Subscribe

Respon PanehMiang : Kegusaran Yang Akan Berterusan



Saya tertarik untuk mengulas artikel yang dikeluarkan oleh Blogger UMNO di SINI yang bertajuk "Ramai Pemimpin UMNO Syok Sendiri".. Berikut adalah kesimpulan yang saya dapat buat :

Kesimpulannya, jika UMNO menang sekalipun, ia tidak memberi apa-apa makna kerana nama-nama yang disenarai Blogger PanehMiang sudah pastinya akan tercalon jua pada Pru13 nnt. Tidak semua, separuhnya akan tersenarai. Begitulah hakikatnya.

Dan lebih menyedihkan, demi selesa dan duduk lama ditampuk kuasa, pemimpin UMNO sanggup menjadikan nasib rakyat sebagai pertaruhan menang atau kalah dalam mana-mana PRu. Sementelaah penyokong dan 3 juta ahli UMNO pula, hanya mengikuti rentak"permainan" ini tanpa memikirkan langsung dimana rakyat ketika itu.Pemimpin yang bermain, penyokong yang menjadi "tukang alak" dan penontonnya. Nasib rakyat yang selama ini dipijak-pijak akan kekal "terpijak" untuk masa mendatang. Fantasikah ini? Tidak. Ia telah pun berlaku, dan akan terus berlaku selama mana UMNO BN memerintah Malaysia.

Jika yang dimahukan pemimpin muda yang naik sekalipun,lambat laun mereka akan mengikut jejak perangai yang tua. Jika yang tua kekal, mereka akan menjadi seperti apa Blogger PanehMiang terangkan, iaitu "syok sendiri dan berada di zon selesa". Bukan sahaja nasib rakyat tidak kemana-mana, bahkan Malaysia akan kekal tanpa perubahan ketara. Dengan statistik kemiskinan yang tinggi,masalah jenayah yang membimbangkan, kadar pengangguran yang merunsingkan, Malaysia akan kekal ditakuk lama.

Kenapa begitu? Kerana bukan soal siapa yang bakal naik. Tetapi soal "dasar, perjuangan dan prinsip UMNO". Dasar UMNO lebih mementingkan kebangsaan, perjuangan UMNO lebih mementingkan Melayu, prinsip UMNO lebih mementing dunia melebihi agama. Biarpun UMNO berdalih mengatakan mereka juga perjuangkan agama, rakyat lebih reti menilai siapa UMNO, apa perjuangan UMNO, dan untuk apa UMNO perjuangkan. Jika UMNO tidak mahu meninggalkan perjuangan kebangsaan dan nasionalis yang dibawa dan kembali kepada perjuangan Islam, maka selama itu jugalah UMNO dan pemimpinnya akan terus lena dan syok sendiri. Selama itu jugalah rakyat Malaysia akan berterusan ditimpa nasib malang.

Soalnya bukan sahaja masalah ekonomi yang dirundung malang, malah kita turut bersedih, kerana barah penyakit Umat Islam Malaysia hari ini, adalah hasil tuaian UMNO yang mengikis perlahan-lahan roh Islam daripada jiwa rakyat Malaysia khususnya Melayu Islam, menyebabkan berapa ramai Melayu yang tersungkur dalam dunia bertuhankan hedonistik dan material.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Telah aku tinggalkan kepadamu perkara yang apabila kamu tetap berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab (al-Quran) dan sunnah rasulnya."

Ketahuilah,segala kekusutan yang berlaku, segala masalah yang timbul, tidak kira menyentuh mengenai aspek kehidupan (politik, pentadbiran, kepimpinan), tidak akan selesai sekiranya tidak kembali kepada perjuangan berteraskan Islam. ~Jilfityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.