Subscribe

Isu Melacur Ketika Darurat: Fadhilah Kamsah dan Mashitah, Sama saja!!


Saya daripada dulu lagi tidak suka dengan Dr Fadhilah Kamsah apabila teori asas nombor yang meramalkan mengenai kehidupan seseorang diperkenalkan kepada masyarakat. Teori ini adalah berdasarkan kepada tarikh lahir atau bintang/zodiak tertentu kemudian dikaitkan dengan kehidupan seseorang. Nyata ia jelas syirik.

Dr Danial Zainal Abidin (seorang pakar dalam kajian hubungan Quran dan Sains) mengatakan bahawa orang yang beriman dengan Astrologi dan Numerologi adalah syirik secara jelas. Beliau bertegas dalam hal ini memandangkan ia menjadi topik yang sensasi di kalangan masyarakat hinggakan begitu ramai rakyat Malaysia beriman/mempercayai dengan ramalan karut ini.

Kini, Dr Fadhilah Kamsah sekali melacurkan hukum Allah dengan berfikir menggunakan otak tanpa acuan Quran dan Sunnah dalam menghukumkan sesuatu. Kini soal melacur. Dr Fadhilah Kamsah sependapat dengan Dr Masyitah, yang mengatakan tidak ada salahnya melacur sekiranya berada dalam keadaan DARURAT. Untuk melebihsedapkan penghalalan ini maka diseimbangkan balik kenyataannya dengan mengatakan:

"Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita"

Ini bukan soal siapa-siapa yang mahu menghukum. Tapi soal perkara yang sudah jelas HUKUM dalam Quran dan Sunnah, dan Allah sudah menghukumkan perbuatan ini sebagai perbuatan zina yang haram secara mutlak. Mencari pendapatan dengan melacur tetap haram sekalipun dalam darurat. Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Negeri Perak telah lama membicarakan dan mengharamkan. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam Bab 2.4.7 Pekerjaan dan Pendapatan yang Dibenteras oleh Islam, juga menjelaskan seperti berikut:

Pelacuran adalah salah satu mata-pencarian yang dibolehkan di negara-negara Barat dengan diberinya izin dengan syarat si pelakunya harus memberikan jaminan kepada pemilik kedai itu dan memberikan hak-hak mereka. Begitulah situasi ini pernah berlaku pada zaman dahulu sampai datanglah Islam untuk menghapus itu semua. Islam tidak memperkenankan seseorang dengan bebas untuk menyewakan kemaluannya.

Sebahagian orang-orang jahiliah ada yang menetapkan upah pekerjaan harian hamba-hamba perempuannya dan hasilnya supaya diserahkan kepada tuannya dengan jalan apapun. Seringkali menjurus kepada perbuatan zina, supaya dia dapat membayar apa yang telah ditetapkan atas dirinya itu. Bahkan sebahagian mereka ada yang sampai memaksa, semata-mata untuk mencari keuntungan duniawi yang rendah itu dan bekerja yang jijik dan murahan.

Maka setelah Islam datang, seluruh anak-anak, putera mahupun puteri diangkat dari perbuatan yang hina itu. Kemudian turunlah ayat yang mengatakan: “Jangan kamu paksa hamba-hambamu untuk melacur jika mereka memang ingin dirinya terjaga, lantaran kamu hendak mencari harta untuk hidup di dunia.” (an-Nur: 33)

Ibnu Abbas meriwayatkan, sesungguhnya Abdullah bin Ubai kepala munafiqin, datang kepada Nabi sambil membawa seorang hamba perempuan yang cantik jelita, namanya Mu'adzah, kemudian ia berkata: Ya Rasulullah! Ini adalah hamba milik anak yatim, apakah tidak tepat kalau kau suruh dia untuk melacur supaya anak-anak yatim itu dapat mengambil upahnya? Maka jawab Nabi: "tidak" (Lihat Tafsir Razi 23: 220).

Dengan demikian, maka Nabi melarang mencari mata pencarian dengan usaha yang kotor ini, betapapun tingginya bayaran yang diperoleh. Baginda pun tetap tidak memperkenankan setiap apa yang dikatakan kerana terpaksa, kerana kepentingan atau untuk mencapai sesuatu tujuan. Motifnya supaya masyarakat Islam tetap bersih dari kotoran-kotoran yang sangat membahayakan ini. Jika kita dipaksa keluar dari Islam dengan ancaman membunuh maka Islam membenarkan berbuat demikian (lihat Al-Nahl 16:106). Hal yang sama tidak boleh diaplikasi dalam hal pelacuran atau zina. Dalam hal darurat pun melacur untuk meneruskan hidup tetap haram.

