Subscribe

CheguBard: Terus setia dengan KEADILAN dan terus berusaha menegak keadilan


Beberapa hari ini saya dihujani email, sms dan panggilan telefon bertanyakan mengenai betulkah saya meninggalkan KEADILAN dan menyertai sebuah parti lain bersama Zaid Ibrahim. Malah ada sms dari beberapa nombor (hantu) tak dikenali dengan sengaja menghantar masej sindiran-sindiran yang agak kasar.

mengucapkan tahniah kepada Zaid yang telah memilih "kenderaan" politik baru baginya. Saya dan teman-teman menghormati pendirian yang beliau ambil dengan menyertai AKIM dan kemudian melalui mesyuarat agong tergempar beliau terpilih sebagai Presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA).

Sekurang-kurangnya beliau melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan pertahan prinsip yang beliau yakini. Sebagai seorang yang pro-demokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif. Saya juga berharap Zaid dapat menggunakan "kenderaan" politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi, mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat. Saya juga yakin selagi beliau dan teman-temanya berpegang pada prinsip memperjuangkan rakyat maka beliau punya peranan dan kekuatan penting dalam lanskap politik negara. Saya ada sedikit keyakinan beliau bukan seperti kawan-kawan yang lain yang keluar dari KEADILAN yang hanya dijadikan alat regim seperti sebelum ini.

Saya dengan ini ingin menjawab dengan tegas tohmahan yang dilemparkan kononnya saya meninggalkan parti dan dipujuk oleh Zaid dengan bayaran tertentu. Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang dari Zaid sebanyak RM400,000 kononya bagi menyokong beliau.

Mungkin menghormati saya Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain. Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada KEADILAN tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik "menyapu" semua masalah dibawah karpet.

Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayngkan negara ini kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya.

Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam keadilan belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN sebur mekar maka kita perlu keberanian mendesak.

Saya menerima nasihat Setiausaha Agung iaitu sabar dan jangan buat bukan-bukan. Namun sampai bila saya harus menanti...

 Saya tegaskan ini bukan persoalan kewangan atau jawatan kerana itu saya tegaskan saya tolak semua lantikan. Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu.

Namun saya juga ingin berpesan kepada teman-teman saya yang bersama berkongsi aspirasi ini agar turut bersabar dengan sindiran dan cubaan provokasi pihak tertentu... mereka ialah golongan yang tidak mahu suara pendesak ada dalam KEADILAN, mereka mahu kita lakukan sesuatu tak terkawal untuk mudah mereka mencari alasan menyingkirkan kita.

 Ingat KEADILAN ini parti rakyat, ia parti kita... kerana itu saya dan teman-teman yang berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat.

*Kenyataan CheguBard (Badrul Hisham Shaharin) yang dipetik daripada blognya.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.