti kepada aku dia seorang penakut. Nampak saje berani. Nampak saje hebat dalam persilatan . Nampak saje pembela dan taat setia kepada sahabat tapi semua itu tipu dan penakut.

Sebab ape aku cakap Hang Jebat penakut. Sebab utamanya dia menggunakan Istana Raja sebagai kubu dan perisai. Dia tak berani turun ke tanah lapang untuk berlawan dengan musuhnya. Jika dari kubunya(Istana Raja) dia boleh bertindak sorang demi sorang.

Korang ingat raje tak cerdik dan dikelilingi oleh penasihat yang bijak pandai. Kenapa tidak mengepung saje Istana tu apabila tiada bekalan makanan keluarlah seisi Istana tu. Atau bakar saje Istana itu. Tapi kenapa Sultan Melaka tidak bertindak demikian. Mungking dia sayangkan Istananya tapi kenapa dia bina Istana yang baru selepas itu? Mungkin ada khazanah atau pusaka nenek moyangnya tersembunyi di dalam Istana tersebut juga mungkin termusnah. Banyak perkara tersembunyi dan misteri tiada sape2 mahu samada cendikiawan atau pelajar-pelajar membongkarnya atau merungkainya.

Jika pendekar-pendekar semasa itu takutkan keris Tamin Sarinya adalah satu tanggapan yang tidak logik. Tak munasabah dizaman kehebatan kepahlawanan melayu tidak mempunyai ilmu atau pengalaman untuk “menawarkan” kekebalan sesaorang.

Jangan korang terkejut aku nak beritahu bahawa sape yang terpengaruh dan idola dengan strategi Hang Jebat. Dengan “implement” cara Hang Jebat mereka berjaya dan bertahan sehingga ke hari ini.

Sape? Mereka itu ialah UMNO dan BN. Mana istana yang menjadi kubunya. “Istana”/kubu UMNO terdiri dari SPRM, SPR, Polis, Hakim2, media2 dan puak2 terngaga kepada kemewahan. Pencacai jangan perasan jadi istana/kubu UMNO. Demo ade ke tak de samaje jangan perasanlah.

Keris Tamin Sari UMNO adalah Polis. Buat guana pun kerisnya tetap menang. Seperti semasa Tian Chua ditangkap ketika tangannya digari dan dipegang pulak beberapa orang polis logik ke sempat mengigit tangan polis. Itulah betapa bisa keris Tamin Sari UMNO.

UMNO tak berani berlawan secara “gentlement” atau terbuka atau bebas. Jika tidak sudah pasti jadi macam Jepun. Jepun secara “gentlement” atau terbuka atau bebas sebab yang demikian kerajaannya sentiasa bertukar randah.

Jebat takut kepada Hang Tuah sebab ramalan Tuan Gurunya.Adi Putera telah membaca melalui khasafnya bahawa Hang Jebat tumbang di tangan saudaranya. Bagitu jugok ramalan dari seprang ahli bintang terkenal yang pernah meramalkan tumbangnya Musa Hitam dan Kuli maka dia juga meramalkan tumbang Hang Jebat jugok di tangan bekas sahabatnya iaitu Anwar Ibrahim yang akan merangkap Hang Tuah selepas merampas keris Tamin Sari. Bagaimana merampas keris Tamin Sari tu? Tak dapek den nak cakap doh.

Beza Anwar dengan Hang Tuah satu je. Hang Tuah apabila dijatuhkan hukuman mati ia tidak melawan sebab taksub kepada etika persilatan tidak membenarkan menderhaka kepada Sultan atau Tuan. Anwar tidak. Lawan tetap lawan. Sebab apa Anwar bagitu. Anwar mau jadi seperti Hang Tuah sejati yang tidak seperti Hang Tuah dulu kala menjadi hina di zaman moden dan anak cucu cicitnya.

=======================

Budaya politik Malaysia lebih kurang sama dengan Burma, Russia, Iraq dan beberapa lagi yang sewaktu dengannya. Kerajaan mereka adalah sebuah kerajaan penakut macam Jebat. Mana-mana yang menentangnya siaplah engkau. Walaubagaimana pun Malaysia ada sedikit baik dari mereka sebab ada juga kesedaran sorang dua dari pihak kerajaan sendiri dan ada ura-ura mahu membatalkan ISA dan cara2 pengiraan undi-undi pilihanraya di tempat mengundi. Apabila kalah diubah balik asal dengan tujuan untuk membuat sedikit silapmata.