Inilah padahnya bila mengkiblatkan pemikiran kearah kebaratan secara keterlaluan. Saya berharap semoga Dr Fadhilah Kamsah menarik balik kenyataan jahilnya itu dan bertaubat nasuha kepada Allah.


Beri Dia Masa, Bukan Paksaan - Harian Metro

KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan mengenai seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.

Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.

“Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu. “Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan. “Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.

Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri.

“Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita.

“Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah,” katanya.

Beliau turut menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.

“Saya percaya wanita ini mempunyai masalah dalaman yang agak sukar diungkapkan kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, masyarakat sekeliling harus membantunya keluar dari pekerjaannya ini dengan memberi sokongan dan dekati diri mereka sebagai rakan akrabnya,” katanya.

25 comments:

ustaz_praktikal said...

Ini lah jadinya bila bukan ahli agama memberi pandangan.. Mengapa tidak ditnya pada orang2 agama dalam soal suzie ni. mengagapa Dr fadilah kamsah ?? Darurat sebagai alasan ?? Alangkah miskin nya negara Malaysia ni.. Dr fadhilah kamsah, Dr mashitah.. 2 nama yg cukup hebat di mata pndang masyarakat.. Tidak bolehkah menggunakan nama dan imej kalian untuk mmbantu mmberi pekerjaan yg baik utuk mereka2 ini ??? Gunakan lah nama kalian untuk kebaikan dan bukan menghancurkan lagi ISLAM.

KasiHentam said...

itu baru soal melacurkan, belum masuk lagi soal taubat. Fadilah Kamsah ada kata:

"Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita"

Gamaknya bila sudah bosan berzina, maka bertaubatlah. Kan Allah maha pengampun. Begitu ye?

Anonymous said...

ntahlah Malaysia...tp nak cakap ckit kat kasi hentam...sedara janganlah tulis seolah2 memainkan sifat ALLAH..ALLAH itu maha pengampun...memang ALLAH akan mengampunkan dosa hambanya selagi hambanya itu ikhlas...dan bertaubat...sedara kenela yakin kepada perkara itu bukan menyindir...

Anonymous said...

1.astagfirullah, saya mengigatkan diri saya dan tuan tuan tentang perkara ini islam terang- terang dan sejelas jelasnya telah menarangkan nya- saya dan tuan - tuan perlu menjawab sikit sahaja iaitu melacur hukumnya haram disisi Allah dan rahmatnya mengatasi kemurkaanya dan keampunannya sentiasa terbuka selagi nyawa tak sampai kekerongkong.Wallahualam.(susah sangatke)?

Anonymous said...

johan @ fadzilah kamtumi lg bagus...

Anonymous said...

Apa ke jadi wak jawa ni. Cakap ikut sedap dan lojik sahaja, tiada hujah dari kajian al-quran dan Sunnah. Dia ni motivasi boleh tapi agama banyak lagi nak kena buat rujukan...

Anonymous said...

Marilah kita bersangka baik dan berlapang dada. Pada pandangan saya pandangan Dr Fadhilah adalah nasihat seorang kaunselor kepada pelanggannya. ITU BUKANNYA FATWA BELIAU. Mengapa saya berpendapat begitu ?
1. Saya cuba menyelami masalah saudari Suzie. Bukan mudah hendak menyelesaikan masalah beliau. Kalau dah biasa melakukan perbuatan dosa itu, bukan mudah nak tinggalkan segera. Cakap mudahlah, taubat nasuha. Berapa ramai yang nak taubat nasuha selepas bertaubat buat semula kesalahan yang sama. Contohnya hukum merokok adalah haram. Tetapi berapa ramai kalangan orang Islam yang masih merokok. Cakap mudah, tinggalkan lah tabiat merokok itu. Yang dahsyatnya ada yagn faham agama tapi masih merokok. Ada yang berkobar-kobar hendak menegakkan hukum Hudud, tapi masih berkepul-kepul asap semasa dengar ceramah agama. Cakap suruh bertaubat nasuha tu memanglah mudah sebab tak kena pada diri kita.
2. Jika budak sekolah mengandung, maka ditubuhkan sekolah mengandung. Jika penagih dadah ditubuhkan PUSPEN. Jika budak sekolah rosak akhlak, maka ditubuhkan sekolah pemulihan akhlak. Tetapi untuk GRO, mana ada pusat pemulihan akhlak untuk mereka ini. Kepada jabatan agama islam atau majlis agama Islam atau pihak-pihak yang berkenaan , mengapa tidak tampil untuk menyelamatkan saudari Suzie kita ini ? Jika kita sayangkan umat Islam khasnya Melayu kita, mengapa tiada yang tampil untuk membantu. Yang ada sumpah seranah. Menghukum orang tu tak betullah dan sebagainya. Saudari Suzie kita ini perlukan bantuan kita semua. Mengapa kita semua tidak sudi untuk membantu beliau. Kalau boleh ada lelaki yang sanggup mengambil Suzie menjadi isteri dan didiklah dia ke arah jalan yang betul. Di manakah kita untuk membantu ?
Wallahu'alam...

