Subscribe

Anwar Kemuka Bukti Syarikat Zionis Apco Penasihat Perdana Menteri


PETALING JAYA 17 DIS: Sehari selepas digantung dari Parlimen, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti yang cuba ditutup oleh Perdana Menteri Najib Razak mengenai hubung kait Umno-Barisan Nasional, syarikat pro-Zionis Apco Worldwide dan gagasan 1Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pihaknya kecewa kerana Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan pihak Pakatan Rakyat memberi penerangan terhadap isu Apco yang mengakibatkan beliau dan tiga lagi ahli Parlimen digantung tanpa diberi peluang membela diri.
Anwar berkata hakikat Apco beroperasi di bawah nama Myteam sejurus untuk menasihati Najib tidak pernah disangkal oleh Perdana Menteri.

"Operasi mereka sebelum itu adalah (di bawah nama) Myteam. (Portal berita) Malaysian Insider memberi keterangan jelas wakil bahawa Apco menasihati Najib tentang 1Malaysia. Tiada penafian dari Najib. Apco nafi terbabit dengan Israel. Saya buktikan dokumen (yang mengaitkan) kerajaan Israel dengan Apco. Apa isunya? Isunya Umno tuduh orang lain agen Yahudi, tapi mereka sendiri meterai perjanjian( dengan syarikat Yahudi)," kata Anwar.

"Saya ulangi, 12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Tapi saya buktikan bahawa mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi, tapi juga syarikat yang berpengkalan di Israel.

"Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri(PM)," kata Anwar.

Selain Anwar, turut digantung enam bulan adalah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali, Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa, dan Pengerusi DAP Karpal Singh.

Anwar menegaskan penggantungan ketiga-tiga rakannya itu amat tidak adil . Contohnya Azmin dihukum hanya kerana menyentuh mengenai surat dari Apco yang digunakan sebagai asas untuk menghukum Anwar.

" Dia tidak menyiarkannya pun. Apa Apco ini? Dewata raya ke? Bahkan Apco tidak ditegur kerana tidak dapat sertai jawatankuasa," kata Anwar.

"Mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Apco jangan bersekongkol dengan Umno. Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlimen digantung tanpa proses yang waja "tegas Anwar

1 comment:

Anonymous said...

semoga APCO+UMNO sama2 terkubur

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.