Subscribe

Ucapan Dr Ir Nizar pada sidang DUN Perak



Antara perkara yang dibentangkan oleh YB Ir Nizar

1. Pentadbiran PAKATAN RAKYAT PERAK dahulu memperoleh kewangan masuk yang jauh lebih tinggi berbanding pemerintahan sebelumnya.

2. Kenaikan harga minyak menyusahkan rakyat

3. MENARA WARISAN MERDEKA; YB IR Nizar menyentuh tentang adanya fanpage Facebook yang menolak pembinaan Menara Warisan Merdeka. Dapat memungut suara maya seramai 300ribu dari dalam dan luar negara : Semuanya bersatu hati memberi mesej kepada Perdana Menteri DS NAJIB agar TIDAK MENERUSKAN PEMBINAAN MENARA TERSEBUT. Tidak cukup dengan itu, mantan PM sendiri TUN MAHATHIR mempertikai pembinaan Menara Warisan Merdeka yang dilihat tidak bermatlamat itu.

4. PEMBAZIRAN MB PERAK ZAMBRY dalam menguruskan kewangan negeri Perak antaranya: isu poster/kain rentang yang terlalu banyak yang tidak memberi manfaat dan fokus kepada isu terkini sebaliknya hanya untuk memperkenalkan diri sendiri sebagai MB PERAK kini.

5. PEMBAZIRAN MINUM PAGI RM 45/person?

6. Tuan Speaker DENGAN PAKSAAN yang kebudakkan suka main ON OFF mikrofon

7. Mengenai Pengagihan Sumber Negeri Perak. Sumber masuk ke negeri perak banyak. Jika diagihkan dengan betul, hampir 2.4juta rakyat Malaysia boleh menikmati hasil Perak ini.

8. Mengaitkan Batu Sapi di Sabah, yang merupakan negeri kedua terkaya di Malaysia tetapi Sabah yang ada pada hari ini berpenghunikan rakyat yang paling miskin di Malaysia! Dibandingkan dengan Perak, yang juga ada hasil bumi, namun masih ada 3ribu rakyat Perak masih miskin tegar!

9. YB Ir Nizar merayu agar sumber bumi yang terdapat di Perak di agihkan dengan betul agar tidak berlaku kelompangan dan ketirisan.

10. Mengaitkan dan memberikan tafsiran surat Ad-Dzariat. Agar semua YB yang ada amanah dalam menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Hapuskan budaya rasuah dan pembaziran perbendaharan Perak.

11. Yb Ir Nizar juga menyeru kepada semua YB di dalam dewan agar bersama Pakatan Rakyat sebagai kata akhir. Mengingatkan sekali lagi amanah sebagai wakil rakyat, mengaitkan dengan alam akhirat bagi mengajak Yb yang meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.


No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.