Anonymous said...

Kalo nak nasihat bukan dengan cara itu Padilah Kamsah. Itu namanya menghalalkan. Antara ko dengan pak mufti, antara ko dengan Yusof Qardawi jauh bezanya dari segi ilmu agama. Engko yang kurang ilmu agama taqlid sahaja pada mereka yang alim agama. Jangan nak buat kepala tau hukum hakam lepas tu mula buat fatwa sesuka hati melibatkan perkara dosa besar yang diharamkan Islam dan juga dikhabarkan haram oleh Pak Mufti dan Alim ulama.

Cuba hangpa pikir,bila dah jual badan, confirm setiap bulan lebih daripada 2 ribu ringgit (kalo sehari dapat RM100). Itu dah tak jadi darurat dah. Itu namanya gila jantan disamping nak idup mewah.

Sepatutnya orang macam ko PadilaH Kamsah, bagi cadangan supaya Cik Suzie bertaubat disamping mencari kerja yang halal. Cari kerja sebagai tukang sapu ke, kerja sebagai tukang cuci ke, atau apa-apa sahaja asalkan halal. Bukan dengan menjual badan. Betapa ramai orang perempuan jadi tukang sapu,tukang cuci lantai, dan lebih daripada tu sampai memungut tin tin kosong di kawasan sampah demi mencari rezeki halal. Tidak pula depa melacurrrrrrr macam Suzie ni.

Kepada Anon, December 13, 2010 1:54 PM, kalo nak bela Padilah Kamsah sekalipun,janganlah jadi bodoh sangat bila keluarkan idea.Ko dengan Padilah Kamsah sama-sama liberal,pakai otak lebih daripada Quran hadis. Kalo Allah kata haram maka haramlah. Ko nak halalkan ko nak lawan tuhan ke??

Jika Suzie mengalami masalah kewangan, bantulah dia dengan duit. Kerajaan UMNO hang kan banyak duit. Bukan dengan bagi cadangan menghalalkan jadi pelacur kerana darurat.

Yong said...

Yong sokong anda. Yong pun memang tak pernah gemor pada mamat sorang ni. Entah kenapa ade orang yang terpengaruh dengor citer dia yang gaya macam penjual ubat ni.

Kalau muka dia kuar TV, Yong tukar saluran, kalau dengor suara dia kat radio, Yong tukar ke CD dengor mengaji quran, lagi baik.

tabligh said...

Salam semua,

Banyak jugak umat Islam terkeliru dengan masalah dharurat ini. Jika dharurat berlaku, perkara yang haram dibenarkan oleh Allah hanya untuk menjaga nyawa saje. Itu pun tidak boleh berlebihan hanya sekadar dapat bertahan. Perkara ini tertera didalam AlQuran mengenai ketiadaan makanan lain hanya ada babi saje. Oleh sebab menjaga nyawa itu penting, dibenarkan makan babi.Perlu diingat keadaan orang itu berada(keadaan sekelilingnya)yang menjadikan hal dharurat itu terbit.

Cuba anda semua fikirkan suatu keadaan yang terbit/timbul(dharurat)yang kita kena lakukan untuk menjaga nyawa. Untuk perhatian semua,menjaga nyawa(tak makan mati) tidaklah sama dengan menjaga keperluan/kehidupan.

