Subscribe

Warak Si Lebai Zulkifli Nordin


Teringat saya sebuah hadis mengenai seorang lelaki Bani Israel yang membunuh 99 orang. Dia menemui seorang rahib supaya membimbingnya untuk bertaubat. Namun rahib itu membuat kesimpulan, pintu taubat untuknya telah tertutup. Rahib itu pula dibunuhnya, genap 100 orang.

Selepas itu lelaki itu menemui seorang alim. Orang alim itu memberi harapan kepadanya bahawa pintu taubat sentiasa terbuka untuknya. Dia dibimbing supaya membina hidup baru dalam suasana yang lebih baik. Dia disaran supaya menetap di tengah-tengah orang soleh.

Namun lelaki itu mati ketika dalam perjalanan ke tempat yang ditunjukkan oleh orang alim itu.Mayat lelaki itu menjadi rebutan antara malaikat azab dan malaikat rahmat.

Setelah dihakimi oleh malaikat lain, akhirnya lelaki itu diserahkan kepada malaikat rahmat. Kisah ini diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya, bab ‘Diterima taubat pembunuh sekali pun ramai yang menjadi mangsanya’.

Rahib yang memutuskan bahawa pintu taubat untuk lelaki itu tertutup sama seperti ‘Lebai’. Gelaran lebai diberikan oleh masyarakat Melayu kepada mereka yang sering berkupiah atau berserban, sering memimpin upacara keagamaan setempat.

Lebai biasanya warak, gemar beribadat, boleh mengajar agama, walau pun tidak boleh berbahasa Arab. Jika ada yang boleh berbahasa Arab, dalam masyarakat Melayu, mereka tidak dipanggil lebai tetapi dipanggil tok guru.

Kadang-kadang warak lebai mengatasi warak tok guru. Lebai berjalan tunduk, mengelak jauh jika ternampak anjing takut terkena najis, makan dengan tiga jari, tidak suka duduk di atas kerusi ketika makan dan sangat sensitif dengan babi.

Babi bukan sekadar tidak boleh dimakan, menyentuhnya pun tidak boleh. Bahkan terhidu baunya pun dikira suatu kesalahan. Kalau ada lori anjing lalu, dia menyingkir takut terpercik air babi yang lalu. Babi adalah najis.

Seorang MP Malaysia, dengan kupiah putih yang tidak pernah lekang, nampak warak, kalau dia duduk di kampong zaman dulu-dulu tentu dia akan dipanggil lebai. Tentu tahlil, cukur kepala, doa pulut kuning akan diserah kepadanya untuk mengetuainya.

Lebai akan dicari apabila ketiadaan atau keuzuran tok guru. Selama ada tok guru, biasanya lebai hanya menjadi pengikut sahaja. Kalau lebai ada semajlis dengan tok guru, biasanya tok guru akan meminta lebai mengendalikan tahlil. Itu memang sesuai dengan lebai.

Tetapi orang tidak bertanya masalah agama kepada lebai. Orang juga jarang berguru masalah agama dengan lebai. Masalah agama terutama yang berat-berat tetap dirujuk kepada tok guru. Lebai dicari untuk tahlil dan upacara pulut kuning sahaja.

Orang tahu, lebai baik tetapi lebai bukan tempat merujuk masalah agama. Jika masalah agama dirujuk kepada lebai, dibimbangi jawapannya adalah sama macam jawapan rahib kepada lelaki Bani Israel tadi. Benda yang boleh dikata tidak boleh dan benda yang masih terbuka dikata tertutup.

Lebai ingin membuktikan kepada semua orang bahawa dia warak dan sentiasa warak, walau pun waraknya itu tidak ditunjangi ilmu. Akhirnya, jika berdasarkan warak saja, lebai membuat keputusan yang salah.

Lelaki Bani Israel tadi pada awalnya bertanya kepada lebai, dan jawapan lebai itu memakan dirinya sendiri. Namun lelaki itu beruntung sebab selepas itu dia bertemu dengan tok guru – orang alim.

Orang alim tersebut membuka jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya. Jika masalah agama dirujuk kepada lebai yang jadi MP Malaysia itu, alamatnya makin jauhlah manusia daripada Islam.

2 comments:

Anonymous said...

si katak kulim nie boleh laa juga sama dgn lebai serabai.....ada otak tak dak akai.....macam pulut dgn tapai.....koi bercakap koi dok mamai........padan sangat ngan roti kirai......sekali usik dah berkecai.......

kah kah kah..........

Anonymous said...

dia ni takdak pa pun..otak berserabai dok bantai PR.. lupa asal usul.. ingat lagi hebat habis ulamak dimaki hamun..bodoh mamat zul

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.