Subscribe

UMNO : Mereka mengira rakyat bodoh??



Rasa nak tergelak bila masih ada pemimpin kat Malaysia berpikir sekolot ini. Menganggap rakyat bodoh dan tidak bijak memilih pemimpin sedangkan segala maklumat hanya dihujung jari mereka sahaja.

Inilah masalah besar yang melanda UMNO. Dalam keadaan sudah tumbang beberapa negeri sekalipun masih bermegah diri kononnya mereka sahaja yang mampu memberi "nikmat" dan "syukur" kepada rakyat. Mereka yang menentang dikata tertipu dengan dakyah pembangkang. Apa punya sempit pemikiran pemimpin begini.

Bukankah UMNO banyak mengawal media yang saban hari berlutut kepada mereka?? Tidak cukupkah ruang Media Pro UMNO untuk membantu UMNO BN memberi penerangan Jika PR dituduh sebar "dakyah"?? Tidak cukupkah ruang "dakwah" di media arus perdana untuk "membetulkan dakyah-dakyah" ini? Bukankah media-media ini setiap hari memperburuk PR?


Pakatan Rakyat yang dalam keadaan tidak diberi ruang dan access dalam media arus perdana, dalam keadaan Pakatan Rakyat disekat permit ceramah mereka, dalam keadaan Pakatan Rakyat dihadkan pengeluaran akhbar lidah rasmi mereka, dalam keadaan media arus perdana hari-hari memperburukkan Pakatan Rakyat, dan jika kerana SEMUA itu rakyat masih menyokong PR, apakah tandanya??

Sedarlah. Rakyat sudah reti menilai baik buruk siapa pemimpin yang dipilih.Rakyat sudah cerdik dan dapat semua access termasuk Internet untuk mendapat info sebenar disegenap penjuru.Usahlah menjadi hakim bagi pihak mereka. Bermuhasabahlah diri jika mahu meraih sokongan rakyat.

Kerana bermentaliti beginilah yang menyebabkan ramai penyokong yang menyokong UMNO terdiri daripada pak turut dan manusia seperti lembu dicucuk hidung (kebanyakan pengundi luar bandar). Disuap wang ringgit, maka ia jalan.

1 comment:

mazar said...

bro lagu back ground tu lagu M.Nasir apa tajuknya? tolong emailkan kat saya bro...mazar1340@yahoo.com tq bro..apa2 pun memang best input bro..:)

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.