Jadi,si Suzie ini melacur untuk menjaga keperluan/kehidupan bukan menjaga nyawa.Dalam keadaan hidup disekeliling manusia tentu sekali makanan(untuk menjaga nyawa) senang didapati. Kita tanya balik,apakah jika tidak melacur dia akan mati? Oleh yang demikian,itu bukanlah sesuatu yang dharurat.

Ada satu istilah agama yang dipakai iaitu mengambil yang kurang mudharat kepada yang lebih mudharat. Mungkin si Suzie ini menggunakan keadah ini. Mungkin anda semua tidak menyetujuinya kerana anda tidak berada dalam situasinya.

Baik,saya mengatakan bahawa anda jugak seperti si Suzie ini! Mengapa? Anda semua tahu bahawa RIBA ITU HARAM tapi anda jugak membeli rumah,membeli kereta melalui BANK RIBA kecuali dengan BANK ISLAM. Bukankah anda jugak menggunakan istilah agama itu? Masalah dharurat sememangnya tidak boleh pakai kerana anda tidak akan mati jika anda tidak memiliki rumah atau kereta. Membeli rumah bukanlah untuk menjaga nyawa.Itu lebih kepada keperluan/kehidupan.

Renungkanlahhh............

Wassalam.

Rahman said...

no point.... sudah-sudah la tu ....

Anonymous said...

mengikut pendapat saya.. fadhilah khamsah dan masyitah mungkin menggunakan keadah fiqh ini " hardship beget facilities" iaitu kemudahan dilepaskan dengan kesenangan.. kaedah dan peryataan ini tidak salah cuma cara penyampaian yang salah..contohnya, dalam keadaan terdesak dan darurat.. sperti meminum arak di sebabkan kehausan dan kehausan ini boleh menyebabkan kematian. kadar yang boleh diminum hanyalah sekadar menghilangkan kehausan.. jika terlebih daripada kadar tersebut adalah haram.. begitu juga dengan riba.. pembelian rumah melalui bank konvensional akan melibatkan riba.. walaupun riba adalah haram..tetapi ia bleh dilakukan tetapi atas nama terdesak sahaja.. tetapi kita lihat sekarang.di dalam dunia serba lengkap.. tiada lagi istilah terdesak..contohnya dengan adenya bank2 islam sebagai pegganti bank konvesional..

dua contoh ini dapat kita simpulkan melalui isu ini iaitu melacur dibolehkan jikalau terdesak.. seperti yang saya katakan.. isu darurat adalah mustahil untuk sekarang..kerana terdapat pelbagai pekerjaan lain yang halal dan mampu dilakukan oleh suzie..kenapa suzie harus memilih pekerjaan yang haram sedangkan terdapat pelbagai pekerjaan yang halal??..

Nurul Syuhada said...

itu lah mak sy pesan...jangan berguru dengan seorang guru shj..sepatutnya dpatkan nasihat dpd yg betul2 faham agama...ishh..ni amek agama separuh2..mcm ni la jadinya...

Anonymous said...

FAZILAH & MASYITAH MASIH TERLALU JAHIL...

Anonymous said...

Dunia dah nak kiamat...Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.Istilah darurat jangan digunakan dengan sesuka hati...

lipan bara said...

salam admin......

saya juga tidak pernah suka kpd pribadi padilah kamsah nie...
bukan pasai apa.......
cuma naluri kecil saya tidak begitu teruja dgn cara dan mesej dari cara beliau berhujah dan berintraksi.........

kalau hukum yg sudah qati'e atau telah putus dari al-quran berkaitan isu cari makan dng jual tubuh dek kerana darurat?/?.......maka bukan suzie saja laa yg darurat dlm isu ini....

kaedah usul fiqh yg diguna pakai oleh sesetengah orang mcm FK nie......NAMPAKNYA TELAH DISALAH GUNAKAN untuk maksud dan tujuan nya.......

kaedah yg diketengahkan dlm usul fiqh tsbt....adalah berkaitan bahan yg haram pada hukum asalnya....kmdian berubah hukumnya menjadi harus(dlm tempoh darurat saja)....adalah melibatkan perkara-perkara berkaitan pemakanan.......
bila usai dari masa darurat tsbt....hendak lah kembali kpd hukum asal.........

untuk pakar motibasi kita nie....diharapkan jng terlalu ghairah memperjudikan hukum....sedangkan fatwa se dunia tidak membenarkan tujuan menghalalkan cara...dgn merobah hukum sesuka hati......

untuk suzie....bertaubatlah dan berusahalah mencari rezki yg halal......kerana rezeki yg halal itu seluas langit dan bumi medannya.......
Allah amat suka melihat hambanya berpenat lelah mencari rejeki yg halal......berusahalah.....

