Subscribe

Kerajaan Umno-BN Mangsakan Rakyat Dengan Potongan Subsidi


SHAH ALAM 5 DIS: Kerajaan Umno-BN cuba menutup ketirisan dalam subsidi yang diberikan kepada stesen janakuasa persendirian (IPP) dengan memangsakan rakyat melalui penarikan subsidi untuk rakyat.

Mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blognya hari ini bahawa kerajaan Umno-BN hanya membantu kroni tetapi mengabaikan rakyat, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly menegaskan hujah Anwar sememangnya tepat dan berpadanan dengan apa yang berlaku pada masa kini

Menurutnya, kerajaan sendiri tidak menafikan bahawa RM15 Billion diberikan kepada syarikat-syarikat IPP dan RM11 billion kepada rakyat.

"Sekarang ini, perlahan demi perlahan subsidi kepada rakyat diambil balik, jadi maknanya tepatlah apa yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang," jelas beliau kepada TVselangor, petang tadi.

Katanya lagi, tindakan kerajaan Umno-BN ini jelas menunjukkan kerajaan cuba menutup ketirisan dan penyelewengan yang berlaku ke atas subsidi yang diberikan kepada IPP.

"Ini jelas menunjukan bahawa apa yang kita katakan dahulu, sebelum subsidi-subsidi oleh kerajaan ditarik balik, subsidi-subsidi kepada IPP iaitu lebih tepat punca-punca kepada ketirisan itu ditutup," tegas beliau lagi.
Beliau seterusnya berkata kerajaan Umno tidak patut bertindak membeban dan memangsakan rakyat sebagai sumber pendapatan baru dengan begitu mudah.

Dr Dzul menjelaskan, sesebuah kerajaan adil yang memerlukan dana tambahan hanya akan menarik subsidi rakyat sebagai langkah terakhir bagi mendapatkan dana tambahan tetapi malangnya itu bukanlah keadannnya di Malaysia.

Beliau menambah Pakatan Rakyat telah meegaskan bahawa subsidi berkenaan boleh dikurangkan perlahan-lahan, tetapi malangnya tindakan yang paling awal diambil oleh kerajaan adalah penarikan subsidi daripada rakyat dulu.

Kata beliau lagi, sekiranya ketirisan yang berlaku kepada subsidi yang diberi kepada IPP dan kebocoran pada perbelanjaan negara diselamatkan, berbillion lagi boleh dijimatkan tanpa memangsakan rakyat.
Sebagai contoh, beliau menjelaskan kerajaan Umno-BN pernah mmenarik subsidi rakyat dua tahun dahulu bagi menampung pembangunan tetapi sehingga kini beliau tidak dapat melihat impak pembangunan tersebut.
"Dua tahun dahulu kerajaan menarik kemmbali subsidi rakyat kononnya untuk menampung kos pengangkutan awam tetapi perkhidmatan awam sehingga kini tetap pada tahap yang sama.

Kita pun tidak tahu samada wang yang dijimatkan hasil daripada potongan subsidi sememangnya digunakan untuk pengangkutan awam. Tidak telus juga," tegas beliau lagi.

Tambah beliau, baru-baru ini kerajaan mengumumkan bahawa dengan penarikan subsidi ini kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM8 Billion tetapi persoalannya adalah bagaimana wang ini akan digunakan.

Katanya lagi, kerajaan Ummno-BN perlu ada kesungguhan politik sekiranya mahu melaksanakan perkara-perkara yang berkepentingan rakyat.

"Tetapi disana (kerajaan) tidak ada 'political will', kesungguhan politik untuk melaksanakan perkara itu. Dalam pada kita tahu IPP mengaut keuntungan yang besar maka pada kami ini hanya menunjukan kerajaan pusat tidak ada satu kehendak politik yang kuat untuk melakukan sesuatu yang membawa kepada reform, perubahan (kepada rakyat)," tegas beliau.

1 comment:

Jamaluddin said...

penarikan subsidi seperti menjual tong oksigen terakhir umtuk bernafas di dalam lautan daripada rakyat....
sehingga kini, rakyat yang dibebankan dengan kegagalan kerajaan menguruskan inflasi..
jadi, lama mana lagi rakyat golongan bawahan dan pertengahan mampu bertahan??
yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin....

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.