Moral "story" aku tu adalah bertujuan supaya UMNO dan BN lebih berani tunjuklah perkara sebenar. Jangan suka buat tuduh tuduhan seperti menuduh Kerajaan Negeri Kedah di katakan berpeluk tubuh dalam usaha menjaga keselamatan rakyatnya akibat banjir. Pihak Kerajaan Pusat membuat tuduhan supaya rakyat benci kepada kerajaan negeri. Adakah logik rakyat negeri Kedah percaya sebab mereka memerhatikan dan terlibat sendiri dalam suasana tersebut. Media berkenaan hanya boleh menipu rakyat bukan Negeri Kedah.


7 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...

kalau saudara rasa nak bbtol tegakkn Islam, xperlu pertahankn PAS and mengutuk UMNO..dua2 parti Islam Melayu..apa kata, kita carik or ketengahkan cara untuk merapatkn jurang perbalahan ni..UMNO x100% ok..same goes to PAS..since PAS has joined PR, PAS dah lari pon dari perlembagaan asal parti..yang tak mmbenarkan PAS bekerjasama dengan mana2 parti politik, persatuan atau apa ja pertubuhan yang tidak terima Islam..tp mcm ana dgn DAP n PKR?? so, lagi baik, kita org Melayu yang beragama Islam ni, bersatu..tak payah la kita bermusuhan..tu kalau bbtol perjuangkan Islam...coz kena igt gak, selagi PAS bekerjasama dgn DAP n PKR, PR akan jadi pakatan yang lebih memudharatkan..aku org penang, aku tau cina DAP mcm ana..cuma aku harap, org Melayu cukupla berpolitik...mmg PAS ckp, Islam dulu baru bangsa..tp kena igt, dlm Quran Allah ada sebut perkataan bangsa malah, Allah dah ckp, Allah takkn ubah sesuatu bangsa (tak kira agama apa pun) selagi bangsa tu tak berubah sendiri..so, walaupun agama 1st, tp Islam di Malaysia ni majoriti dianuti oleh org Melayu..kalau Melayu berpecah, mcm ana Islam nak ditegakkn?? Allah takkn ubah nasib agama Islam di negara ni selagi bangsa Melayu tak berubah...

Anonymous said...

mcm mana pemimpin pembangkang yang menghasut kerajaan dengan persepti negatif?? bukan kah sama seperti tindakan kerajaan persekutuan yang menghentam kerajaan kedah?? sama ja kedua2 tu..so, kalau sedara meluat dan benci dgn federal government, stop cacai federal..then, buktikan PAS betul2 ikut Islam..insyaAllah, PAS boleh tadbir..kalau SPR tak betul jalankan kerja, masakan Kedah, Penang, Selangor, Perak dan Kelantan dibawah PR?? tolong la rasional..

Anonymous said...

kehkehkeh.. cacai umno gatal badan dah. Panas noh?? kehkehkeh

Anonymous said...

anon 9.38, jwb ja soklan aku..xpyh terus hentam..aku xsokong pon 100% UMNO..dulu aku hormat PAS..tp start dgn DAP, sorry..aku tak respek..tp aku takda la 100% tak trima teguran PAS..ko kena rasional...kalo ko bbtol ikhlas pasal Islam..

Anonymous said...

Arwah ustaz Fadhil Nor penah ckp, biar parti kalah, asal Islam menang..

Pas skrg dh xsama mcm zaman dia terajui dulu..skrg makin mengarut..ni semua, pertunjuk Allah...Allah Maha Adil..

Anonymous said...

Kalo UMNO tak betul, PAS tak betul, semua tak betul, hang ingat hang sorang betul leh tegak Islam kah ??? kah kah kah..

Dasar pencacai UMNO macam ni lah.. Mula mula cakap boleh terima UMNO tak betul,,lepas tu pulak dok maki PAS,, tak pulak cakap nak betulkan UMNO yang tak betul.. kah kah kah..

Dasar cacai panas badan..

Anonymous said...

ermm...dah sume nye salah jom la betulkan balik...tengok plak sape yg betul dan sape yg salah..hahaha..

sifat manusia..hihihihihi

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.