Subscribe

Anwar Digantung: Pakatan Rakyat Akan Bawa Speaker Ke Mahkamah

UALA LUMPUR 16 DIS:Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Usul itu diluluskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sebelum ini mengemukakan syor supaya penasihat PKR itu dikenakan tindakan itu kerana didakwa membuat kenyataan tidak benar.

Ahli Parlimen Pembangkang keluar dewan sebelum pengundian menyatakan bantahan terhadap keputusan Speaker.

Speaker didakwa gagal melaksanakan tugas kerana arahan telah diberi oleh Barisan Nasional(BN).

Pakatan Rakyat juga mendakwa Speaker hilang kelayakan dari segi integriti, tiada amalan demokrasi dalam parlimen. Pakatan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat untuk membincangkan apa tindakan selepas ini.

"Speaker cuba kelirukan parlimen. Memalukan dalam sistem parlimen. Saya sudah siapkan dokumen untuk mendedahkan penglibatan Umno dengan Apco. BN mahu rampas kuasa parlimen melalui 2/3 majoriti. Kita akan fokus konvesyen dan akan memberi penjelasan kepada rakyat. Ini cabaran kepada PR. Sudah cukup, Speaker tidak profesional dan bias," dakwa Anwar.

Sementara itu Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh akan membawa perkara ini ke mahkamah.

"Kita tidak mahu beliau terlepas dari perkara ini untuk masa depan. Counter productive to BN," katanya ini sebagai pelangaran hak asasi dan demokrasi.

Dewan Berantakkan: Speaker Enggan Undur Diri

Dewan Rakyat hari ini berantakan apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia enggan berganjak dari pendiriannya untuk tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya dari hukuman gantung selama enam bulan.

Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat bingkas bangun menuntut penjelasan, namun permintaan mereka tidak dilayan. Placard(sepanduk) dibawa masuk ke dalam Dewan, menuntut proses keadilan dipulihkan.

Kedengaran juga laungan mengesa agar speaker mengundur diri dari mempengerusikan sidang pada hari ini.

Pakatan Rakyat turut mempertikai dimana letaknya kemuliaan Dewan Rakyat, tanpa demokrasi, tanpa kedaulatan undang-undang, tanpa keadilan.

Mercu legislatif bertukar tidak bermaya tanpa kehadiran Pakatan Rakyat yang tidak mahu bersekutu dengan ketidakadilan.

Barisan Nasional melalui majoriti 137 wakil rakyat menyokong usul menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan memperdayakan Dewan Rakyat dengan mendakwa firma perunding Apco Worldwide yang dilantik Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mendakwa konsep 1 Malaysia diambil dari 1 Israel.

Usul menggantung Anwar tidak dibahaskan kerana Pandikar mendakwa kedegilan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat menunjukkan mereka tidak mahu bekerjasama membahaskan usul itu.

"Kita akan teruskan dan membuang undi, tanpa membahaskan usul ini," kata Pandikar disambut laungan setuju dari wakil-wakil rakyat BN.

Ketika berita ini ditulis, Ahli Parlimen Barisan Nasional sedang berbahas sama-sendiri, menghamburkan kecaman terhadap Pakatan Rakyat dan melontar retorik untuk disambut satu sama-lain.

Manakala semua wakil rakyat pembangkang keluar membantah tindakan Speaker yang enggan membenarkan Anwar membela diri.

Pakatan Rakyat berkeras mahu Pandikar mengundurkan diri dan mempersoalkan samada tindakan Speaker itu kerana "kepentingan lain".

Speaker dikatakan berlindung disebalik aturan mesyuarat yang meminta wakil rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka melalui cadangan usul.

Pandikar bagaimanapun dikecam kerana usul-usul yang dibawa Pakatan Rakyat berhubung isu ini ditolak mentah, meskipun telah mengikut saluran yang sah.

Dalam sidang akhbar di ruang legar Parlimen, plakard yang dibawa oleh salah-seorang wakil rakyat tertulis, "Selamatkan Malaysia, Selamatkan Dewan" manakala satu lagi tertera perkataan berikut: "ikut telunjuk Apco".

Kekecohan dalam dewan menyebabkan Speaker bercadang untuk menggunakan peraturan 44 bagi membolehkan semua Ahli Parlimen Pembangkang dikenakan hukuman gantung dewan.

Pada ketika ini semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan.

Hari ini adalah hari terakhir Parlimen bersidang, dan dijangka yang terakhir sebelum ia dibubarkan tahun hadapan.

Anwar, dan tiga wakil rakyat yang lain menghadapi hukuman gantung enam bulan.

Ahli Parlimen Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Karpal Singh dikenakan tuduhan menghina kerana mengkritik perjalanan berat-sebelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Jawatankuasa tersebut dikecam kerana enggan membenarkan Anwar mengemukakan bukti, dokumen dan saksi bagi membantu hujahnya berhubung kaitan Umno dan firma perunding berkaitan Zionis, Apco Worldwide.

Manakala Ahli Parlimen Azmin Ali juga menghadapi hukuman yang sama kerana mempertikaikan keputusan Speaker menolak usul membincangkan kepincangan itu.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mencabar Speaker Dewan Rakyat, Tan Seri Pandikar Amin meletakkan jawatan sebagai Yang diPertua Dewan kerana gagal menjalankan tugas secara adil dan saksama.

Speaker Pandikar Amin Mulia dituduh sedemikian kerana menafikan seorang wakil rakyat membela diri dari hukuman.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi hukuman gantung enam bulan selepas beliau dihadapkan ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen untuk menjawab kenyataanya berhubung hubungan Umno dan firma kaitan Zionis, Apco Worldwide.

Sementara itu, tiga lagi wakil rakyat juga turut menghadapi hukuman yang sama.

1 comment:

Anonymous said...

Bawa jabgan tak bawa. Puak2 puaka ni kena diajar cikit.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.