Subscribe

Video Lawak Hina Islam : Pakaian Muslimah Jadi Bahan Gelak?



Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.

Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.


Apabila ada sebarang penghinaan kepada Islam di Youtube, di Facebook, dan lain-lain berlaku di Malaysia baru muncul "pejuang yang nak jadi hero ini". Bila ada isu yang berkait Islam yang boleh dipolitikkan, baru mereka nak heboh. Sedangkan Media TV sendiri memperleceh dan perlekeh Islam didepan penonton Islam dan bukan Islam dengan menjadikan ia sebagai bahan gelak tawa, mereka senyap sahaja. Penghinaan sebegini dibiarkan. Penghinaan begini jugalah yang dilulus tayangkan.

Apakah reaksi pihak berwajib??

Zero.

5 comments:

Anonymous said...

BILA Namawi buat video semua kata hina Islam.. PERKASA Pak Brahim katak pun kata lagu tu.. KONON PERKASA pun nak jadi pembela agama dan bangsa.. PERKASA sanggup buat demo..

BILA RAIS YATIM lulus terbit rancangan bodoh begini yang ada unsur hina ISLAM apa gamaknya PERKASA nak buat?? Mana HERO HERO?

Anonymous said...

Astro ni pun satu, di samping banyak menyiarkan rancangan2 ilmiah dan islamik, banyak juga rancangan2 yang merosakkan dan melalaikan generasi muda.
Pihak berwajib perlu pantau semua stesen penyiaran di Msia.
Dan para penerbit mahupun pelakon, ingatlah kamu takkan menongkat langit. Jangan tunggu hari tua untuk kembali ke jalan Allah kerana kematian tiba bila bila.

ambuyatt said...

saya rajin gak duk belek2 blog...ase sedih sngat tngok umat nabi muhammad macamnie,,macam2 karenah..saya pun bukan bagus sangat tp kita kna bringat lah,,sumanya hanya sementara..kita pasti akan menemui ajal,,lepas tu apa akan terjadi,,tolonglah beringat slalu wahai saudara mara ku,,smoga Allah akan terus memberi petunjuk

Anonymous said...

bila org atas x menegur,org bwh akan terus melakukan kesilpan.......

Anonymous said...

setiap inci anggota tubuh badan akan menjawab di depan Allah s.w.t. atas apa yg dikerjakan ketika di dunia. Moga semua yg terlibat sempat bertaubat Nasuha...benci tengok sikap org yg kufur

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.