Subscribe

Wanita UMNO : Shahrizat Mahu Seks di Sekolah

Klik Pada Gambar Untuk Besarkan

AKHIR-AKHIR ini bertubi-tubi Kementerian Pelajaran diasak dan disarankan agar pendidikan seks dimasukkan dalam kurikulum sekolah, kononnya untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang bahayanya mengandung anak luar nikah dan mengamalkan seks sebelum berkahwin. Lebih penting adalah untuk mengawal gejala buang bayi yang menjadi-jadi sekarang ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil turut mengulangi gesaan supaya Kementerian Pelajaran bertindak segera memulakan pendidikan seks itu manakala kementerian tersebut pula masih menimbangkan dan menunggu maklum balas daripada pihak-pihak yang lain.

Tetapi apakah benar pendidikan seks tidak diajar di sekolah-sekolah selama ini? Atau pendidikan seks yang macam mana yang dikehendaki oleh para pendesak ini? Selama ini apakah jenis pendidikan yang diterapkan dalam matapelajaran Sains dan Pendidikan Islam mengenai seks? Bukankah itu adalah satu cabang pendidikan seks?

Dalam matapelajaran Sains dan Sains Kesihatan di sekolah telah ada topik-topik tentang alat-alat kelamin lelaki dan perempuan. Para pelajar telah melihat dan melukis dan membuat lakaran serta nota tentang perkara itu.

Mereka telah diajar bagaimana alat-alat kelamin itu berfungsi dan apa hasilnya jika persenyawaan berlaku antara sperma lelaki dan telur dari benih perempuan. Para pelajar telah mempelajari mengenai kitaran haid dan keberkesanan sperma lelaki. Mereka juga telah didedahkan mengenai proses mengandung dan proses kelahiran melalui matapelajaran Sains dan Pendidikan Islam.

Malah dalam Pendidikan Islam telah diajar tentang halal dan haramnya perhubungan intim di luar nikah dan telah diajar juga tentang status anak yang lahir di luar nikah.

Jadi apa namanya pendidikan yang disebutkan itu? Atau pendidikan seks yang macam mana yang dikehendaki oleh Shahrizat itu? Adakah beliau dan pihak-pihak lain yang mendesak ini mahu para pelajar didedahkan dengan kaedah melakukan seks secara selamat ataupun bagaimana mengelak diri dari mengandung? Atau mereka mahu diajar tentang kaedah memakai kondom dan ubat mencegah kehamilan?

Dari Keratan Akhbar :

Kementerian Pelajaran disaran memasukkan pendidikan seks dalam kurikulum pembelajaran di sekolah ekoran peningkatan kes buang bayi dan pelbagai gejala sosial di kalangan remaja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, maklum balas diterima kementeriannya menunjukkan masih ada remaja yang tidak memahami implikasi yang mungkin berlaku jika mereka melakukan hubungan seks di luar nikah.

"Kita anggap rakyat di negara ini terpelajar dan serba tahu tetapi maklum balas diterima kementerian membuktikan masih ada anak muda terutama wanita yang tidak tahu mereka boleh mengandung dan akan berhadapan pelbagai implikasi jika melakukan hubungan intim.

"Disebabkan itu, kita minta Kementerian Pelajaran menimbangkan perkara ini. Kita tidak boleh menyapu isu ini di bawah karpet dan perlu menghadapinya sebaik mungkin.


"Kita perlu berani memberi pendidikan tentang implikasi dari sudut sains dalam kurikulum sekolah mengenai apa akan berlaku jika mereka melakukan hubungan intim," katanya ketika ditemu bual pada program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam ini.

Mengulas desakan sesetengah pihak agar kerajaan mewujudkan rumah perlindungan untuk bayi terbuang, Shahrizat menjelaskan, kementeriannya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.


Menurutnya, jika rumah perlindungan itu diwujudkan, ia seakan memberi isyarat negatif kepada masyarakat selain bimbang langkah tersebut akan disalah tafsir.


"Apa pun, jika ada berlaku 'sesuatu', ibu bapa atau ahli keluarga lain boleh beritahu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan mengambil anak itu dan memastikan mereka selamat dan terbela kerana kita ada rumah kanak-kanak dan institusi tertentu.

"Sebagai kerajaan prihatin, kita juga membelanjakan jutaan ringgit untuk membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat amal dalam perkara ini. Pergilah jumpa mereka untuk minta bantuan atau jumpa saja Ketua Wanita UMNO setiap cawangan dan mereka akan bantu melalui Skuad Sayang," katanya.

Sementara itu, Shahrizat memberitahu, setakat ini sebanyak 12 kes pembuangan bayi diterima kementeriannya dengan separuh daripada bayi tersebut meninggal dunia sebelum sempat diselamatkan.

5 comments:

Anonymous said...

Sharizat anak Mami ni memang pompuan gedik..dah le semakin tua..tak sedar diri beria2 ckp pasal Shout Awards mlm tuh..tweet2 dgn menantu Pak Lah lagi..tak heranlah kalo anak mami sorang ni nakkan seks di sekolah..sedorlah..pompuan..awak tu dah semakin tua nak pencen..umur pun dlm kategori Borrowed Time...kau duduk jelah diam2..jgn nak tergedik2..

Anonymous said...

minah tak lakuu...

ummizikryzofry said...

dulu masa subjek sains ting 3 dah diajar...pompuan tua tak sedar diri ni taknak dengar betul2, tak belajar betul2...kang dah kemaruk nak suruh ajar2 lagi...belek jer buku sains tingkatan 3 bab reproduktif tu...sume dah ada...bodo benarlah remaja yang tak tau seks boleh sebabkan ngandung...apa payah2 nak ngajar kat sekolah...buat iklan kat TV la...takpun buat banner besar2 every 5 km...saying: "jangan berzina oooi, karang ngandung tak pasal2...tp jgn bimbang, sekolah termengandung Melaka sedia membantu!"

Anonymous said...

Orang buta akai je yang menulis artikel nie...selagi barang tak naik nak bersaing dengan negara lain macam mana bertambah la hutang negara kalo undi penipu rakyat cam hang nie sah negara nie kena juai dah....Toya macam hang je suka wat teruk...

Anonymous said...

Shahrizat ni memang shehrezade, kuat sex dia ni., lawan dia Mandigo jer...

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.