Subscribe

Melaka Maju 2010 : Tapi Hutang Bertambah


"Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Haji Ramli Dalip membidas sikap kerajaan negeri Melaka yang suka berhutang bagi menjalankan projek-projek pembangunan di negeri ini.

Ramli berkata kerajaan negeri sepatutnya tidak menjalankan projek-projek mega di negeri ini kerana hasil negeri ini tidak dapat menampung hutang negeri Melaka telah meningkat dari RM441.76 juta pada 2008 kepada RM587.3 juta pada tahun 2009.

"Semua projek besar kerajaan negeri ditampung dengan pinjaman dari kerajaan pusat dan ianya tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan negeri sehingga hutang negeri meningkat dari sehari ke sehari"

"Ternyata kerajaan negeri hanya pandai menjalankan projek pembangunan tetapi tidak pandai mencari dana sendiri untuk membiayai projek-projek teresebut, malah lebih malang lagi projek-projek tersebut tidak berdaya maju sehingga sesetengahnya menanggung kerugian bernilai jutaan ringgit" kata ketika dihubungi di Pejabat Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru di sini hari ini.

Menurut Ramli banyak projek-projek mega yang tidak sepatutnya dijalankan antaranya projek monorail, Eye On Malaysia, Litar Go-Kart dan lain-lain yang kesemuanya menemui kegagalan.

Ramli berkata demikian ketika di minta komen tentang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dalam media 2 hari lepas di mana menurutnya Melaka memerlukan RM2 bilion lagi muncul sebagai negeri bandar yang pertama di negara ini.

"Kita pun tidak faham apa maksud negeri bandar yang dinyatakan oleh Ali. Sama seperti kita tidak faham tentang apakah benar Melaka negeri maju 201o sedangkan EACD sendiri tidak mengiktirafnya. Apakah Ali mahu menipu rakyat Malaysia dan Melaka sekali lagi sepertimana beliau menipu tentang status Melaka Maju 2010." tegas Ramli yang juga Penyelia DUN Bukit Baru.

"Nampaknya Ali tidak serik-serik untuk berhutang lagi dengan kerajaan pusat walaupun hutang negeri Melaka seperti dalam laporan Ketua Audit negara 2009 telah mencecahkan RM500 juta lebih. Memang jelas kerajaan negeri Melaka hanya pandai berhutang tetapi tidak tahu membayarnya. Apa yang penting bagi mereka ialah projek banyak maka ianya menguntung orang tertentu."

Dalam kenyataan itu Ali berkata wang RM2 bilion itu diperlukan untuk membina jalan 4 lorong menghubungkan Melaka dengan Johor dan Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.