Subscribe

Minyak Naik Sokmo :Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi


Kata Pak Menteri : "Sesuai dgn tranformasi berpendapatan tinggi dan MEB maka 2 harga barangan tersebut naik dan masih rendah dgn harga tempat lain"

Mengapa gula naik, mengapa minyak naik, dan segalanya naik??

Kerana Kementerian Kewangan berbelanja terlalu boros sehingga perbendaraan negara semakin susut dan mengakibatkan pelarasan subsidi gula, gas petroleum cecair (LPG) dan petrol RON 95 serta diesel.

Kerana mungkin juga ia dinaikkan kerana kerajaan UMNO BN terdesak untuk mendapatkan dana bagi menghadapi PRU13 nanti. Maka cara ini logistik dengan menaikkan harga beberapa barang komoditi (menggunakan alasan selaraskan subsidi dan mengukuhkan fiskal negara)

Inilah bahananya menyokong UMNO Barisan Nasional. Hakikatnya, selagi UMNO perintah, selagi itulah semuanya akan naik~!Syabas kepada Najib dan BN.

Sesungguhnya kerajaan BN telah berjaya meringankan bebanan subsidi minyak daripada "bahu" KERAjaan dengan cara "serahkan" bebanan tersebut kepada "bahu" rakyat.

Ini barulah dikatakan "bahu membahu".

Syabas!!

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.


Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
azlanSemua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
 turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.