Subscribe

Fatwa Baru Ratu Hadhari : Mashitah



Wanita boleh sanggul tinggi selagi menutup aurat
Dari Harian Metro

SAYA ada dua kemusykilan. Pertama mengenai sanggul tinggi kerana sejak kebelakangan ini ramai wanita muslimah gemar mengenakan fesyen tudung bersanggul tinggi.

Adakah ia dibolehkan dalam Islam dan apakah hukumnya? Soalan kedua, saya menjalankan perniagaan menerusi blog, namun pernah saya ditegur berkaitan gambar model yang mengenakan pakaian ketat.

Saya sedar, sebagai muslimah kita harus menutup aurat dan mengelak memakai pakaian seperti itu.

Apakah hukum bagi saya selaku penjual? Saya hanya berniaga untuk mencari duit, namun bimbang jika saya juga mendapat dosa.

NWM
Kulim, Kedah


Tidak ada salahnya bagi wanita hendak bersanggul tinggi atau rendah. Bagaimanapun, harus hukumnya bagi wanita berambut panjang untuk bersanggul. Saya tidak melihat bersanggul tinggi menampakkan seorang wanita berlebihan dalam penampilannya.

Yang penting ialah auratnya ditutup kerana Allah mewajibkan wanita menutup aurat untuk menjaga kecantikan mereka.

Dalam menutup aurat, syarat yang mesti dipenuhi ialah pakaian tidak terlalu ketat kerana boleh menimbulkan fitnah dan persepsi negatif.

Harian Metro

Rasulullah s.a.w bersabda:

akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

-hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bukti Anwar Meliwat?



Pembuat video ini lebih cerdik daripada Mahathir Mohamad kerana mahathir pun takleh buktikan bahawa Anwar Ibrahim meliwat. Dengan kononnya bukti yang ditunjukkan dalam video ini, membuktikan bahawa Mahathir, PakLah dan Najib ternyata semuanya bodoh kerana tidak dapat membuktikan bahawa Anwar Ibrahim itu meliwat.

Kini, Saiful Bukhari Azlan pula digunakan. Tapi bodoh terjadi sekali lagi kerana ada dua DNA Lelaki ditemui. Dan bodoh sebelum itu adalah DNA tidak ditemui sama sekali. Tapi bodoh kedua itu lebih teruji kebodohannya, kerana ternyata ada 2 orang yang sudi meliwat Saiful.Sedangkan report Saiful hanya Anwar Ibrahim yang meliwatnya.

Sikap manusia-manusia bodoh yang tidak dapat membuktikan anwar ibrahim meliwat ini ternyata menyerlahkan lagi 'kecerdikan' pembuat video terbitan AIDC a.k.a anwaribrahimdotcom, yg siap masukkan dimana,dan di bilik berapa berlaku kes liwat itu.

Tapi 'kecerdikan' itu tidak boleh membodohkan rakyat marhaen yang jauh lebih berakal dan ada otak berbanding 'kecerdikan' pembuat video itu.Dan akhirnya, syok sendirilah pembuat video itu sambil gelak berdekah-dekah atas kebodohan sendiri.

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

JawatanKuasa UMNO Bahagian Kuala Terengganu Sokong Judi



Judi,bukan setakat disokong penuh, Pak2 Mufti pun jadi pak angguk, diam seribu bahasa.Tapi lantang pula apa sahaja isu yang ada hubung kait dengan PR.


Dalam situasi masyarakat yang ramai orang jahil, menganggap mengikut perintah Allah itu satu kejumudan.Tak bawa suasana kondusif dan menghalang kebebasan.Yang dicari hanyalah dosa2 yang dilakukan kepada pelaku maksiat yang fasik.Lantas dipaparkan agar ia membawa mesej Islam itu tidak sempurna, Islam itu terkongkong, islam itu menyekat kebebasan..

Dalam situasi masyarakat yang jahil juga ramai yang menganggap penentang hukum Allah itu sebagai wira.Penentang kewajipan syar'ie yang Allah tetapkan itu wira.Yang berjaya memalukan Islam itu sebagai wira.Inilah dimensi baru alaf 1 Malaysia. Bangga dapat melahirkan generasi yang jahil dan ikut telunjuk kuffar itulah satu kejayaan.

Jika dulu "Kami nak Deris Natang.. " sekarang ini " Menyokong penuh kerajaan Malaysia atas kelulusan lesen judi bolasepak Piala Dunia..".Pemuda-pemudi UMNO Terengganu memang terbaik dalam bab pembebalan ini.

Tahniah Najib, Tahniah Muhyideen.. Tahniah 1 Malaysia.. We Proud Of You~!


by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bila TOKOH ISLAM sokong penubuhan BANK BAYI



KUALA LUMPUR: Tokoh Islam dalam negara bersetuju dengan penubuhan Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang pertama di Malaysia, yang boleh menyelamatkan bayi yang tidak diingini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata bayi yang tidak lagi diingini mesti diselamatkan, manakala ibu bapa bayi berkenaan harus dikenakan tindakan yang keras supaya memberi pengajaran kepada orang lain.

“Saya menyokong langkah Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Baby Hatch dalam isu ini kerana bayi berkenaan tidak berdosa.
“Dulu kita tidak bersetuju dengan idea seperti ini kerana takut menghantar mesej yang salah kepada orang ramai terutama remaja, tapi pada masa sekarang kita sangat perlukan tempat sebegini untuk bayi yang tidak berdosa,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Kelmarin, Penaung OrphanCARE yang juga Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom melancarkan Pusat Perlindungan Bayi Tidak Diingini atau Baby Hatch pertama dalam negara.

Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir, berkata organisasi itu bercadang mewujudkan banyak lagi pusat perlindungan bayi di seluruh negara bagi menyediakan tempat untuk bayi yang dibuang atau tidak diingini lagi. Baby Hatch yang beroperasi 24 jam menyediakan tempat perlindungan sihat dan selamat kepada bayi terbabit sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.

Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz pula berkata, usaha mewujudkan Baby Hatch adalah baik kerana ia menjadi tempat perlindungan bayi yang tidak bersalah serta boleh menjamin masa depan bayi itu.
“Kalau kita pandang dari segi satu sudut memang menggalakkan zina tapi kita tak boleh biarkan bayi yang dilahirkan dibuang dan meninggal begitu saja.
Malahan bayi berkenaan boleh diberikan kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak dan Islam menganjurkannya,” katanya.

Penasihat Majlis Agama Negeri Johor, Datuk Noh Gadut, berkata gejala buang bayi pada masa kini sudah semakin teruk dan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan wajar mengambil tanggungjawab menyelesaikan perkara berkenaan.

“Anak-anak kecil ini tidak berdosa dan wajib kita sediakan perlindungan kepada mereka, mana tahu mereka ini membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang negara pada masa depan.

“Yang bersalah adalah ibu bapa anak kecil itu. Masyarakat harus bersama mencegah penyakit sosial ini termasuk melaksanakan undang-undang cegah zina yang ketat,” katanya.

Beliau turut menyarankan masyarakat supaya berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah buang bayi serta bertanggungjawab mencegah perbuatan zina di kalangan remaja seperti yang disyorkan oleh Islam

KOMEN FIKIRLAHSENDIRI FORUMER TKO

Bila bank bayi dah ada... tak kan kosong jer... ya tak ??? So.. ramai ramai lah buat anak dan hantar kat situ..... dan untuk itu berikut ada beberapa cadangan daripada saya....

Saya cadangkan supaya pemberian kondom percuma kepada penagih dadah di panjangkan kepada remaja-remaja yang mahu mempraktikkan cara-cara menghasilkan zuriat, sebagai sumber pembelajaran dan sumber rujukan supaya gejala pembuangan bayi dapat dielakkan. Ini kerana sekiranya kondom tidak disediakan, perlakuan seks secara bebas pasti tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan jabatan agama.

Oleh demikian, dicadangkan juga dengan pemberian kondom tersebut, pakej seterusnya ialah menawarkan bilik hotel dengan kadar separuh bayaran, dengan hanya menunjukan kad pelajar atau dengan memakai pakaian seragam sekolah, supaya gejala ini tidak berlaku di taman-taman bunga yang akhirnya akan mencacatkan pemandangan. Jika bilik hotel ini tidak disediakan, pasti taman bunga, rumah terbengkalai, panggung wayang, tangga-tangga apartment menjadi sarang melepaskan maksiat.

Justeru itu saya juga ingin mencadangkan agar lesen pelacuran juga diperkenalkan kerana aktiviti sosial seumpama ini tidak lagi dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Contohnya yang berlaku di lorong Haji Taib, pusat-pusat karaoke dan rumah-rumah urut. Daripada membiarkan gejala ini berlaku secara haram, adalah lebih baik kerajaan menawarkan lesen pelacuran dengan cukai yang tinggi, lantas langkah anjakkan paradigma ini memberi pulangan terhadap kantung kewangan negara.

Pengeluaran lesen pelacuran halal ini juga akan membuka ruang kepada pelancung dari negara china untuk berkerjaya dengan lebih profesional kerana selama ini mereka kerap mengambil kesempatan di atas kapasiti pas lawatan sementara. Dengan kebenaran ini, ia memberi ruang kepada warga tempatan yang melalui kesempitan hidup agar mencuba nasib sebagai pelacur berlesen. Tidak kurang juga kekosongan jawatan sebagai bapak ayam berlesen.

Berpatutan dengan kelulusan lesen pelacuran dan untuk diseimbangkan pertambahan kelahiran anak luar nikah, maka kerajaan dengan inisiatif sendiri akan menubuhkan BANK BAYI..... untuk mengelak daripada dituduh tidak berperikemanusiaan yang mana ibu anak luar nikah tu tak tahu dimana harus ditempatkan anak luar nikah itu nanti. Syabas kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

Pihak kerajaan 1Malaysia memang prihatin keperluan semasa kerana Islam 1Malaysia itu adalah Islam yang mengikuti peredaran zaman. Kita sebagai rakyat yang bijak tidak harus hanya tahu memberi kritikan lantang semata-mata.

Tanpa kerajaan 1Malaysia, sudah pasti negara ini kucar-kacir dan berada di dalam kegelapan zaman. Kita akan ketinggalan arus sekiranya tidak menyokong kerajaan 1Malaysia kerana tanpa 1Malaysia, maka tiadalah jalan raya, tiadalah hospital, tiadalah sekolah, tiadalah empangan, tiadalah kapal selam yang tidak boleh menyelam, tiadalah pili air, tiadalah menara berkembar, tiadalah pusat judi 4 nombor ekor, tiadalah proton sagat, tiadalah litar F1, tiadalah masjid kristal berupa vincent tan, tiadalah macam-macam lagi dan mungkin juga, tiadalah agama...

Revolusi ini menuntut setiap nafas yang dihirup itu dibayar dengan keazaman menegakkan keadilan !!
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]