Anonymous said...

Itulah perangai cerdikpandai yang tak cerdik

albukhary said...

Salam....inilah jasinya apabila terlalu banyak orang yang mengaku bijak pansai sehingga mampu membuat fatwa dan hukuman sendiri. Inilah bala dan balasan Allah terhadap kita bangsa Melayu yang asyik bertekak dan saling maki memaki sesama sendiri sedangkan Allah menyuruh kita menjalin hubungan silaturrahim sesama Islam. Hebatkah kita?
http://yaayyuhalwalad.blogspot.com/

peniaga pasa malal said...

kepada tabligh cakap elok elok sikit, ko yang tak paham perbankan islam ...sape kate bank islam saje yang menawarkan loan yang tak da riba..hey cimb islamac, maybank islamic, bank pun ada islamic...ko tu yang ngok ngek tak paham...dekat malaysia ni islamic banking tengah berkembang...ikut kesedaran sendiri la nak pakai bank islam ke ape..yang org tabligh zuhud sangat naik teksi sape suruh

Anonymous said...

adoiiii aiii pe daa...kite nie kan org islam xde gune nye kite mngata sana ngata sini...last2x niat kite baek tp dpt dose sbb ngata org...ape yg pnting skung nie kite sbagai org yg beriman kene bersatu menegakkan agama Allah...klo de masalah bincang dgn care elok...jom la kite same2x taubat blk atas kesilapan kite mngutuk ke ngumpat ke kt page...moga Allah ampunkn kite....salamz alaik

dila79 said...

salam tuan blog....

saya suka blog ni....banyak manfaat....memula dulu2 say memang respect jugak ni org tua ni....tapi selepas menonton dan mendengar beberapa siri motivasi dia kat tv dan radio makin kedengaran macam pendapat dia jer betul....macam dia jer yang boleh selesaikan masaalah dan macam dia tahu2 jer orang akan dengar cakap dia....bagi nasihat tak ikut hukum....akhirnya saya pun naik menyampah dengan orang tua ni....sekian

Shukjessa said...

ape hukumnya membenci dan menyampah dengan saudara sesama islam, hanya kerana penerangan beliau yang disalah ertikan???

kaji mulut sebelum berkata-kata, takut2 diri sendiri lebih banyak dosa, nak tunjuk hero, tapi lebih banyak dosa bila membenci orang. banyak lagi caranya, bukan begini

Anonymous said...

salam tuan blog..
mana tulisan demo.. sibuk benar napoknyo..

نور شهيرة said...

Sabar....Sabar....
Meh Follow Blog ana...kita kongsi ilmu sama-sama..

http://cikmekyot.blogspot.com/

Anonymous said...


okay... macam mane dengan isu saye? pd umur 18 tahun, lelaki bersenjatakan pisau mengugut bunuh dan campak mayat saye kat hutan kalo enggan seks... tiade sesiapa pun di waktu itu, kawasan kejiranan pun jauhhh sangat.. hutan tu sedepa je dari tempat lalang2 yg tinggi... ye, saye terpakse korbankan dara saye demi menjaga nyawa,,,,
sekarang... saya sekali lagi dilanda musibah, pelbagai pekerjaan puas saye cari, tak dapat, kononnya saye tak berkualiti, tak layak... selepas tu, saye cuba minta bantuan kawan2 dari segi kewangan, tapi tade sesiapa pun berkemampuan nak tolong..dan ade yang takut nak tolong sebab takut saye tak boleh bayar hutang...
persoalanye sekarang, ade seorang lelaki nak bantu, tapi kena seks dgn dia,, saye tolak banyak kali,,, tapi,,, cuma dia je yg sudi membantu.. itu pun dengan cara kotor... sekarang, sudah tiga empat hari saye tak makan nasi berlauk.. cuma 1 biji gula-gula sehari dan secawan air kosong.. gula2 saya sudah habis sekarang...
patut kah saye ikut lelaki tu? berzina, tapi saye tak rela.. tapi, sekarang saye dalam keadaan yang sangat lemah... nak menangis pun tak mampu.. taip mesej ni pun satu-per satu,..
:( apakah yg patut saya buat?

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.